Bismillah.
Semoga sentiasa dalam rahmatNya^^
Suatu petang (7/8/12), ketika sudah masuk waktu berbuka puasa...sedang aku memulakan suapan pertama ke mulut, tiba-tiba...
Semoga sentiasa dalam rahmatNya^^
Suatu petang (7/8/12), ketika sudah masuk waktu berbuka puasa...sedang aku memulakan suapan pertama ke mulut, tiba-tiba...
"Saya teringin nak suap akak," kata Pujah, adik usrahku. Hatiku berbunga riang, lalu suapan kasih itu berbalas. Alahai, sweetnye la adik Pujah ni. Hehe. Baru je minggu lepas aku suap bubur kat dia masa lepas tarawikh. Nak balas balik la tu. :D
Bersama sahabat-sahabat, saya merasai nikmat ukhwah dengan mula belajar makan dalam talam. "Suapan pertama untuk sahabat.." Peringatan itu tetap segar di ingatan. Ya, bermula dari makanlah, sedikit demi sedikit saya mengetahui cara menyebarkan cinta. Suapan yang penuh kasih untuk sahabat yang dicintai. Bahkan, dengan suapan juga saya belajar untuk melebihkan orang lain berbanding diri sendiri.
-copy gambar orang- |
Terkadang, jika saya ada mood nak rasa sikit makanan yang terhidang dan emak pula turut berada dan sedang makan di situ, maka dengan selambanya saya akan menyebut (kadang-kadang je buat begini.. :D) : "Makk.. nak suap!" kataku sambil ngangakan mulut minta disuap. Lalu, emakku akan berkata, "amboi, da besar pun nak suap lagi." Hehe. Bila lagi nak rasa mak suapkan makanan kan...
Mungkin ada dalam kalangan kita yang malu untuk meminta disuap oleh ahli keluarga sendiri, namun percayalah bahawa dengan membuang perasaan malu tersebut Insya Allah hubungan kekeluargaan akan jadi semakin rapat. Tak perlu ambil contoh jauh-jauh, hanya ambil contoh dalam keluarga kita sahaja. Adakah antara adik-beradik sendiri kita tak pernah suapkan makanan antara satu sama lain? Jika jawapannya tak pernah, maka mulakan! :)
Berdasarkan pemerhatian saya di majlis kenduri kahwin, biasanya pengantin akan ada acara makan beradab. Tak terkecuali slot untuk menyuap makanan ke mulut pasangan masing-masing juga boleh dikatakan wajib ada. Bila bercerita tentang ini, terfikir juga, ada tak pasangan suami isteri yang istiqamah buat amalan suap-menyuap makanan ni bermula dari mula berkahwin sehingga berpuluh tahun hidup bersama pasangan? Kalau ada, subhanallah, bahagianye.. Moga perkahwinannya sentiasa diberkati dan diredhai Allah.
Kepada sesiapa yang masih ada atuk atau nenek, terutamanya atuk/nenek yang sedang sakit pada masa ini, suaplah makanan kepada mereka dengan penuh kasih sementara ada masa. Mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang kita, bukan wang ringgit. Kerana kasih sayang itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Mudah-mudahan, dengan amalan yang sedikit itu, mereka mendoakan kita. Mungkin juga, dengan amalan yang sedikit itu, boleh menyebabkan kita masuk syurga. Biiznillah.
Err.. cukup sampai di sini sahaja kot. Insya Allah. Semoga mendapat manfaat ;)
No comments:
Post a Comment