Assalamualaikum...
Semoga hidup diberkati hendaknya^^
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur pada
Allah atas nikmatNya yang tak terhingga buat diriku. Subhanallah.
Alhamdulillah, aku masih lagi bernafas, dapat berdiri dengan teguh, dapat
melihat alam ciptaanNya dan meneruskan kehidupan serta diizinkan punya waktu
untuk terus beribadah dan memperbaiki amalanku. T.T
21!^^
Terima kasih kepada mak dan ayah kerana telah bersusah payah membesarkanku, mencukupkan keperluanku dan mendidikku selama ini. :')
Terima kasih kepada guru-guruku yang telah mengajarku ilmu yang bermanfaat dari kecil hingga dewasa.
Terima kasih buat sahabat handai dan rakan seperjuangan yang tak jemu memberi semangat dan dorongan ketika aku lemah tak berdaya untuk bangkit semula..
Terima kasih kepada mereka2 yang mendoakanku tanpa pengetahuanku..
Terima kasih yang tak terhingga juga buat rakan-rakan yang wish birthday pada diri ini..
Terima kasih.. terima kasih.. terima kasih.. semoga Allah rahmati semuanya..
Beberapa hari sebelum tarikh lahirku, 1st time, diriku menerima hadiah lebih awal dari tarikh ;) Terima kasih
kepada penyampai hadiah, kak Syafiqah..^^
"Semoga terus thabat dalam perjuangan ini"
"Semoga panjang umur dan murah rezeki!"
*2 ayat di atas adalah yang paling popular disebut*
Antara ucapan lain yang kuhargai...
"Semoga Allah panjangkan umur. Murah rezeki. As we grow older, we must also grow wiser. Semoga dengan meningkatnya umur kita, kita lebih mendalami dan memahami agama Allah, agama Islam. Dan tekun dalam menegakkan agamaNya. Insya Allah. May Allah also grants you the ability to dream like a child forever and go about realising them. Insya Allah. Amin. Happiest Birthday, Fatin :)" - musfirah mohd asri
"Salam..
Tahukah anda? Hari ini adalah hari lahir anda? Ya...hari ini! Sanah helwah kak...! Toleh kepada yang lalu, ambillah pengajaran.. pandang ke arah depan, rangka persiapan.. persiapkan dirimu untuk jadi lebih baik... =)" - adik afif imran affandi
"Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Fatin Syamila Fadzil :)
Allah selamatkan kamu...
Semoga Allah permudahkan segala urusanmu di dunia dan akhirat.. ^_~" - nurul athiqah
"Hepy besday business woman, hopefully your business will successful." - paksu fahrul
"Jika perjuangan itu memerlukan luasnya ilmumu, maka luaskan ilmu pengetahuan. Jika perjuangan itu memerlukan hebatnya peribadi & keyakinan dirimu, maka jadikanlah dirimu hebat. Sedarlah persaingan untuk meluaskan Islam adalah pada luasnya ilmu, hebatnya peribadi mukmin. Islam no. 1, akademik bukan no. 2. Hepy bezday fatin syamila . Sweet 21 :D ukhuwah fillah abadan abada.. <3" - anis sakinah
"Salam kelahiran, semoga panjang umur dalam ketaatan kepada Allah... moga berkat hidupmu dunia akhirat.. moga berjaya dalam segala bidang yang diceburi.. aamiin :)" - hayatul akmal
"Selamat hari lahir, Fatin..
Semoga Allah s.w.t. memberikan yang terbaik dari yang terbaik di sisi-Nya.
Dan semoga diberkati segala usaha ^_^
생일축하합니다..!!" - kak Nurul Nazirah
"Sanah helwah ya jamila,.. moga dikurniakan keberkatan dalam hidup, kesabaran dan keikhlasan mengharungi nikmat dan musibah di masa depan.. "Barangsiapa yang meletakkan dunia sebagai tajuk utama dalam hidupnya, kekayaan akan berada dalam hatinya, dan Allah akan menghimpunkan segala urusannya..." moga berjaya DUNIA AKHIRAT, sahabatku." - nadiah safi'n
"Salam kelahiran..
Semoga Allah merahmati sepanjang usianya..
Semoga Allah berkat segala usaha dakwahnya..
Semoga Allah luaskan rezekinya..
Semoga Allah lindungi dan berkati keluarganya,," - amin yaacob
"Setiap detik yang kita lalui sama ada suka atau duka, sedar atau leka, tangis atau tawa pada hakikatnya kita sedang menuju kepastian.. Namun, sejauh manakah kita bersedia... Maka diingatkan lima perkara sebelum tibanya lima perkara... sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, dan HIDUP SEBELUM MATI.. Ayuh.. sama-samalah kita bermuhasabah.. jadikan hari ini lebih baik dari semalam.. Kita semakin tua dimamah usia, namun kita tak pernah tua untuk bertaubat kepadaNya.. Moga kita sentiasa dilindungiNya daripada tipu daya dunia.. Sama2 kita tingkatkan iman dan amalan kita.. semoga peluang yang Allah beri kepada kita setiap kali kita membuka mata di pagi hari dimanfaat dengan seoptimumnya. Insya Allah.. pesanan untuk diri ini juga kerana lidah orang yang berbicara lebih dekat dengan telinganya sendiri.. Sanah helwah ya ukhti fatin syamila.. salam 'alaik." - ezuan saad
....Antara kata2 dan doa yang paling aku suka.. Terima kasih kalian, kerana sudi meluangkan masa menulis ucapan yang panjang buatku :')
17 Julai 2012 >> 21 Tahun
Hari yang agak mendebarkan juga la sebab hari ini keputusan provisional keluar. Setelah menggagahkan diri, menguatkan hati untuk melihat keputusan di campus online, keputusannya ialah >>> LULUS semua. ALHAMDULILLAH... :') syukur ya Allah...
Seterusnya.. Yeah, dah LAYAK MENGUNDI!! :DD Alhamdulillah, moga terus diberi kesempatan bila tiba harinya. Aamiin. Terima kasih kepada pihak yang berkenaan, kerana telah menunda pilihanraya (ke suatu masa yang tidak ditentukan lagi), ia telah membuatkanku berpeluang menunaikan tanggungjawabku memilih pemimpin yang bakal mencorakkan kehidupanku dan generasi yang akan datang :))
Kini, saya perlu berfikir dengan lebih matang. Memandang sesuatu dengan pandangan yang lebih besar. Belajar membuat keputusan dengan lebih bijak dan menentukan layar kehidupan mengikut ketetapanNya berdasarkan al-Quran dan sunnah.
"Sanah helwah kak fatin! Semoga terus kuat bermujahadah and may Allah bless. Happy selalu and moga cepat kawin :P love" -from one of my adik usrah :)
Dan, semestinya di umur sebegini ia tidak lari dari impian seorang wanita; PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL. Semoga dipermudahkanNya. Aamiin. Apa yang paling penting sekali adalah, PERSEDIAAN. Persediaan ke arah hidup yang lebih mencabar, semestinya harus mempunyai bekal. Agar perjalanan yang ditempuh, tidak berhenti di tengah jalan. Bahkan, sama-sama memberikan semangat untuk terus cekal dan tabah sehingga selamat sampai menuju destinasi abadi di bawah naungan cinta dan redhaNya. Bekal yang perlu dibawa bukan sahaja hanya berkisar tentang ilmu agama, bahkan juga ilmu-ilmu tentang bagaimana menguruskan kehidupan, rumahtangga, kewangan dan sebagainya. Kerana apa? Kerana dengan ilmu itulah, terciptanya bahagia kerana masing-masing memahami keperluan masing-masing.
Disamping itu, tarbiyyah dan dakwahku perlu diperkemaskan lagi. Hidup ini bukan untuk diri sendiri, malah untuk orang lain juga. Jika tidak, syarat yang menjadi bekal untuk dibawa mati tidak ditetapkan seperti ini; 1. Ilmu yang bermanfaat, 2. Sedekah jariah, 3. Doa anak yang soleh kepada ibu bapanya. Jadi, ia semua berkaitan dengan orang lain yang berada di sekeliling kita. Bak kata Ustaz Hasrizal, "erti hidup pada memberi.." Hidup ini amat bermakna jika diri ini dapat memberi manfaat kepada orang lain..
Notes:
Semoga bahagia dan membahagiakan, fatin syamila fadzil....
Kematian semakin menghampirimu...
Terus kuat dan tabah hadapi ujian hidup...
Jadilah muslimah solehah
Permata ayah bonda
Penyejuk mata, penenang hati dan penenteram jiwa suami kelak (Insya Allah)
Pendidik dan contoh yang terbaik buat anak-anak (Insya Allah)
Cintakan Allah, cintakan Nabi..
Rindukan syurga..
Akhlak yang baik, jadikan hiasan diri....
Matlamat hanya satu, menuju redha Ilahi...
Semoga impianmu tercapai fatin syamila fadzil..
Moga Allah redha dan berkati usahamu. Aamiin.
Yang benar,
Hati kecilmu
p/s: Oleh sebab ada masalah Internet yang terlalu low speednya, maka pada tarikh 19 Julai 2012 baru saya dapat publish post ini. Wallahualam.