Pages

Sungguh, KEMENANGAN ISLAM Itu Semakin Hampir!


Assalamualaikum... 

Bismillah. Semoga sentiasa dalam rahmatNya^^

Mari ikuti lagu background blog ini ;)

"قم يا فلان فأذن أنه لا يدخل الجنة الا مؤمن" 
"ان الله يؤيد الدين برجل فاجر" 

Oh you stand up! 
Say it together 
None enters paradise save a true believer 
Allah shall support this religion 
With a sinful man with a wicked man 

Some people see barriers 
In classes and in colours 
Some people are wiser 
But some believe they are hollier 

Feel the heart of everyone 
See through our differences 
You and I have the power 
Think good of one another 

So stand up and take our places 
And do what we do better 
Spend sometime to know ourselves 
Help the other

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.... :') Itulah perkataan yang kuucapkan setelah mengetahui Dr. Muhammad Mursi memenangi kerusi sebagai Presiden Mesir. Subhanallah. Allahuakbar. TAKBIR!

 


Teman-teman, mari kita renungi kalam Allah ini... 


"Katakanlah (wahai Muhammad) : Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Ali-Imran : 26) 


"(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh), supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Fath : 4) 


Subhanallah. Mudah-mudahan kemenangan beliau dapat mengembangkan lagi syiar Islam di muka bumi ini. Aamiin. Berikut merupakan gambar-gambar sekitar kemenangan beliau :-


http://www.aljazeera.com/news/middleeast/2012/06/201262412445190400.html
Dr. Muhammad Mursi - ahli gerakan Ikhwanul Muslimin


Moga ISLAM semakin gemilang


TAHNIAH dari bumi Malaysia...


Sungguh, kemenangan Islam itu semakin dekat :') Janji Allah itu benar.


Masya Allah! Semua rakyat Mesir bersujud menyatakan rasa kesyukuran kepada Ilahi dengan kemenangan Dr. Muhammad Mursi selaku Presiden Mesir yang baru. Subhanallah, suatu detik yang paling bersejarah.. Sabtu, 24 Jun 2012.

Insya Allah, pilihanraya di Malaysia juga bakal menyusul. Semoga kemenangan berpihak kepada yang membawa ISLAM sebagai visi dan misinya. Ingat teman-teman, undi kita pada hari ini menentukan bagaimana generasi kita akan datang. Mengapa? Sebab pemerintahlah yang bertanggungjawab mendidik rakyatnya. Jika rakyat dihidangkan dengan banyaknya program hiburan oleh pemerintah, maka jadilah rakyat tersebut sebagai rakyat yang hanya tahu berseronok. Sedangkan dunia ini hanya sementara, akhirat itu yang utama. Saya tertarik dengan kata-kata ini :-

"Antara cara yang paling popular dalam membodohkan satu-satu kelompok, adalah dengan menyumbatkan HIBURAN di dalam kehidupan mereka. Kerana hiburan akan membius hati dan minda. Sekaligus membuatkan manusia jauh daripada Allah SWT, dan tidak mampu berfikir akan yang mana benar dan yang mana batil. Yang penting bagi mereka nanti, adalah keseronokan.

Mana yang tiada keseronokan, mana yang tidak memuaskan nafsu mereka, akan mereka tinggalkan.

Mereka akan mencari apa yang mampu mengisi kedahagaan mereka terhadap keseronokan ini.

Mereka akan tinggalkan peraturan-peraturan agama, kerana merasakan itu semua tidak menyeronokkan.

Mereka akan meninggalkan keseriusan dalam pengajian, kerana itu semua tidak membuahkan keseronokan.

Mereka akan malas memikir masa hadapan negara, atau malas untuk sensitif dengan ketirisan orang yang zalim, kerana semua itu memerlukan mereka bekerja dan melakukan sesuatu. Sedangkan, mereka ini mahukan keseronokan.

Ya, akhirnya singa yang garang, menjadi kijang yang pengecut."


HEDONISM. Sudah tentu teman-teman sekalian pernah dengar perkataan ini bukan? Kita tidak mahu anak cucu kita akan datang seorang yang tidak cakna dengan persekitarannya. Kita tidak mahu generasi kita lalai dan leka dengan keseronokan semata. 

Kita mahukan anak-anak kita diasuh dengan pemikiran yang boleh memberi keuntungan kepada Islam pada masa hadapan, yang sentiasa memikirkan masalah ummat, yang mengajak orang lain ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran, yang memajukan negara dengan akhlak Islam, yang menyambung mata rantai perjuangan Nabi Muhammad s.a.w demi kemenangan Islam. Maka dengan cara yang bagaimanakah semua ini boleh dikecapi? --> Bermula dengan undian kita pada hari ini. 

Teman-teman sekalian, pandanglah tanggungjawab memilih pemimpin pada pilihanraya umum (PRU 13) akan datang dengan mata hati. Berfikirlah dan berpandangan jauhlah. Bukan hanya suka-suka memangkah pada kertas undi. Sekian. Wallahualam. 



:: Semoga Allah Redha ::












Lukisan Pertamaku Pada Usia 20-an


Assalamualaikum... 

Bismillah. Semoga sentiasa dalam rahmatNya^^

Alhamdulillah, hari ni selesai paper kedua; Pengantar Pengajian Islam (HIA 101). Syukur pada Allah. Kini hanya tinggal tawakkal sahaja pada subjek ini untuk keputusannya. 

Disebabkan sampai di desa semasa nak dekat maghrib, maka selepas isyak otakku menjadi terlalu 'rajin' untuk study subjek for the next paper. Hee. Maka.... 

TARA....!!! (klik untuk besarkan gambar)

Haa. inilah hasilnya dari 'kerajinan' tersebut ^^ Setelah sekian lama tak melukis (tak silap last melukis gambar anime masa saya sekolah rendah).. tetiba teringin pula nak melukis. Untuk rehatkan minda je sebenarnye. Sejujurnya, saya tiru gambar ni :- 


Walaupun agak tak sama, tapi boleh la kann... for the 1st trial.. lebih kurang 7-8 tahun juga la tinggal lukis-lukis ni. he~

Sahabat saya ada juga tanye, "pandai lukis guna software?" Hm, nak buat guna komputer, tak reti la pula. Kalau ada siapa-siapa yang pandai bab-bab lukis guna komputer ni (jangan kata yang lukis guna paint sudah), seperti gambar original di atas, sudi-sudilah mengajar diri ini.. Teringin juga nak belajar :)

Ada sorang lagi sahabat pula tanye, lebih kurang begini soalan dia; "kalau nak buat tempahan boleh tak?" Erk.. den sekarang tongah dok exam laie ni. Huu. (aik, camne bleh keluar loghat N9 pula ni?? ^^' err..ape2 jelah) 

Terfikir juga, seronok kalau dapat guna bakat yang ada untuk tujuan dakwah. Saham akhirat tuu. Mana tahu kita boleh jadi 'tangga' kepada orang lain untuk mendapat hidayah? Kan? Allahuakbar. Tapi.. perlu dipertimbangkan sebenarnya perkara sebegini. Sebab saya masih banyak terikat dengan komitmen lain yang lebih besar. Mungkin kalau ia sebagai kerja sampingan, insya Allah boleh. Apa-apa pun, masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari dalam bab melukis ni. Sekian. 


:: Semoga Allah Redha ::
















Ulat Buku Yang Bukan Ulat

Assalamualaikum... 

Bismillah. Semoga sentiasa dalam rahmatNya^^

Alhamdulillah, paper pertama exam sudah selesai, tinggal lagi 3 paper je lagi.. moga Allah permudahkan. Aamiin. The next paper saya bermula pada minggu hadapan, alhamdulillah masih ada masa lagi untuk study :)

"Do not study last minute, but study until the last minute.." ^_^ 

Ulat buku yang paling comel pernah kujumpa ;)

Yeah! Insya Allah. Must do THE BEST! Sebab I am MUSLIM and this is for ISLAM! Orang Islam kena kuasai ilmu, maka dengan itu kita boleh berdakwah.. nampak tak kaitan ilmu dengan dakwah bagaimana? Apabila seseorang yang berilmu berkata-kata, maka orang yang mendengar akan mempercayainya. Tidak kira siapa. Oleh itu, betapa besarnya 'kuasa' orang-orang yang berilmu. Mereka memiliki aura yang kuat untuk mempengaruhi orang lain. Dan ini sangat-sangat menguntungkan jika orang-orang yang berilmu ini turut membawa orang lain mendekati Allah dengan ilmu yang mereka ada. Subhanallah. Pahala yang berpanjangan pun dapat sebab antara amalan yang dibawa selepas mati nanti adalah ilmu yang dimanfaatkan. 

Kini, dalam mengisi masa lapang selain study untuk paper subjek akan datang, saya sedang berusaha menghabiskan buku ini : 


Subhanallah. Tersangatlah best buku ini :) Menelusuri sirah nabi membuatkan roh perjuangan menjadi berkobar-kobar. Terasa cemburu dengan orang-orang yang berada di Palestin dan Syria. SYAHID. Allah.. seronoknya bila semata-mata kerana Allah dan Islam :') 

Insya Allah, selepas habis buku tersebut, ada lagi 6 buah buku yang berderet menunggu giliran untuk dibaca :) Antara buku tersebut ialah :

Buku 1

Renungan buat mereka yang berkata, "Saya benci politik. Politik kotor, memecah belahkan, saling memfitnah dan terlalu sukar dipercayai janji orang-orang politik. Saya mahu menjaga ugama saya," mari berfikir sejenak;

1) Adakah dengan menjauhi politik, anda terjamin jadi bersih? Tidakkah dunia ini seluruh penjurunya bercampur baur antara baik dan buruk dan kita sendirilah yang menentukan untuk kita?

2) Adakah orang-orang mulia seperti para ulama dan mujahidin sepanjang zaman yang terlibat dalam politik peringkat tertinggi telah menjadi kotor kerananya? 

3) Bagaimana anda menakrifkan politik baginda al Rasul صلى الله عليه وسلم yang memuncak sehingga terpaksa berperang dengan senjata? 

4) Jika orang yang 'bersih' seperti anda menjauhi politik, apa hukum membiarkan dunia politik untuk dikuasai orang-orang yang kotor? 

5) Jika hak anda dicabuli oleh orang politik, seperti dibekukan kenaikan pangkat semata-mata kerana enggan menyokong orang politik, adakah satu kemuliaan dan 'kebersihan' jika anda hanya diam membisu atau menolak orang yang datang membantu mempertahankan hak anda itu?

6) Adakah untuk anda mencampuri politik, ia memerlukan sehingga tubuh anda dan keluarga sendiri dianiayai dulu oleh orang politik, atau cukup dengan melihat saudara seagama yang lain dianiaya. Adakah anda mahu terhantuk dulu baru tengadah?

7) Adakah anda melihat agama Islam mengajar agar dijauhi politik dan orang politik?

8) Adakah anda melihat seorang nabi bukan ahli politik? Dengan maksud, nabi diutuskan untuk menjauhkan umat daripada politik?

9) Apakah pendapat anda untuk menjatuhkan ahli politik yang jahat tanpa menyentuh politik?

10) Adakah anda menemui dalil atau nas yang membenarkan anda lari dari tanggung jawab menentang kemungkaran politik?

-Nik Mohamad Abduh-

Kata-kata ni diambil dari FB beliau :) Ia tidak ada dalam buku di atas. Namun kita boleh  mengambilnya sebagai renungan untuk difikirkan. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama mendalami ilmu dan mengaitkannya dengan agama. Kerana setiap apa yang berlaku pasti ada jawapannya dalam agama..

Buku 2
Buku yang meniupkan semangat perjuangan anak muda dan mengenai peranan kita sebagai khalifah di muka bumi

Buku 3
Kepentingan suara mahasiswa dalam membawa perubahan kepada negara

Buku 4
Antara tokoh yang mewakafkan dirinya dalam perjuangan Islam

Buku 5
Seorang pemimpin yang menjadi qudwah pada abad ini

Buku 6
Tentang BERSIH 3.0 

"READ (in the name of Allah). You'll conquer the world"

Dan kata-kata ini telah pun dibuktikan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, The Conquerer

"Seseorang pada masa hadapan adalah menurut buku apa yang dibacanya sekarang"  

Insya Allah, moga Allah izinkan untukku hadam semua buku ini. Aamiin. Kalau ada sesiapa yang ingin pinjam, boleh roger saya :) Tapi hanya terhad kepada mahasiswa USM sahaja la ye ;D


Teringin nak ada mini library sendiri di rumah. Moga Allah mudahkan. Aamiin.
:: Sekian. Wallahu'alam ::










The One And Only..


Assalamualaikum....

Bismillah. Semoga sentiasa dalam redhaNya^^

Dalam entri kali ini, this the one and only yang saya nak cakap.... :

and also, buat para pemuda 


anda disarankan untuk solat subuh berjemaah di masjid :)

Rasulullah S.A.W bersabda:


“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak.” (HR Bukhari dan Muslim)




Golda Meir, Perdana Menteri Israel (1969-1974) :


Kami tidak takut kepada orang-orang Islam sehinggalah mereka solat subuh di masjid sebagaimana mereka solat Jumaat.




Seorang ekstremis Yahudi pernah berkata : 


Kami tahu bahawa kesudahan kami adalah di tangan kaum muslimin. Kami juga tahu bahawa batu-batu dan pokok-pokok akan memberitahu orang Islam di mana kami berada. Tetapi orang Islam itu bukanlah orang Islam zaman ini kerana mereka dilalaikan oleh permainan dan hiburan daripada solat mereka.  
Oleh itu, marilah kita bercita-cita untuk mati seperti ini ♥

Allahu ghaayatuna 
(Allah adalah tujuan kami)

Arrasul qudwatuna
 (Rasulullah teladan kami)

Alquran dustuuruna 
(Alquran pedoman hidup kami)

Aljihadu sabiiluna 
(Jihad adalah jalan juang kami)

Almautu fi sabilillah 
(Mati di jalan Allah)

Asmaa amaanina 
(Cita-cita tertinggi kami)

:: Sekian ::







NEED HELP?

NEED HELP?

Have You Had Your SHAKE Today?

Have You Had Your SHAKE Today?

SIHATKAN DIRI ANDA DENGAN HERBALIFE!

Name:
Email Address:
Handphone number:
Occupation:
Where do you live?
Have you register as a member of Herbalife?
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Want to order? Start Now Pack - Vanilla
Start Now Pack - Chocolate
Start Now Pack - Strawberry
Start Now Pack - Tropical Fruit
Start Now Pack - Cappuccino
Herbal Aloe Concentrate
N-R-G Tea
Calcium Plus
Shaker Cup
Extra information that can help me to guide you:

Click here to create your own form.

WE CHOOSE!

WE CHOOSE!

Love :

Love :
-Moga Allah Redha-