Pages

Pembentukan MPP

Tarikh:4 Mac 2011
Tempat:Bilik Mesyuarat HEPP
Masa :8.30 pm

Pada hari ini, kesemua calon yang memenangi kerusi umum dan pusat pengajian telah dipanggil ke Bilik Mesyuarat Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (HEPP). Ini termasuklah calon-calon daripada kampus cawangan USM, iaitu Kampus Kejuruteraan dan Kesihatan.

Walaupun telah melalui pilihanraya, kami masih lagi perlu melalui proses untuk memilih calon-calon yang bakal memegang tampuk Majlis Tertinggi(MT) organisasi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi keseluruhan kampus USM.

Dalam Pembentukan MPP ini, hanya 6 sahaja jawatan yang perlu dilakukan undian, iaitu bagi memilih MT. Manakala bagi jawatan-jawatan kecil dalam MPP, ia akan ditentukan oleh MT sendiri mengikut jawatan yang ingin diwujudkan dalam organisasi nanti.

Setelah sesi undian dijalankan, keputusannya ialah:

Yang DiPertua : Muhammad Idzuan Bin Jamalludin(UMUM)
Naib Yang DiPertua 1:Mohamad Hafiz Bin Kassim(UMUM)
Naib Yang DiPertua 2:Mohamad Fazil Bin Jamaludin(UMUM) (Kampus Kejuruteraan)
Naib Yang DiPertua 3:Nur Shairah Fatin Binti Badruddin(UMUM) (Kampus Kesihatan)
Setiausaha Agung:Fatin Syamila Binti Fadzil(UMUM)
Bendahari:Izzah Syahmina Binti Mohd Anuar(P.PENGAJIAN)

Meskipun Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan hanya memegang jawatan NYDP dalam pembentukan ini, namun di kampus masing-masing, mereka menyandang jawatan sebagai Pengerusi..

Alhamdulillah, proses pembentukan MT berjalan dengan lancar. Dalam mesyuarat pembentukan MPP ini, TNC HEPP iaitu YBhg Prof. Dato' Omar Osman beserta Timbalan Pendaftar HEPP, Encik Nazru bin Haji Ismail juga turut hadir.

Sebagai salah seorang yang dilantik untuk berada dalam Majlis Tertinggi MPP, sukar digambarkan perasaan saya ketika itu. Pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi. Mungkin Allah mahu menguji, sejauh manakah kebergantunganku padaNya. Sedalam manakah kesabaranku dalam menempuhi dugaanNya. Apakah imanku semakin bertambah ataupun semakin berkurang akibat leka dengan kemuliaan jawatan yang diberikan setanding dengan kesibukan yang akan dihadapi selepas ini. Astaghfirullah. Mudah-mudahan Allah sentiasa melindungi dan menjauhi diriku dari segala perbuatan yang sia-sia dan maksiat(definisi yang meluas).

Kepada rakan-rakan MPP sekalian dan buat diri ini, selamat memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan..semoga usaha kita dalam menjaga kebajikan mahasiswa/i diberkati dan diredhaiNya. Insya Allah, amiin..

No comments:

Post a Comment

NEED HELP?

NEED HELP?

Have You Had Your SHAKE Today?

Have You Had Your SHAKE Today?

SIHATKAN DIRI ANDA DENGAN HERBALIFE!

Name:
Email Address:
Handphone number:
Occupation:
Where do you live?
Have you register as a member of Herbalife?
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Want to order? Start Now Pack - Vanilla
Start Now Pack - Chocolate
Start Now Pack - Strawberry
Start Now Pack - Tropical Fruit
Start Now Pack - Cappuccino
Herbal Aloe Concentrate
N-R-G Tea
Calcium Plus
Shaker Cup
Extra information that can help me to guide you:

Click here to create your own form.

WE CHOOSE!

WE CHOOSE!

Love :

Love :
-Moga Allah Redha-