Bismillah.
Assalamualaikum…
Apa khabar iman kita pada hari ini? Semoga terus mekar dalam
meraih cinta Allah dan redhaNya^^
Teman2 yang dikasihi sekalian, marilah kita sama2 panjatkan
kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayangNya,
kita masih lagi dapat merasai nikmat hidup, nikmat sihat dan yang paling penting
sekali, nikmat iman dan Islam. Kerana dengan semua nikmat ini, kita masih lagi
berkesempatan mengumpul bekal untuk perjalanan di akhirat sana. Alhamdulillah.
Hari ini saya nak kongsi sedikit tentang program malam tadi. Tahniah
diucapkan kepada Hal Ehwal Siswi (HELWI) PMIUSM kerana telah mengundang Penulis
terkenal, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dan juga Ustazah Ummu Maudah dalam
menjayakan Program Antara Cinta dan Air Mata semalam. Alhamdulillah, sesungguhnya
hati ini rasa sangat teruja kerana begitu ramai sekali hadirin yang hadir ke program
ini. Sampai melimpah ke luar dewan juga la Dewan Kuliah 4 tu ^^
Terdapat banyak input menarik yang dikongsikan kepada hadirin yang hadir. Antaranya :-
1) Bagaimana nak satukan dua hati?
= 2 hati mencintai Yang Satu akan BERSATU
2) Makin tinggi iman seseorang pada Allah, makin kuat cintanya untuk orang lain.
3) Siapa yang lebih kuat cintanya kepada Allah, maka dialah yang paling cinta kepada pasangannya.
4) Jangan mencari kebahagiaan dalam rumahtangga, tetapi bawalah kebahagiaan dalam rumah tangga.
5) Sebelum membentuk keluarga yang baik, kita perlu jadi orang yang baik dulu.
6) Kita jadi baik, kita akan dapat tarik kebaikan.
7) Tiada kebahagiaan dalam menderhakai (buat maksiat) Allah. Semakin banyak kemanisan yang diambil sebelum perkahwinan, semakin tawar dan hambar perkahwinan itu nanti.
8) Psikologi perkahwinan
Selepas 5 tahun perkahwinan, baru kita tahu ‘true colour’ pasangan kita.
9) Apabila kita serahkan segala2 pada Allah, kita jaga hak Allah, maka Allah juga akan jaga hak kita.
10) Cinta kerana Allah
Niat berkahwin untuk
mendapat keredhaan Allah dan jadikan ia sebagai pemangkin untuk menjalankan
tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.
11) Mencari jodoh umpama mencari rezeki. Kita usaha
untuk mencari rezeki, namun kadang2 apa yang kita jumpa itu lebih baik dari apa
yang kita cari. Rezeki, semuanya Allah telah tentukan. Begitu juga dengan
jodoh. Kita berusaha mencari jodoh yang baik, dan disamping itu kita juga
bertawakkal pada Allah. Maka Allah akan beri jodoh itu mengikut ketentuan dan ketetapanNya.
12) Kita buat baik bukan kerana kita baik, tetapi
kerana itulah usaha kita untuk jadi baik.
13) Jodoh juga mengikut tanggungjawab yang kita
laksanakan. Semakin banyak tanggungjawab yang kita laksanakan untuk Islam, maka Allah akan beri jodoh yang dapat bersama kita untuk laksanakan Islam.
14) Cinta hanya alat, cinta bukan matlamat.
“Bercinta Sampai Ke Syurga”
Konsep SMART
·
S = Setia, Sayang
·
M = Manja
·
A = Adil
·
R = Renew (perbaharui)
·
T = Terus terang
15) Perkahwinan juga adalah salah satu ujian
16) Allah menguji dengan apa yang kita paling sayang; seperti Allah uji Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail.
16) Allah menguji dengan apa yang kita paling sayang; seperti Allah uji Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail.
17) Apabila kita memohon cinta Allah, cinta yang lain akan
menyusul.
18) Dalam rumahtangga, ada hak dan tanggungjawab. Apabila suami
menjalankan tanggungjawabnya, haknya akan dipenuhi. Apabila isteri menjalankan
tanggungjawabnya, maka haknya akan dipenuhi. Maka apabila suami dan isteri
masing2 menjalankan tanggungjawab masing2, maka kedua2 hak mereka dipenuhi dan
menjadikan keluarga lebih harmoni. Namun apa yang terjadi sekarang, banyak suami/isteri yang menuntut haknya dalam rumahtangga, namun dari segi tanggungjawab,
banyak juga masih yang tidak dipenuhi. --Muhasabah buat para suami dan isteri, serta peringatan buat yang bakal jadi suami/isteri.
19) Hukum kasih sayang
Kalau nak dapat apa yang kita mahu, kita patut beri dahulu. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.
Kalau nak dapat apa yang kita mahu, kita patut beri dahulu. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.
20) Dipercayai lebih utama daripada dicintai. Sebagai contoh, apabila
isteri hilang rasa kepercayaan pada suami, bermakna telah kurang 1 kebahagiaan
dalam rumahtangga.
Gambar ni dilukis secara spontan sewaktu forum berlangsung. Kali pertama lukis spontan. Biasanya lukis by tiru gambar orang lain je :D |
Antara Cita-cita dan Cinta
Pesan Ustaz Pahrol, ilmu akademik sangat penting untuk melaksanakan tugas
sebagai khalifah. Utamakan cita-cita daripada cinta. Bila tepat pada masa dan
waktunya, cinta akan hadir jua. Percayalah, apabila kita hendak menegakkan agama Allah,
maka Allah akan mempermudahkan jalan untuk menegakkan agama itu.
Sekiranya ibu bapa tidak membenarkan berkahwin ketika belajar, tidak mengapa. Usaha dan tawakkal padaNya. “Carilah redha Allah melalui redha ibu bapa.”
Wallahu'alam.
*****
I'm really inspired with him. Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan orang yang hebat ini untuk mendengar kata-kata hikmah darinya. Buku Mukmin Profesional ini dibeli ketika di akhir-akhir forum. Tujuan beli, sebab dalam masa yang sama juga, saya benar-benar memerlukan kekuatan. Kekuatan dalam mengharungi kehidupan. Insya Allah, mudah-mudahan ia memberi manfaat yang besar buat diri ini. Aamiin.
Sewaktu berada di tempat letak kereta depan Dewan Kuliah Sains Kemasyarakatan, ketika itu ramai yang sudah pulang. Saya yang bersama-sama Kak Afifah dan senior2 yang lain ketika itu nampak peluang untuk mendekati beliau di sisi keretanya. Almaklumlah sewaktu dalam dewan tersebut ramai hadirin yang ingin bergambar dengan beliau. Saya kemudian mendekati beliau dan berkata, "Ustaz, nak minta tandatangan boleh?" Ustaz menjawab sambil tersenyum, "Boleh2". Saya terus mengeluarkan buku yang baru dibeli dan mengoyakkan pembalutnya ketika itu juga.
Kata-kata yang biasa didengar, namun amat bermakna bila ia daripada orang yang hebat. :) |
Sewaktu ustaz menulis ini, ustaz berkata, "Jadi wanita yang solehah ya.." Lantas saya menjawab, "Aamiin..insya Allah ustaz," jawabku tersipu. Ustaz menyambung, "Insya Allah.." ^_^ Rasa berbunga di hati sebab diri didoa oleh orang yang alim. Alhamdulillah. Selepas saya meminta tandatangan beliau, kelihatan ramai mahasiswi yang berdekatan juga turut mengambil kesempatan untuk mengambil tandatangan beliau.
Selepas mereka selesai, saya sekali lagi memberanikan diri bercakap dengan ustaz, "Ustaz, boleh kami ambil gambar dengan ustaz?" tanyaku sambil tanganku menunjuk ke arah sekumpulan sahabat2ku di situ. Sekali lagi ustaz menjawab, "Sila-sila". Saya yang berada hampir dengan ustaz, terdengar ustaz memanggil perlahan zaujahnya yang berada dalam kereta, "Ayang, jom ambil gambar.." Subhanallah, romantik betul ustaz. Huhu. Mungkin inilah cinta kerana Allah, sehingga ke tua pun masih memanggil dengan panggilan 'sayang'. ^_^
Memetik kata-kata Hilal Asyraf,
Hendak menerjunkan diri dalam rasa cinta itu sendiri perlukan persiapan. Agar cinta kita tidak terlorong ke neraka, tetapi membawa ke syurga.
Apatah lagi rumahtangga. Pendidikan anak-anak, pengurusan ekonomi, kematangan dalam berfikir, dan pelbagai lagi. Itu semuanya perlukan persediaan.
Memandang serius, cinta dan rumahtangga ini janganlah dilihat dari sudut perasaan semata-mata. Ia adalah isu masa hadapan ummah.
Apatah lagi rumahtangga. Pendidikan anak-anak, pengurusan ekonomi, kematangan dalam berfikir, dan pelbagai lagi. Itu semuanya perlukan persediaan.
Memandang serius, cinta dan rumahtangga ini janganlah dilihat dari sudut perasaan semata-mata. Ia adalah isu masa hadapan ummah.
Dari individu, lahirnya keluarga, kemudian keluarga-keluarga melahirkan masyarakat, masyarakat-masyarakat melahirkan ummat
Rosak kita di permulaan, maka adalah besar kemungkinan rosak yang terkemudian.
Justeru, keluarlah dari kerangka perasaan. Usah murahkan diri dengan ungkapan i love you, you love me. Usah rasa ketagih berSMS bersama yang belum halal buat diri. Usah ditiru segala jiwang romantik yang ditunjukkan para selebriti, novel, filem atau drama di TV.
Lihatlah cinta itu untuk membawa ke syurga, menjauh dari neraka. Apa kita fikir, hendak ke syurga itu, mudah dengan punya jiwa yang lembik, dan hidup yang tidak punya perancangan?
"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu, dan ahli keluarga kamu, dari siksa api neraka." Surah At-Tahrim ayat 6.
Fikirlah.
Ke mana kita nak bawa yang tersayang?
Jika ke syurga, binalah diri yang kental lagi matang.
Berperancangan dan bersedia.
Bukan lemas dalam perasaan semata-mata.
::Sekian. Moga bermanfaat buat ummah. Moga Allah redha::
9 Mac 2013
4.24pm.
The Best Sites to Play Video Poker - JT Hub
ReplyDeleteYou can find some of the 포항 출장샵 best sites to play video poker at once. 김포 출장샵 Learn the basics of poker in 밀양 출장마사지 our guide and 수원 출장샵 find out where to play at 의왕 출장샵