Pages

Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Pinangan atas Pinangan


Bismillah. 

Assalamualaikum..

Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasihNya^^

5 Jun 2013 (Rabu). 

Hari ni nak cerita sikit tentang sebuah hadis. Fasal PEMINANGAN. 

Petang tadi saya ada emel kepada pensyarah Pengajian Islam saya; Dr. Jasni tentang hadis berikut : 

 "Jangan seorang lelaki meminang atas pinangan lelaki lain melainkan apabila peminang sebelumnya sudi melepaskannya atau peminang itu memberi izin kepadanya." (Riwayat al-Nasai)

Berikut merupakan rumusan hukumnya :-

1. Jika seseorang itu mengambil tunangan orang dalam keadaan si perempuan masih lagi belum memutuskan pertunangan dengan tunang sebelumnya dan dia terus bernikah dengannya, pertunangan mereka haram walaupun pernikahan mereka sah. Kedua2nya menanggung dosa.

2. Jika seseorang itu ingin mengambil perempuan itu sebagai tunangnya, dan si perempuan yg sedang bertunang itu buat keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan tunangnya yang sekarang, kemudian selepas diputuskan pertunangan itu lalu kedua2nya bertunang dan bernikah, pertunangan dan pernikahan mereka adalah sah dan kedua2nya tidak menanggung dosa.

Berikut merupakan syarat peminangan : 

1. Perempuan tersebut bukan tunangan orang.
2. Perempuan yag dipinang tidak terhalang oleh halangan syara' yang menyebabkan ia tidak dapat dinikahi. Seperti :
  • Bersuami
  • Dalam iddah Talak Ba'in
  • Perempuan yang haram dikahwini


****

Semoga dipermudahkan menjawab soalan exam bagi sesiapa yang mengambil subjek Munakahat pada 12 Jun 2013 nanti :) (termasuk saya!! aamiin). Dan semoga bermanfaat kepada semua pembaca :) 










Cinta Kita Berdasarkan Apa?


Bismillah.

Assalamualaikum…

Apa khabar iman kita pada hari ini? Semoga terus mekar dalam meraih cinta Allah dan redhaNya^^

Teman2 yang dikasihi sekalian, marilah kita sama2 panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayangNya, kita masih lagi dapat merasai nikmat hidup, nikmat sihat dan yang paling penting sekali, nikmat iman dan Islam. Kerana dengan semua nikmat ini, kita masih lagi berkesempatan mengumpul bekal untuk perjalanan di akhirat sana. Alhamdulillah.

Hari ini saya nak kongsi sedikit tentang program malam tadi. Tahniah diucapkan kepada Hal Ehwal Siswi (HELWI) PMIUSM kerana telah mengundang Penulis terkenal, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dan juga Ustazah Ummu Maudah dalam menjayakan Program Antara Cinta dan Air Mata semalam. Alhamdulillah, sesungguhnya hati ini rasa sangat teruja kerana begitu ramai sekali hadirin yang hadir ke program ini. Sampai melimpah ke luar dewan juga la Dewan Kuliah 4 tu ^^ 

Terdapat banyak input menarik yang dikongsikan kepada hadirin yang hadir.  Antaranya :-

1) Bagaimana nak satukan dua hati?
= 2 hati mencintai Yang Satu akan BERSATU

2) Makin tinggi iman seseorang pada Allah, makin kuat cintanya untuk orang lain.

3) Siapa yang lebih kuat cintanya kepada Allah, maka dialah yang paling cinta kepada pasangannya.

4) Jangan mencari kebahagiaan dalam rumahtangga, tetapi bawalah kebahagiaan dalam rumah tangga.

5) Sebelum membentuk keluarga yang baik, kita perlu jadi orang yang baik dulu.

6) Kita jadi baik, kita akan dapat tarik kebaikan.

7) Tiada kebahagiaan dalam menderhakai (buat maksiat) Allah. Semakin banyak kemanisan yang diambil sebelum perkahwinan, semakin tawar dan hambar perkahwinan itu nanti.

8) Psikologi perkahwinan 
Selepas 5 tahun perkahwinan, baru kita tahu ‘true colour’ pasangan kita.

9) Apabila kita serahkan segala2 pada Allah, kita jaga hak Allah, maka Allah juga akan jaga hak kita.

10) Cinta kerana Allah 
Niat berkahwin untuk mendapat keredhaan Allah dan jadikan ia sebagai pemangkin untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.

11) Mencari jodoh umpama mencari rezeki. Kita usaha untuk mencari rezeki, namun kadang2 apa yang kita jumpa itu lebih baik dari apa yang kita cari. Rezeki, semuanya Allah telah tentukan. Begitu juga dengan jodoh. Kita berusaha mencari jodoh yang baik, dan disamping itu kita juga bertawakkal pada Allah. Maka Allah akan beri jodoh itu mengikut ketentuan dan ketetapanNya.

12) Kita buat baik bukan kerana kita baik, tetapi kerana itulah usaha kita untuk jadi baik.

13) Jodoh juga mengikut tanggungjawab yang kita laksanakan. Semakin banyak tanggungjawab yang kita laksanakan untuk Islam, maka Allah akan beri jodoh yang dapat bersama kita untuk laksanakan Islam.

14) Cinta hanya alat, cinta bukan matlamat.


“Bercinta Sampai Ke Syurga”

Konsep SMART

·         S = Setia, Sayang
·         M = Manja
·         A = Adil
·         R = Renew (perbaharui)
·         T = Terus terang

15) Perkahwinan juga adalah salah satu ujian

16) Allah menguji dengan apa yang kita paling sayang; seperti Allah uji Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail.

17) Apabila kita memohon cinta Allah, cinta yang lain akan menyusul.

18) Dalam rumahtangga, ada hak dan tanggungjawab. Apabila suami menjalankan tanggungjawabnya, haknya akan dipenuhi. Apabila isteri menjalankan tanggungjawabnya, maka haknya akan dipenuhi. Maka apabila suami dan isteri masing2 menjalankan tanggungjawab masing2, maka kedua2 hak mereka dipenuhi dan menjadikan keluarga lebih harmoni. Namun apa yang terjadi sekarang, banyak suami/isteri yang menuntut haknya dalam rumahtangga, namun dari segi tanggungjawab, banyak juga masih yang tidak dipenuhi. --Muhasabah buat para suami dan isteri, serta peringatan buat yang bakal jadi suami/isteri.

19) Hukum kasih sayang 
Kalau nak dapat apa yang kita mahu, kita patut beri dahulu. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

20) Dipercayai lebih utama daripada dicintai. Sebagai contoh, apabila isteri hilang rasa kepercayaan pada suami, bermakna telah kurang 1 kebahagiaan dalam rumahtangga.

Gambar ni dilukis secara spontan sewaktu forum berlangsung. Kali pertama lukis spontan. Biasanya lukis by tiru gambar orang lain je :D

Antara Cita-cita dan Cinta

Pesan Ustaz Pahrol, ilmu akademik sangat penting untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah. Utamakan cita-cita daripada cinta. Bila tepat pada masa dan waktunya, cinta akan hadir jua. Percayalah, apabila kita hendak menegakkan agama Allah, maka Allah akan mempermudahkan jalan untuk menegakkan agama itu. 

Sekiranya ibu bapa tidak membenarkan berkahwin ketika belajar, tidak mengapa. Usaha dan tawakkal padaNya. “Carilah redha Allah melalui redha ibu bapa.”


Wallahu'alam.

*****


I'm really inspired with him. Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan orang yang hebat ini untuk mendengar kata-kata hikmah darinya. Buku Mukmin Profesional ini dibeli ketika di akhir-akhir forum. Tujuan beli, sebab dalam masa yang sama juga, saya benar-benar memerlukan kekuatan. Kekuatan dalam mengharungi kehidupan. Insya Allah, mudah-mudahan ia memberi manfaat yang besar buat diri ini. Aamiin. 

Sewaktu berada di tempat letak kereta depan Dewan Kuliah Sains Kemasyarakatan, ketika itu ramai yang sudah pulang. Saya yang bersama-sama Kak Afifah dan senior2 yang lain ketika itu nampak peluang untuk mendekati beliau di sisi keretanya. Almaklumlah sewaktu dalam dewan tersebut ramai hadirin yang ingin bergambar dengan beliau. Saya kemudian mendekati beliau dan berkata, "Ustaz, nak minta tandatangan boleh?" Ustaz menjawab sambil tersenyum, "Boleh2". Saya terus mengeluarkan buku yang baru dibeli dan mengoyakkan pembalutnya ketika itu juga. 

Kata-kata yang biasa didengar, namun amat bermakna bila ia daripada orang yang hebat. :)
Sewaktu ustaz menulis ini, ustaz berkata, "Jadi wanita yang solehah ya.." Lantas saya menjawab, "Aamiin..insya Allah ustaz," jawabku tersipu. Ustaz menyambung, "Insya Allah.." ^_^ Rasa berbunga di hati sebab diri didoa oleh orang yang alim. Alhamdulillah. Selepas saya meminta tandatangan beliau, kelihatan ramai mahasiswi yang berdekatan juga turut mengambil kesempatan untuk mengambil tandatangan beliau. 

Selepas mereka selesai, saya sekali lagi memberanikan diri bercakap dengan ustaz, "Ustaz, boleh kami ambil gambar dengan ustaz?" tanyaku sambil tanganku menunjuk ke arah sekumpulan sahabat2ku di situ. Sekali lagi ustaz menjawab, "Sila-sila". Saya yang berada hampir dengan ustaz, terdengar ustaz memanggil perlahan zaujahnya yang berada dalam kereta, "Ayang, jom ambil gambar.." Subhanallah, romantik betul ustaz. Huhu. Mungkin inilah cinta kerana Allah, sehingga ke tua pun masih memanggil dengan panggilan 'sayang'. ^_^

Sempat bergambar bersama Ustaz Pahrol dan zaujahnya di  kawasan letak kereta DK SK.  Turut berada dalam gambar,  Timbalan Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Islam, saudara Hafiz Tahir dan juga Mantan Pengerusi HELWI PMIUSM 2010/2011, saudari Afifah Yusof (dua dari kanan). 

Memetik kata-kata Hilal Asyraf, 

Hendak menerjunkan diri dalam rasa cinta itu sendiri perlukan persiapan. Agar cinta kita tidak terlorong ke neraka, tetapi membawa ke syurga.

Apatah lagi rumahtangga. Pendidikan anak-anak, pengurusan ekonomi, kematangan dalam berfikir, dan pelbagai lagi. Itu semuanya perlukan persediaan.

Memandang serius, cinta dan rumahtangga ini janganlah dilihat dari sudut perasaan semata-mata. Ia adalah isu masa hadapan ummah.

Dari individu, lahirnya keluarga, kemudian keluarga-keluarga melahirkan masyarakat, masyarakat-masyarakat melahirkan ummat

Rosak kita di permulaan, maka adalah besar kemungkinan rosak yang terkemudian.
Justeru, keluarlah dari kerangka perasaan. Usah murahkan diri dengan ungkapan i love you, you love me. Usah rasa ketagih berSMS bersama yang belum halal buat diri. Usah ditiru segala jiwang romantik yang ditunjukkan para selebriti, novel, filem atau drama di TV.

Lihatlah cinta itu untuk membawa ke syurga, menjauh dari neraka. Apa kita fikir, hendak ke syurga itu, mudah dengan punya jiwa yang lembik, dan hidup yang tidak punya perancangan?

"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu, dan ahli keluarga kamu, dari siksa api neraka." Surah At-Tahrim ayat 6.

Fikirlah.
Ke mana kita nak bawa yang tersayang?
Jika ke syurga, binalah diri yang kental lagi matang.
Berperancangan dan bersedia.
Bukan lemas dalam perasaan semata-mata.




::Sekian. Moga bermanfaat buat ummah. Moga Allah redha::

9 Mac 2013
4.24pm.


Suapan Kasih



Bismillah. 
Semoga sentiasa dalam rahmatNya^^

Suatu petang (7/8/12), ketika sudah masuk waktu berbuka puasa...sedang aku memulakan suapan pertama ke mulut,  tiba-tiba...

"Saya teringin nak suap akak," kata Pujah, adik usrahku. Hatiku berbunga riang, lalu suapan kasih itu berbalas. Alahai, sweetnye la adik Pujah ni. Hehe. Baru je minggu lepas aku suap bubur kat dia masa lepas tarawikh. Nak balas balik la tu. :D

Bersama sahabat-sahabat, saya merasai nikmat ukhwah dengan mula belajar makan dalam talam. "Suapan pertama untuk sahabat.." Peringatan itu tetap segar di ingatan. Ya, bermula dari makanlah, sedikit demi sedikit saya mengetahui cara menyebarkan cinta. Suapan yang penuh kasih untuk sahabat yang dicintai. Bahkan, dengan suapan juga saya belajar untuk melebihkan orang lain berbanding diri sendiri. 

-copy gambar orang-

Terkadang, jika saya ada mood nak rasa sikit makanan yang terhidang dan emak pula turut berada dan sedang makan di situ, maka dengan selambanya saya akan menyebut (kadang-kadang je buat begini.. :D)  : "Makk.. nak suap!" kataku sambil ngangakan mulut minta disuap. Lalu, emakku akan berkata, "amboi, da besar pun nak suap lagi." Hehe. Bila lagi nak rasa mak suapkan makanan kan... 

Mungkin ada dalam kalangan kita yang malu untuk meminta disuap oleh ahli keluarga sendiri, namun percayalah bahawa dengan membuang perasaan malu tersebut Insya Allah hubungan kekeluargaan akan jadi semakin rapat. Tak perlu ambil contoh jauh-jauh, hanya ambil contoh dalam keluarga kita sahaja. Adakah antara adik-beradik sendiri kita tak pernah suapkan makanan antara satu sama lain? Jika jawapannya tak pernah, maka mulakan! :)

Berdasarkan pemerhatian saya di majlis kenduri kahwin, biasanya pengantin akan ada acara makan beradab. Tak terkecuali slot untuk menyuap makanan ke mulut pasangan masing-masing juga boleh dikatakan wajib ada. Bila bercerita tentang ini, terfikir juga, ada tak pasangan suami isteri yang istiqamah buat amalan suap-menyuap makanan ni bermula dari mula berkahwin sehingga berpuluh tahun hidup bersama pasangan? Kalau ada, subhanallah, bahagianye.. Moga perkahwinannya sentiasa diberkati dan diredhai Allah.

Kepada sesiapa yang masih ada atuk atau nenek, terutamanya atuk/nenek yang sedang sakit pada masa ini, suaplah makanan kepada mereka dengan penuh kasih sementara ada masa. Mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang kita, bukan wang ringgit. Kerana kasih sayang itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Mudah-mudahan, dengan amalan yang sedikit itu, mereka mendoakan kita. Mungkin juga, dengan amalan yang sedikit itu, boleh menyebabkan kita masuk syurga. Biiznillah. 

Err.. cukup sampai di sini sahaja kot. Insya Allah. Semoga mendapat manfaat ;)












Tinggi Rendah Mahar Cintamu

Assalamualaikum...

Bismillah.
Semoga sentiasa dalam bahagia^^

Memandangkan ramai antara kita begitu minat share artikel2 tentang cinta, buat  status tentang cinta, gambar2 tentang cinta, maka dalam post kali ini saya ingin berkongsi tentang aspek yang paling penting dalam menuju cinta yang halal. Iaitu MAHAR.

Bukanlah aku sengaja melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan sebagai mahar hantaran..

Apakah mungkin engkau mengerti 
Setiap cinta yag dilafazkan 
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji..

Kata2 di atas merupakan antara rangkap yang ada dalam lirik lagu nasyid. Bagi para peminat nasyid, sudah tentu lagu MAHAR CINTA nyanyian kumpulan DEVOTEES sudah tidak asing lagi :)

MAHAR. Perkara yang paling penting dalam sebuah perkahwinan yang ingin didirikan. Bahkan dalam hadis Rasulullah juga ada menyatakan bahawa perkahwinan yang paling berkat adalah perkahwinan yang paling rendah maharnya.

Sebelum kita pergi lebih jauh dalam soal ini, saya ingin membawa teman2 sekalian menyusuri sejarah kedatangan Islam dalam mengangkat martabat wanita. Umum telahpun mengetahui bahawa salah satu daripada objektif penurunan Al-Quran adalah untuk memartabatkan kedudukan wanita dalam Islam. Al-Quran telah mengangkat kedudukan wanita yang dilihat sebelum kedatangan Islam sebagai golongan kelas kedua, tidak mempunyai hak dan yang lebih malang sekali wanita dihina dan dianggap sebagai barang dagangan pada waktu itu.

Keadaan ini sungguh menyedihkan kerana wanita pada zaman jahiliyyah seolah-olah tidak diiktiraf sebagai manusia yang mempunyai nilai peribadi dan akal. Walau serendah manapun keadaan wanita pada zaman jahiliyyah, kita masih dapat mengenali tokoh wanita hebat seperti Saidatina Khadijah r.a yang dikenali sebagai seorang usahawanita berjaya berjaya sebelum berkahwin dengan Baginda Rasulullah s.a.w.

Kewujudan tokoh seperti Saidatina Khadijah r.a ini menggambarkan bahawa sesuatu yang tidak mustahil bagi seorang wanita untuk memiliki dan memperolehi harta dan berkeupayaan secara peribadi untuk menguruskan hartanya. Apatah lagi dalam abad ke-21 Masihi ini, apabila dunia menyaksikan bahawa wanita telah menceburi pelbagai sektor pekerjaan dan berupaya memperolehi, menjana dan menguruskan harta mereka sendiri. Maka dalam hal ini, wanita Islam perlu memahami hak-hak kewangan mereka yang telah ditetapkan dalam Islam.

Hal ini kerana, walaupun ramai wanita telah berjaya memperolehi harta melalui daya usaha mereka sendiri ataupun secara perkongsian namun masih lagi terdapat wanita Islam yang tidak berkesempatan dan kurang bernasib baik untuk memiliki harta terutama untuk menjamin kehidupan mereka sendiri dan keluarga.

Sehubungan dengan itu...

Mahar Dalam Perundangan Islam

Mas kahwin adalah suatu yang wajib dibayar oleh seorang lelaki kepada perempuan semasa akad nikah. Ia boleh dibayar melalui kaedah tunai mahupun berhutang. Dalam masyarakat kita, mahar lazimnya dibayar secara tunai. 

Mahar digambarkan sebagai suatu imbalan kenikmatan yang dikecapi oleh pasangan suami isteri. Bukan sekadar itu sahaja, ia lebih merupakan simbol penghormatan suami terhadap isteri. Hal ini kerana, mas kahwin merupakan suatu hak kewangan yang pertama sekali diterima oleh seseorang yang bergelar isteri dan diiktiraf haknya dalam Al-Quran. 

Hak kewangan ini tidak dinikmati oleh seorang isteri pada zaman jahiliyyah kerana mas kahwin itu dibayar oleh suami kepada bapanya. Pengiktirafan yang Allah berikan kepada wanita Islam ini dapat dilihat dalam surah al-Nisa' ayat 4 yang bermaksud, "Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin sebagai pemberian yang wajib."   

Daripada ayat ini, kewajipan pertama seorang suami dalam perkahwinan adalah memberi mas kahwin dan ia menjadi hak mutlak isterinya. Al-Quran dengan terangnya menjelaskan hak mutlak tersebut dan tiada siapa boleh mengganggu pemilikannya apatah lagi mengambil dan memanfaatkannya dari mas kahwin yang telah diberikan, baik keluarganya sendiri mahupun suaminya melainkan dengan keizinan isteri tersebut. 

Firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 20 yang bermaksud, "Janganlah kamu mengambil sedikitpun harta itu, patutkah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar atau menyebarkan dosa yang nyata." 

Allah telah memberi jaminan hak mas kahwin kepada wanita sehingga menyebut mereka yang mengambilnya dengan jalan yang tidak dibenarkan oleh syarak, akan berdosalah mereka itu. Bagaimanapun, ini tidak bermakna mahar tersebut tidak langsung boleh dimanfaatkan oleh sesiapa. Maka cara yang terbaik untuk mendapat faedah darinya adalah dengan keizinan dan keredhaan dari pemiliknya. 

Ini ditegaskan Allah dalam surah Al-Nisa' ayat 4 yang bermaksud, "Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya." Maknanya, mas kahwin adalah sesuatu yang boleh digunakan oleh pemiliknya dan boleh juga dimanfaatkan oleh orang lain serta menggambarkan bahawa mas kahwin itu mestilah dari sesuatu yang bernilai dan dapat memberi faedah yang besar kepada sesiapa yang ingin mendapat manfaat darinya. Sebagaimana yang berlaku terhadap perkahwinan Sofiah dengan Rasulullah, iaitu baginda bersabda yang bermaksud : " Bahawa Rasulullah s.a.w telah memerdekakan  Sofiah dan menjadikan kemerdekaanya itu sebagai mas kahwinnya."

Walaupun mas kahwin dalam hadis di atas bukannya sesuatu yang berbentuk wang ringgit atau barangan, namun kemerdekaan itu merupakan sifat yang menggambarkan sesuatu yang boleh mendatangkan faedah yang sangat besar terutama sekali pada isteri tersebut iaitu Sofiah. Hukum syarak juga tidak menetapkan sebarang had minimum dan maksimum kadar mahar untuk seorang isteri. Ini bermaksud terpulang kepada individu untuk memberikan mas kahwin tersebut mengikut kemahuannya dengan mengambilkira kemampuan suami dan kemanfaatan kepada isteri. 

Berkenaan mahar yang paling rendah lebih diberkati, ia adalah bertujuan untuk membolehkan pemuda-pemuda berkahwin dan janganlah disebabkan mahar yang tinggi, pemuda tidak boleh berkahwin. Walau bagaimanapun, hadis ini tidak melarang sesuatu mahar itu dibayar dengan kadar yang tinggi, cuma ia akan  dianggap sebagai makruh di sisi hukum syarak tetapi perkahwinan tetap sah. 

Kalaupun suami enggan membayar mas kahwin tersebut, isterinya mempunyai hak untuk menolak perhubungan intim dengan suaminya sehinggalah ditunaikan mas kahwin tersebut. Bahkan jika suami tersebut mati sebelum melunaskan mas kahwin tersebut, maka mas kahwin itu akan menjadi hutang dan wajib dilangsaikan oleh warisnya sebanyak mana mas kahwin yang belum dibayar. Beginilah gambaran yang syarak telah berikan bagi menunjukkan kekuatan  mas kahwin itu sebagai hak mutlak seorang isteri. 

Mahar Dalam Konteks Semasa

Pembayaran mahar dalam masyarakat kita tidak pernah dilihat pada status ekonomi isteri dan keluarga tersebut. Sebaliknya faktor-faktor pendidikan, keturunan keluarga dan status sosio-ekonomi hanya akan dititikberatkan dalam menentukan wang hantaran dan pelbagai hadiah iringan. Kadangkala, status sosio-ekonomi perempuan dan keluarganya dijadikan sebagai kayu ukur dalam menentukan kadar mahar. Semakin tinggi wang hantaran, semakin tinggilah status kelurga isteri tersebut di mata masyarakat. Sedangkan dalam sesetengah masyarakat kita, kadar mahar dan kepentingannya tidak diberi sebarang nilaian. 

Pembayaran mahar juga bukan sekadar 'melepaskan batuk di tangga' dan bukanlah sekadar suatu kewajipan tanpa memikirkan nilainya dan faedah pemberiannya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa mahar mempunyai kegunaan tertentu sama ada untuk kegunaan peribadi seperti membeli pakaian atau barangan kemas dan sebagainya atau mahar boleh digunakan untuk kegunaan yang lebih besar terutama sekali ke arah pertumbuhan ekonomi keluarga mahupun negara. 

Hukum syarak tidak pernah menentukan kegunaan mahar tetapi yang dipastikan hanyalah untuk dimanfaatkan pada sesuatu yang lebih besar terutamanya kepada pemiliknya. Sebagai contoh, mahar tersebut boleh dijadikan modal perniagaan atau dilaburkan pada mana-mana institusi perniagaan atau kewangan, pembelian saham atau apa sahaja dengan tujuan untuk pertumbuhan ekonomi. 

Pendekatan ini sebenarnya boleh menunjukkan bahawa mahar itu boleh menaikkan taraf sosio-ekonomi isteri tidak kira sama ada isteri itu bekerja atau tidak. Kesemua ini bertujuan memanfaatkan wanita dan menjadi satu jaminan kewangan sekiranya berlaku kematian atau perceraian dalam perkahwinan tersebut. Malah, bukan setakat itu sahaja, mahar juga boleh terdiri dari apa jua asalkan sesuatu yang tidak bertentangan dengan kehendak syarak umpamanya membelikan isteri tanah atau rumah atau sebagainya. Bagaimanapun, satu perkara yang perlu diingatkan di sini ialah baik apa sahaja bentuk mahar yang hendak diberi, ia mestilah mengikut kemampuan dan keredhaan suami dan terpulang kepada isteri tersebut untuk menggunakan mahar tersebut dengan cara yang bijaksana. 

Akhirul kalam, jadikanlah mahar itu benar-benar berperanan menaikkan taraf wanita sebagaimana yang telah  digariskan oleh Islam dan janganlah sama sekali merugikan pihak isteri dan tidak pula membebankan pihak suami agar wujud perseimbangan antara kadar yang tinggi dan rendah. 


#perkongsian melalui Prof. Madya Dr. Raihanah Haji Abdullah, Jabatan Syariah dan Undang-undang, APIUM. Wallahu'alam. Moga Allah redha.





  






    

NEED HELP?

NEED HELP?

Have You Had Your SHAKE Today?

Have You Had Your SHAKE Today?

SIHATKAN DIRI ANDA DENGAN HERBALIFE!

Name:
Email Address:
Handphone number:
Occupation:
Where do you live?
Have you register as a member of Herbalife?
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Want to order? Start Now Pack - Vanilla
Start Now Pack - Chocolate
Start Now Pack - Strawberry
Start Now Pack - Tropical Fruit
Start Now Pack - Cappuccino
Herbal Aloe Concentrate
N-R-G Tea
Calcium Plus
Shaker Cup
Extra information that can help me to guide you:

Click here to create your own form.

WE CHOOSE!

WE CHOOSE!

Love :

Love :
-Moga Allah Redha-