Pages

Sekuntum Mawar

Sekuntum mawar itu,
Meliuk lemah bukannya lembut,
Angin memainkan kelopaknya taqwa,
Berguguran layu imannya luruh… . :cry:

Bertanya sang angin…
“Mengapa kau wardah…?
Kulihat kuntummu hilang serinya…
Warnamu tak seceria dulu…
Gerakmu bagai tak berhaluan….”

Wardah terus dipukul bayu,
Soalan sang angin berlalu begitu sahaja,
Tiba lagi gerangan sang angin yang tak henti bertiup,
“Khabarkan padaku wardah…
Mengapa kau wahai penyeri alam?
Khabarkan agar aku bisa mendengarnya…
Jangan kau turut sama menyuramkan seri hidupku wardah…!”

Angin pergi lagi mengikut gerak sunnatullah,
Betapa makhluk itu tidak pernah derhaka pada aturan yg Allah tetapkan…
Sedang aku..? wardah yang bersembunyi di balik zahirnya yg dipuja… :cry:

Kononnnya akulah wardah yg harum itu.
Akulah wardah yg indah warna pekertinya,
Akulah wardah itu… yg cantik tingkahnya,
Akulah wardah itu… terpelihara dek syauqah yg berbisanya iman…
Akulah… akulah… akulah kononnya wardah penghias dan penyeri alam fana ini… :cry:

“Angin, di mana kau? Ingin kuluahkan apa yg terbuku di hati ini,
Yg terlindung di balik kelopak mekar yg subur dulunya dgn siraman air keimanan…”

“Aku masih di sini wardah..
Aku sentiasa di sisimu tanpa kau sedari..
Tapi tak mungkin tak dapat kau rasakan hadirnya aku wardah..?
Atau sengaja kau nafikan utk menurut kehendak nafsumu?”

“Ah…atas dasar apakah kata2mu ini wahai angin? :roll:
Terasa benar bisanya utkku..
Kau tahu dengan tajamnya katamu boleh merobek kelopak hatiku yg makin layu ini?
Dengan katamu itu boleh terungkai kelopak ini dari persadanya taqwa?
Sampai hatimu angin… kau hadir tp bagaikan tiada…
kau hilang dan menjelma dgn tuduhan yg sarat melulu..
Pedihnya tusukan syauqahku tak setanding bisanya katamu…
Tidak layak kau menjadi pelindungku…!” :cry:

“Itu katamu wardahku sayang…!
Pernah kau fikirkan apa yg kau lafazkan?
Selari dgn niatmu?”

“Angin…
Pertama kali niatku diragui,
Aku tersentak dgn katamu,
Pandai kau menilai hati budiku
Sdg kau tak pernah menyelaminya.
Di mana letaknya keadilan yg diwar-warkan
Dia atas al-ardh yg fana ini..?.”

“Maafkan aku wardah..
Bukan itu maksudku…
Tapi, mengapa begitu emosi kau wardah?
Mungkin terkena benar bicaraku yg bakal menyentuh hati lembutmu wardah,
Ternyata ada lagi yg kau simpan dr kelihatan oleh dunia nyata,
Perlu utk apa begitu wardah?
Aku ada utk kau nyatakan,
Itu pun selagi Allah masih membenarkan gerakku di kelilingmu wahai wardahku,
Jgn kau tangisi bila tiba masanya aku tiada lagi,
Tiada lagi ruang utkmu terhadapku…”

Wardah tertunduk… :cry:
kelopaknya makin layu ,
Warnanya makin pudar,
Entah ke mana hilangnya sinar merah hatinya
Membuatkan ramai makhluk Terpikat…
Teringat wardah pada sapa sang angin dahulunya…
“Wardah, jangan kau tarik perhatian makhluk,
Tariklah hatinya wardah…”
Wardah tersedu tanpa air mata,
Gugur titis jernih bukan dari tubir mtanya,
Tp dari kelopaknya yg masih menyimpan embun pagi yg berbaki”..

“Kau bersedih wardah?
Maafkan aku andai bicaraku melukaimu,
Bukan niatku utk membuat kau berduka,
Aku punya banyak misi lain yg perlu kulakukan,
Dan pastinya ini bukan pkr yg aku idamkan wardah…
Harapku, samada aku ada ataupun tidak,
Kau kekal ceria wardah,
Aku ingin kau sentiasa sarat dgn kasih sayangNya,
Jaminan yg aku amat menyayangimu…
Ini pasti sekali wardah.
Krn aku yakin tak mungkin kasihku yg bakal atau tidak kusemaikan padamu,
Mengatasi kasihNya…
Ini bukti cintaku wardah…
Cintaku pada makhlukNya semata2 krnNya jua…
Fahamilah butir kataku yg tidak indah susunannya ini wahai wardah…!”

Wardah diam membisu.. :cry: :cry: :cry:
Kata sang angin benar,
Biar berkuntum bencinya,
Biar bersemai kecewanya,
Biar tak terungkai isi hatinya…

Bercucuran air mata si wardah berduri,
Kerana rindu yg tak pernah padam…
Cinta kasih dan rindu padaMu,
Mg rinduku kan terubat,
Lantaran kasihMu yg murni,
Tangisan rinduku hanya utkMu
Saat yg berlalu terus kutunggu,,
Tangisanku mendayu2,
Mengharap kasih dr yg Satu
Kutahu cintaku terbalas krn Dialah pemilik cinta sejati

“Indahnya bait katamu…”
Tiba-tiba wardah teringatkan sahibahnya yg tersayang,
Biar tak berkait dgn apa yg dirasakannya…
Ahh..begitu pandai si wardah melindungi rasa hatinya,
Atas sebab apa…mungkin utk menutup aibnya sendiri,
Lakukanlah wardah, asal ada batas yg terus melingkungi taman hatimu…

Inilah kata sang bunga serikandi ummah itu…..
Masih segar di ingatannya wardah…
“Wahai wanita solehah,
Jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yg bijaksana itu,
Tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan,
Senyuman, bicara manja yang menggoda
Atau pujuk rayu yang boleh meruntuhkan imannya,
Sesungguhnya lelaki itu pemimpin wanita andai belum sampai juga Rezekimu,
anggaplah bahawa lelaki yg dinantikan itu
Sedang membina sahsiah kepimpinannya bg memimpin dirimu,
Krn pd wanita itu pasti ada kekurangannya
Dan lelaki yg benar2 layak pasti hadir utk melengkapkan kekurangan pd dirimu”


Wardah membeku..
Yang pasti perjalanan kehidupannya akan terus terlakar,
Selagi esok kelopaknya belum kering sepenuhnya…..
Subhanallah…


~nukilan istimewa~



 Syauqah wardah = mawar berduri...


Ayah Hebat, Anak Osem

Assalamualaikum...

Semoga sentiasa dalam bahagia^^

Saya terjumpa cerita ini di facebook. Moga semua mendapat pengajaran dan manfaat dari kisah keluarga Nabi Muhammad s.a.w., Insya Allah. 

SUNGGUH HEBAT RASULULLAH SAW MENDIDIK PUTERINYA FATIMAH AZ ZAHRA. DIAJARNYA SUPAYA TIDAK BERMEWAH DAN LUPA DIRI...WALAUPUN DIRINYA ANAK SEORANG NABI...DAN PEMIMPIN YANG TERTINGGI.....


Saiyyidina Ali bin Abi Thalib Karamallahu wajhahu... merupakan menantu kesayangan Nabi saw dan isterinya, Fatimah Az-Zahra pula merupakan puteri kesayangan Nabi saw..




Jika diikutkan budaya dan trend masyarakat moden hari ini, maka kedudukan mereka ini adalah sebagai anak dan menantu kepada Nabi saw; seorang pemimpin, seseorang yang berkuasa, yang memegang pemerintahan dan  yang memegang kekayaan negara. Sudah pasti mereka berdua hidup di dalam kemewahan dengan harta yang berlimpah. 


Namun perkara itu tidak berlaku kepada puteri dan menantu Nabi saw, apabila ada riwayat yang menyatakan bahawa mereka berdua hidup dalam serba kesederhanaan dan adakalanya berlapar perut kerana ketiadaan makanan. Imam At-Tabari di dalam kitabnya Al-Ausad ada meriwayatkan suatu hadis :

قال عمران: فرأيت صفرة قد ظهرت على وجهها، وذهب الدم، فبسط رسول الله صلى الله عليه وسلمبين أصابعه ثم وضع كفه بين ثدييها، فرفع رأسه فقال ﴿الله مشبع الجوعة، وقاضى الحاجة، ورافع الوضيعة، لا تجع فاطمة بنت محمد﴾.فرأيت صفرة الجوع قد ذهبت عن وجهها، وظهر الدم، ثم سألتها بعد، فقالت ﴿ما جعت بعد ذلك أبدا﴾رواه الطبرانى فى الأوسط

Ertinya : Menurut cerita Imran bin Husain, Pernah satu hari, Fatimah r.anha muncul di hadapan Rasulullah dengan wajah kekuning-kuningan dan pucat akibat kelaparan. Rasulullah lalu berkata, “Mari ke mari mendekati aku..wahai Fatimah.” Kemudian Baginda saw berdoa, “Ya Allah yang mengenyangkan orang yang lapar dan mengangkat orang yang jatuh, janganlah engkau laparkan Fatimah binti Muhammad.” Imran kemudian menyatakan, “Darah tampak kembali di wajahnya dan hilanglah kekuning-kuningannya dan pucat di wajahnya.”

Begitulah keadaan puteri nabi saw yang merasa lapar kerana menjaga dirinya agar tidak mengambil hak yang bukan miliknya..kerana sifat kenyang itu, selalunya melupakan kita dengan Allah. Lantaran nafsu yang membiak dengan makanan yang lazat dan mewah. Di dalam satu riwayat lain yang diriwayatkan oleh Imam At-Thabrani, dengan sanadnya datang daripada Saidina Hussin daripada Fatimah r.a.

وروى الطبرانى بسند حسين عن فاطمة أن النبى صلى الله عليه وسلم أتاها يوما فقال ﴿أين ابناى?﴾يعنى الحسن والحسين، قالت: أصبحنا وليس فى بيتنا شئ يذوقه ذائق فقال على: أذهب بهما؛ فإنى أخاف أن يبكيا عليك وليس عندك شئ! فذهب بهما إلى فلان اليهودى، فتوجه إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم فوجدهما فى سربه بين يديهما فضل من تمر.فقال يا على: ألا تنقلب بابنى قبل الحر?! قال: أصبحنا وليس عندنا شئ، فلو جلست يا رسول الله حتى أجمع لفاطمة بعض تمرات، فجلس رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى اجتمع لفاطمة شئ من تمر، فجعله فى حجره، ثم أقبل فحمل النبى صلى الله عليه وسلم أحدهما، وحمل على الآخر حتى أقبلها

Ertinya : Suatu hari Rasulullah saw datang mengunjungi Fatimah, dan mencari cucu-cucunya...lalu baginda bertanya : Di mana cucu-cucuku? Saiyidatina Fatimah menjawab, “Pagi ini tidak ada sesuatu di rumah kami yang dapat dimakan, sehinggakan Ali mengatakan, Saya akan pergi dengan Hassan dan Hussin ke rumah seorang Yahudi.” (untuk mengambil upah menceduk air..dan bayarannya satu cebok air sebiji kurma) kerana aku takut sekiranya anak - anak kita ini menangis sedangkan tiada apa yang boleh kita berikan untuk mereka makan. 

Rasulullah kemudian menyusul mereka dan melihat kedua cucunya sedang bermain dengan sisa kurma. Rasulullah saw bertanya, “Wahai Ali, mengapa engkau tidak menyuruh kedua cucuku ini pulang sebelum mereka kepanasan?” Saiyyidina Ali menjawab, “Pagi ini tak ada sesuatu pun yang boleh kami makan di rumah. Bagaimana jika engkau duduk dulu, wahai Rasulullah, sehingga selesai kerjaku dan aku dapat mengumpulkan buah tamar hasil dari upahku mengangkat air untuk diberikan kepada Fatimah?” 

Begitulah yang dilakukan Ali bin Abi Thalib, pejuang Islam yang perkasa...menantu kepada pemimpin yang berkuasa.... Ia tidak merasa segan menimba air untuk seorang Yahudi, dimana untuk setiap timba ia akan mendapat sebutir kurma. Setelah terkumpul buah kurma yang mencukupi untuk dia dan keluarganya, dia pun pulang ke rumah. 

Saidina Ali r.a menantu kesayangan Nabi s.a.w...mungkin boleh meminta daripada nabi saw agar ayah mertuanya iaitu Nabi s.a.w memberikannya kekayaan....dari sumber Negara..mungkin dari harta baitul mal.....atau apa sahaja peluang dan ruang yang boleh digunakan sementelah kedudukannya yang rapat dengan Nabi s.a.w.. Namun peluang itu tidak digunakan oleh Saiyidina Ali kerana beliau seorang sahabat dan menantu Nabi s.a.w yang beriman dan bertaqwa...tidak mungkin baginya membuat sesuatu yang menjadi kemurkaan Allah dengan mengambil harta yang bukan haknya.

Imam Al-Ghazali pula ada meriwayatkan tentang suatu kisah di manasuatu hari Rasulullah pergi bermusafir. Di saat itu pula...Saiyidina Ali r.a baru mendapat ghanimah (harta rampasan perang), lalu membawanya kepada Saiyidatina Fatimah. Harta rampasan perang itu memang menjadi hak Saiyidina Ali sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam maka Saiyidina Ali telah memberikan dua gelang perak kepada isterinya yang tercinta itu, begitu juga Saiyidatina Fatimah menggantungkan kain tirai hasil rampasan perang di atas daun pintu rumah mereka. 

Apabila Nabi saw pulang dari musafirnya dan memang menjadi salah satu kebiasaan Rasulullah ketika pulang daripada musafirnya adalah...Baginda saw selalu singgah ke rumah puterinya yang tercinta; Saiyidatina Fatimah. Apabila Baginda s.a.w melihat di kedua pergelangan tangan Fatimah puterinya itu dua utas gelang perak... Baginda s.a.w merasa kurang senang lalu keluar meninggalkan rumah puterinya itu. Saiyidatina Fatimah yang menyedari gelagat ayahnya itu menangis teresak-esak kerana yakin yang dirinya yang telah menyakiti perasaan ayahandanya yang amat tercinta itu..

Lalu Saiyidatina Fatimah pun memanggil Hasan dan Husein. Diberikannya kepada mereka gelang perak dan tirai baru yang didapatinya dari Saiyidina Ali, lalu disuruh kepada kedua puteranya untuk menyampaikannya kepada Rasulullah saw. Fatimah Az-Zahra berpesan, “Pergilah kalian ke tempat ayahku, ucapkan salam kepadanya dan katakan kepadanya, Kami tidak akan melakukannya lagi, dan ini kami serahkan kepadamu.” 

Apabila Rasulullah s.a.w menerima pesanan tersebut, ia pun mencium kedua cucunya, memeluk mereka, lalu mendudukkan mereka masing-masing di atas pahanya. Lalu gelang perak itu dibahagi-bahagikan kepada sekelompok Muhajirin yang tak punya tempat tinggal dan harta. Sedangkan tirai itu pula dibahagikan kepada rakyat Nabi s.a.w lantaran ada antara mereka yang tidak berpakaian. 

Kemudian Rasulullah berdoa, “Allah mengasihi puteriku Fatimah. Sungguh Allah akan memberikan kepadanya pakaian syurga dengan sebab tirai ini, dan akan memberinya perhiasan syurga dengan sebab kedua gelang ini.

Begitulah hebatnya Nabi s.a.w mendidik puterinya dan menantu baginda...agar tidak menginginkan kekayaan dan kemewahan..dengan kuasa dan pangkat yang diberikan oleh Allah Taala...sememangnya ia tidak disalahguna untuk mengumpul kekayaan atas penderitaan rakyat yang miskin dan berkaki ayam serta tidak berpakaian. 

~اللهم صلى وسلم وبارك على سيدنا محمد~


Sedikit info...


.:Wallahu'alam:.


Importance of Correct Intentions

In the name of Allah, The Most Gracious and Merciful.

Hope that His blessings are always with us. aamiin.

For a long time, I didn't talk about my course; I am majoring in Agrobiology. As I had a chance to join my usrah yesterday, I got lots of tazkirah (reminders) and information from many fields. Alhamdulillah. Therefore I want to share something from this exciting usrah ^^.

It is about INTENTION or in Bahasa, it is called 'NIAT'. There is one hadith which says, 

Translated version:


عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّمَا الأَعْمَالُبِالنِّيَّةِ وَإِنَّمَا امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِوَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَإِلَيْهِ


"Daripada ‘Umar bin al-Khaththab (semoga Allah meredhainya), dia berkata, Rasulullah (selawat dan salam ke atas baginda) bersabda: “Sesungguhnya amal itu tidak lain hanyalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang hanyalah apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah untuk dunia yang dia inginkan atau kerana seorang wanita yang ingin dia nikahi, maka hijrahnya adalah kepada apa yang dia berhijrah kerananya."

From this hadith, we can see the importance of intention in everything that we want to do. This includes the purpose of our studying, running programmes, involving in sports and more. So, as students, have we ever thought why Allah has put ourselves in this field of study are we taking now? Maybe there are certain people taking the courses which they didn't expect or wish to study previously, and just learning without even knowing the use of it.

For the smallest thing to the biggest thing that happens to us, Allah Knows best. We as His slaves must learn to appreciate, appreciate and appreciate. ^^ 

We also even heard about people saying "I want to be a Muslim doctor," "I want to be a Muslim engineer", "I want to be a Muslim agrobiologist" and many more. Why not if we try TO BE like that from now? From that usrah, now I realized that whatever Allah has given us in any situation, there must be a 'hikmah' hidden by it. Subhanallah.. The knowledge that I am learning now, I can use it for the sake of my ummah, then the rewards from it can save me on the Judgement Day..and more important is..His blessings. REDHA. Insya Allah, aamiin :') Let's do it! 

Hence I would like to share what I have learned in my subject of Plant Pathology. Do you know what is it about? It is the study of plant diseases and it is very fascinating subject! I imagined when I am old, the conversation among me and my grandchild will happen like 
this: 


Grandchild : "Opah, what has happened to the papaya? It has a dark spot on it." 
Me : "Oh, that is because the papaya fruit has been attacked by a disease." 
Grandchild : "What is the disease, Opah?"
Me : "The disease name is Papaya Ring Spot Virus."
Grandchild : "Wow, Opah is so brilliant!" 
Me : "Alhamdulillah, Opah graduated from Universiti Sains Malaysia, my cutie." 

*(Cewah. Berangan je lebih! :DDD)

Okay. SERIOUS. Take a deep breath and blow. Pheww~ Good. 

Have you ever heard about Genetically Modified Food? Enjoy reading ^^ ~


It is essential that we improve food production and distribution in order to feed and free from hunger a growing world population, while reducing environmental impacts and providing productive employment in low-income areas. This will require a proper and responsible utilisation of scientific discoveries and new technologies. 

The developers and overseers of Genetically Modified technology applied to plants and micro-organisms should make sure that their efforts address such needs. Increasing the amount of land available to cultivate crops, without having a serious impact on the environment and natural resources, is a limited option. Modern agriculture has increased production of food, but it has also introduced large-scale use of pesticides and fertilisers that are expensive and can potentially affect human health or damage the ecosystem.

A major challenge faced by humankind today is how to increase world food production and people’s access to food, which requires local and employment-intensive staples production, without further depleting non-renewable resources and causing environmental damage. In other words, how do we move towards sustainable agricultural practices that do not compromise the health and economic well-being of the current and future generations? 


In order to think in terms of sustainable agriculture, factors responsible for soil, water and environmental deterioration must be identified and corrective measures taken.Regarding to the papaya industry developed in Hawaii being damaged by a disease called Papaya Ring Spot Virus (PRSV) which discovered in Puna in May 1992, the papaya industry was in a crisis situation as the virus spread very rapidly. Research on transgenic crops is one of the wise way to counter the damage that largely affect the papayas production. 

Transgenic plants are plants that have been engineered, a breeding approach that uses recombinant DNA techniques to create plants with new characteristics. They are identified as a class of genetically modified organisms (GMO). It offers the possibility of not only bringing in desirable characteristics from other varieties of the plant, but also of adding characteristics from other unrelated species. 

Such modifications increase the nutritional status of the foods and may, help to improve human health by addressing multinutrition and under-nutrition.The question is why virus resistance in transgenic plants, and are there risks associated with the release of virus-resistant transgenic plant? There is clearly a benefit to farmers if transgenic plants are developed that are resistant to a specific pest. For example, papaya-ringspot-virus-resistant. Papaya has been commercialised and grown in Hawaii since 1996 (Gonsalves 1998). The adoption of transgenic papaya cultivars have been very high since the start of their release in Hawaii in 1998, reaching 60 percent in 2005, essentially because the virus had devastated the local papaya industry.




Besides, the expression of a virus gene fragment in a plant confers resistance to virus infection also raises environmental safety concerns with regard to the constitutive expression of viral genes, which is known to occur only with certain viruses in a few conventional crops. Such concerns have focused on the potential for allergic reactions to food products, the possible introduction or increase in production of toxic compounds as a result of the GM technology, and the use of antibiotic resistance as markers in the transformation process. 


Every effort should be made to avoid the introduction of known allergens into food crops. Information concerning potential allergens and natural plant toxins should be made available to researchers, industry, regulators, and the general public. In order to facilitate this effort, public databases should be developed which facilitate access of all interested parties to data.


According to the Health Canada's review of the information presented in support of the food use of virus resistant papaya line 55-1, concluded that this line does not present human food safety concerns. Health Canada is of the opinion that virus resistant papaya is as safe and nutritious as currently available commercial papaya varieties. Health Canada's opinion pertains only to the food use of virus resistant papaya line 55-1.




The PRV coat protein is not considered to be novel with respect to human consumption since fruit infected with PRV has commonly been consumed apparently without adverse effect. Naturally occurring infections of papaya result in concentrations of coat proteins at much higher levels than those expressed in papaya line 55-1. The proteins used as marker genes have been previously evaluated for toxicological safety as they are commonly used as marker genes in genetically modified plants.


Decisions regarding safety should be based on the nature of the product, rather than on the method by which it was modified. It is important to bear in mind that many of the crop plants we use contain natural toxins and allergens. The potential for human toxicity or allergenicity should be kept under scrutiny for any novel proteins produced in plants with the potential to become part of food or feed. Health hazards from food, and how to reduce them, are an issue in all countries, quite apart from any concerns about GM technology.

The application of modern genomics research techniques to plant species promises an explosion of new knowledge and information that may lead to important new advances in agricultural production and the quality, quantity and variety of food products. Actual realisation of these advances will depend to a significant extent on both publicly and privately funded research and on the development efforts of commercial companies supported by private investment. Therefore, to benefit the growing populations of the developing world, new plant varieties will have to be developed through a variety of sources, including: (i) farmers who select plants that succeed best in their particular locality for the retention of seed for future use or sale; (ii) public or pro bono research institutions financed out of taxes or charitable grants that provide improved varieties to appropriate users free or at cost; and (iii) for-profit companies interested in creating new products and markets that develop new varieties financed through profits from seed sales.

# The End.



"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmatNya) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al-Baqarah : 261)


"---one of the hadith that related to plant---"

*Agrobiology is such a wonderful subject!* Alhamdulillah 

NEED HELP?

NEED HELP?

Have You Had Your SHAKE Today?

Have You Had Your SHAKE Today?

SIHATKAN DIRI ANDA DENGAN HERBALIFE!

Name:
Email Address:
Handphone number:
Occupation:
Where do you live?
Have you register as a member of Herbalife?
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Want to order? Start Now Pack - Vanilla
Start Now Pack - Chocolate
Start Now Pack - Strawberry
Start Now Pack - Tropical Fruit
Start Now Pack - Cappuccino
Herbal Aloe Concentrate
N-R-G Tea
Calcium Plus
Shaker Cup
Extra information that can help me to guide you:

Click here to create your own form.

WE CHOOSE!

WE CHOOSE!

Love :

Love :
-Moga Allah Redha-