Pages

KRONOLOGI @ DIARI MANIFESTO FATIN SEBAGAI MPPUSM SIDANG 2010/2011

Bismillah. 
Semoga sentiasa dalam rahmatNya^^

Berikut merupakan Kronologi Manifesto Fatin Syamila Binti Fadzil sebagai Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011. 

Selepas Pembentukan MPP pada 8 Mac 2011, saya telah dipilih sebagai Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia bagi sidang 2010/2011.

Sebelum menyertai pilihanraya kampus, saya telahpun mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh mahasiswa/i kerana saya sendiri merasai dan menghadapi masalah tersebut ketika memegang jawatan yang penting dalam sesebuah organisasi. Isunya adalah mengenai keselamatan mahasiswa/i pada waktu malam terutamanya kepada mahasiswa/i yang terpaksa berjalan kaki pulang ke desasiswa masing-masing selepas jam 10.30 malam iaitu pada waktu perkhidmatan bas tidak lagi disediakan.

9 Mac 2011 (Rabu) - Atur Temu janji

Sewaktu berpilihanraya, saya telah berjanji untuk berusaha menyediakan laluan pejalan kaki yang berbumbung dan dilengkapi lampu seandainya saya dilantik menjadi ahli MPP. Takdir telah menentukan, Allah memberi saya peluang untuk untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sehubungan dengan itu, hari ini saya telah pergi ke pejabat Timbalan Naib Canselor (TNC) untuk membuat temu janji dengan beliau. Tarikh yang dipersetujui adalah pada 15 Mac 2011.

14 Mac 2011(Isnin) - Berjumpa dengan pihak Jabatan Pembangunan

Sebelum berjumpa dengan TNC, saya telah berjumpa dengan pihak Jabatan Pembangunan; En. Shahrulnizam (Arkitek Jabatan Pembangunan). Dalam perbincangan kami, beliau memberitahu bahawa idea ini sebenarnya pernah dicadangkan namun tidak dapat dilaksanakan atas faktor-faktor tertentu.  Walaupun begitu, ia tidak melemahkan semangat saya untuk meneruskan perbincangan ini dalam misi melaksanakan janji yang telah ditabur kepada mahasiswa/i sewaktu pilihanraya.

Saya berjaya mendapatkan beberapa maklumat penting untuk dibincangkan bersama TNC. Antaranya ialah slaid laluan pejalan kaki kampus di bawah tajuk Integrated Sustainable Campus Development Plan (ISCDP); gambar di bawah ini :



15 Mac 2011(Selasa) - Perjumpaan dengan TNC (YBrs. Prof. Dato' Omar Osman)

Hari ini merupakan kali pertama saya berjumpa dengan TNC secara berdepan sejak bergelar mahasiswi USM. Subhanallah. Berdepan dengan orang yang hebat memaksa saya untuk melangkah dengan yakin dan membuat persediaan awal. Alhamdulillah, ketika inilah pengalaman ditimba secara tidak langsung. Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk meminta pandangan dan pendapat beliau mengenai manifesto saya; mengenai keselamatan mahasiswa/i.

Semasa perjumpaan ringkas ini, saya amat bersyukur kerana TNC memberikan respon yang positif dan beliau turut menyokong pendapat saya tentang perkara ini. Bahkan, beliau juga meluahkan kebimbangannya akan hal tersebut memandangkan beliau telah menyedari masalah ini sejak sekian lama. Selain itu, beliau turut mencadangkan agar saya dan YDP membawanya kepada Naib Canselor USM dan meminta agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Alhamdulillah, hari ini saya telah berjaya membawa suara mahasiswa kepada pihak Universiti. 

Bulan APRIL - MEI (Minggu Ulangkaji)

Sewaktu minggu ulangkaji, saya berusaha mencari masa terluang untuk melakukan sedikit kajian kepada mahasiswa/i berkenaan laluan tersebut. Persoalannya kenapa mesti dalam study week?? Hal ini disebabkan seluruh IPTA akan menikmati cuti semester yang sangat panjang iaitu selama 4 bulan~ Subhanallah.. memang seronok. Tapi, masa untuk MPP menunaikan tanggungjawab kepada mahasiswa/i pula menjadi semakin singkat. Mahu tak mahu, harus ku tempuhi jua cabarannya...bak peribahasa, lautan luas sanggup ku redah, lautan api sanggup ku renangi! cewah~ :D

Dengan pertolongan daripada beberapa orang rakanku, kami bertungkus-lumus mengedar borang kaji selidik tersebut untuk diisi oleh mahasiswa/i USM. Antara tempat yang menjadi sasaran kami adalah seperti di Perpustakaan Hamzah Sendut 1, Dewan Budaya, foyer Dewan Kuliah, dalam Dewan Kuliah, desasiswa dan kafeteria desasiswa. Sebanyak lebih 200 borang kaji selidik telah diedarkan.


Antara borang yang diedarkan


Borang-borang yang telah siap diisi oleh mahasiswa/i USM

20 Mei 2011 (Jumaat) - Berjumpa TNC (Y.Brs. Dato' Omar Osman)
Tempat: Kompleks Cahaya Siswa
Masa   : Lebih kurang jam 5 petang

Ketika ini mahasiswa/i USM sudahpun pulang bercuti. Ahli-ahli MPP pada ketika ini pula sedang mengikuti program Konvensyen Parlimen Mahasiswa Peringkat IPTA. Sejurus selepas slot bersama TNC (semasa minum petang), saya terus mengambil kesempatan yang ada untuk duduk semeja bersama TNC dengan beberapa orang MPP universiti lain (demi menyuarakan hasrat saya ingin bertemu beliau) bagi memaklumkan perkembangan manifesto saya. Alhamdulillah, kaji selidik yang saya lakukan sebelum ini telahpun siap dianalisis semasa minggu peperiksaan lagi. Hanya tinggal hendak ditunjukkan kepada beliau dan meminta pendapatnya sahaja terhadap hasil tinjauan tersebut.

Syukur, alhamdulillah, Allah telah memudahkan urusan saya. TNC telah bersetuju untuk berjumpa dan berbincang mengenai perkara ini dalam masa yang terdekat (23 Mei 2011). Selain itu, (dalam perbincangan saya ketika ini) saya juga turut bertanya beliau mengenai dana kewangan dalam merealisasikan hasrat mahasiswa/i demi kebajikan mereka ini. Menurut TNC, beliau telah menyampaikan hal ini kepada Naib Canselor (Y.Bhg Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak) dan mencadangkan agar projek menaiktaraf laluan pejalan kaki ini menggunakan peruntukan wang APEX. Oleh yang demikian, telah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan projek ini yang juga manifesto saya terlaksana. Saya amat berharap agar mahasiswa/i sekalian turut mendoakan agar urusan ini dipermudahkan, demi kebajikan mahasiswa/i yang saya kasihi sekalian. Insya Allah, mudah-mudahan dipermudahkan Allah. Aamiin. 

23 Mei 2011 (Isnin) - Perbincangan bersama TNC (Y.Brs. Prof Dato' Omar Osman)
Tempat: Bilik TNC, HEPP
Masa   :  Waktu petang

Semasa perjumpaan ini, YDP tidak dapat turut sama dalam perbincangan kerana beliau harus menghadiri mesyuarat di Johor. Justeru, NYDP 3 iaitu saudari Tharshini Phriyaa telah dihantar sebagai wakil YDP. Pada hari ini saya telah membentangkan hasil kajian dan data-data analisis borang kaji selidik kepada TNC. Sejurus selepas mendengar pembentangan saya, beliau telah menyarankan supaya dibuat surat rasmi kepada Naib Canselor mengenai hal ini dan meminta saya menyerahkannya kepada beliau (TNC) untuk dibawa ke peringkat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU). Alhamdulillah, saya telahpun berjaya membawa suara mahasiswa untuk didengari oleh pihak Universiti. 

21 Jun 2011(Selasa) - Perbincangan bersama TNC (Y.Brs. Prof Dato' Omar Osman)
Tempat: Bilik TNC, HEPP
Masa : 9 pagi

Hari ini bertemu TNC bersama-sama dengan YDP. Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk mendapatkan tandatangan daripada TNC supaya perkara ini dapat dibawa ke peringkat yang lebih tinggi. Sejurus mendapat tandatangan daripada beliau, TNC meminta agar kami membentangkan hal ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) yang akan diadakan pada esok hari (22 Jun 2011).

Justeru, saya harus menyiapkan slaid untuk dibentangkan semasa mesyuarat tersebut. Subhanalah, rasa gementar pun ada apabila kami diberitahu bahawa kami akan membentangkannya di hadapan Pemangku Canselor, Y.Brs. Prof. Asma Ismail (Y.Bhg Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak ketika ini ada urusan di luar negara). Alhamdulillah, pengalaman di MPPK (Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan) sedikit sebanyak membantu kami dalam membuat persediaan ini.

22 Jun 2011 (Rabu) - Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU)
Tempat : Bilik Mesyuarat Canselori, Aras 6

Sebelum masuk ke dalam bilik mesyuarat, saya dan YDP terpaksa menunggu dalam jangka masa yang agak lama memandangkan terdapat beberapa pegawai yang juga menunggu untuk membentangkan kertas kerja mereka. TNC yang turut hadir sama memberitahu saya bahawa ini adalah kali pertama dalam sejarah, pelajar dibawa dalam mesyuarat JKPU (yang biasanya dihadiri oleh pihak tertinggi Universiti) ini. Subhanallah, Alhamdulillah, terima kasih ya Allah :'). Sekali lagi, saya berjaya membawa suara mahasiswa ke pihak atasan dan pada kali ini ke peringkat pengurusan Universiti pula. Alhamdulillah.


Pembentangan Proposal kepada pihak Universiti

Setelah berbincang dengan semua pihak yang terlibat dalam mesyuarat ini, keputusannya, pihak Universiti telah bersetuju dengan proposal ini dan meminta agar design laluan berbumbung ini selari dengan konsep kelestarian yang dibawa oleh USM (Alhamdulillah3..). Sehubungan dengan itu juga, pihak Universiti meminta agar perkara ini dibuat dalam bentuk Projek. Maka, saya sendiri meminta untuk menjadi Pengarah Projek atas rasa tanggungjawab mengenai janji yang saya kepada mahasiswa/i. Dan perkara ini juga dipersetujui oleh YDP.

14 Julai 2012 (Khamis) : Fanpage S/U Agung MPP USM Fatin Syamila Fadzil dilancarkan bagi memudahkan update mengenai manifesto dan juga info-info lain.

# Segala update mengenai manifesto semua ada dalam Fanpage tersebut :-

21 Julai 2011 (Khamis) - Sekarang tengah buat research..doakan dipermudahkan ye ;)
~ research mengenai design-design bumbung yang lestari.

1 Ogos 2011 (Isnin) - Berjumpa dengan pihak CGSS (Centre for Global Sustainability Studies). Alhamdulillah, penerangan yang cukup jelas. Membakar semangatku untuk terus melakukan yang terbaik.
~ Pihak CGSS memberikan idea-idea serta pandangan mengenai struktur design yang saya ingin bawakan melalui research yang dibuat. Pihak CGSS juga memberikan contoh-contoh konsep kelestarian yang boleh dibawa.

22 Ogos 2011 (Isnin) - Bertemu dengan Tuan Haji Ir. Mohamad Sofian Ahmad; Pengarah Jabatan Pembangunan atas urusan manifesto (Projek Laluan Berbumbung dan Berlampu). Alhamdulillah, perbincangan menjadi lebih mudah apabila beliau juga turut hadir sama dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) yang lepas iaitu semasa pembentangan dilakukan di hadapan pemangku Canselor dan pihak pengurusan tertinggi Universiti :)

7 September 2011 (Rabu) - Berjumpa dengan En Mohamad PRO (Public Relation Officer). Alhamdulillah, kini minit mesyuarat manifesto saya yang dibentangkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) tempoh hari sudah berada di tangan saya :) Semoga usaha dan langkah seterusnya dipermudahkan. Insya Allah, aamiin.

14 September 2011 (Rabu) - Alhamdulillah, mesyuarat pertama bersama pasukan Projek telah berjalan dengan lancar :) Kesemuanya menunjukkan perhatian yang tinggi dan minat terhadap Projek ini. Saya berasa semakin bersemangat untuk menjayakannya. Amat mengharapkan doa kalian agar segala urusan dipermudahkanNya~

19 Oktober 2011 (Rabu) - Bermesyuarat bersama arkitek dan juruukur bahan Jabatan Pembangunan serta sekretariat Projek Laluan Berbumbung dan Berlampu. Alhamdulillah, segala pandangan pakar dan idea yang dilontarkan bersama mudah-mudahan dapat memperbaiki lagi gerak kerja yang sedang dilakukan. Insya Allah~ doakan dipermudahkan segala urusan ye teman2 ;)

25 Oktober 2011 (Selasa) - Alhamdulillah, pertandingan membuat design bumbung telahpun selesai dijalankan pada minggu lepas kepada mahasiswa HBP :) Dan pada petang tadi pula saya dan beberapa sekretariat projek yang lain telah berbincang berama arkitek Jabatan Pembangunan bagi memilih design yang terbaik. Subhanallah.. kreatif sungguh sampai pening juga nak pilih :D Doakan segala urusan dipermudahkan ye teman2.. amat mengharapkan doa dari kalian~

2 November 2011 (Rabu) - Hari ini saya telah bertemu dengan Pengarah, Juruukur Bahan dan Arkitek Jabatan Pembangunan. Hasrat di hati pada mulanya ingin berjumpa dengan bahagian Quality Surveying (QS) untuk menganggar kos design projek sahaja, namun alhamdulillah, hari ini rezeki saya dapat bertemu dengan ketiga2 pihak sekali ^_^ Subhanallah..kesemua mereka memberikan kerjasama yang baik. Segala nasihat, pandangan dan cadangan yang diberikan membuatkanku semakin bersemangat untuk terus berusaha. Semoga Allah permudahkan segalanya...Aamiin..

4 November 2011 (Jumaat) - Alhamdulillah, hari ini saya sempat bertemu dengan pihak Center for Global Sustainability Studies (CGSS) untuk berbincang mengenai Projek Laluan Berbumbung dan Berlampu. Subhanallah, dalam perbincangan ini saya telah mendapat idea yang saya kira baik untuk memastikan mahasiswa/i turut menjadi juri secara tidak langsung. Insya Allah, ini baru sahaja di peringkat cadangan dan ia harus diperhalusi lagi pelaksanaannya dan memerlukan perbincangan yang lebih mendalam lagi dengan pihak2 tertentu. Doakan segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan ye teman2 ;) Amat memerlukan doa kalian..

11 November 2011 (Jumaat) - Alhamdulillah, hari ini saya telah berjumpa dengan En Nazru, Timbalan Pendaftar Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar mengenai kertas kerja Projek saya. Syukur sangat2, beliau berpuas hati dengan kertas kerja tersebut ^_^ Alhamdulillah..hasil doa teman2 sekalian, segalanya berjalan lancar.. Insya Allah, untuk langkah yang seterusnya, mohon doa teman2 sekalian agar segalanya dimudahkan olehNya.. Aamiin.

13 Disember 2011 (Selasa) - Bertemu dengan En Nazru bagi mendapatkan nasihat beliau mengenai perkembangan Projek Laluan Berbumbung dan Berlampu. Hasil perbincangan kami, Insya Allah, Projek ini akan dibentangkan sekali lagi di hadapan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) yang ahlinya merupakan pihak tertinggi Universiti. Subhanallah. Doakan segala urusan dipermudahkan ya teman2..

16 Disember 2011 (Jumaat) - Alhamdulillah, hari ini saya telah berjumpa dengan pihak Juruukur Bahan dan Arkitek Jabatan Pembangunan. Masih banyak yang perlu diperbaiki dari segi design Projek. Namun begitu, amat bersyukur kerana dapat belajar banyak sepanjang proses yang berkaitan pembinaan ini. Alhamdulillah.. Semoga segala urusan selepas ini dipermudahkan olehNya. Aamiin.. 

1 Januari 2012 (Ahad) - Alhamdulillah, akhirnya design bumbung yang akan dibentangkan kepada pihak Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) tidak lama lagi telah siap. Ini adalah design yang telah terpilih dalam Projek Laluan Berbumbung dan Berlampu atau dikenali sebagai Projek Bumbung Hijau. Bumbung laluan ini tidak dibuat tutup secara penuh dan ia diselang-selikan dengan bumbung terbuka yang kemudiannya akan dihiasi pokok2 menjalar. Saya selaku Pengarah Projek amat berharap agar Projek ini berjaya dilaksanakan. Amat mengharapkan doa kalian aga segalanya dipermudahkan....Aamiin... 



27 Februari 2012 (Isnin) - Alhamdulillah, saya telah membentangkan Projek Laluan Berbumbung dan Berlampu bagi kali yang kedua di hadapan Timbalan Naib Canselor; Prof. Adnan Hussein dengan jayanya. Untuk makluman, Projek ini sedang berada di akhir fasa pertengahan; Pengurusan sebelum masuk ke fasa terakhir iaitu fasa pelaksanaan. Setelah berbincang dengan TNC, alhamdulillah, design yang dicadangkan telah diterima baik oleh TNC. Namun demikian, terdapat beberapa perkara yang perlu ditambahbaik mengenai design tersebut sebelum final design dilakukan.Dalam sesi pertemuan bersama TNC ini, selepas ini saya masih perlu membentangkan sekali lagi pada TNC untuk final design dan harapan saya mudah-mudahan fasa pelaksanaan dapat dilakukan selepas itu. Aamiin. Doakan segalanya dipermudahkan ya.. Amat mengharapkan doa kalian..

21 Mac 2012 (Rabu) - Projek Laluan Berbumbung dan Berlampu masih berjalan.. :) Usaha sudah dilakukan sebaiknya. Kita hanya mampu merancang, namun Allah lah sebaik2 perancang. Sama ada jadi atau tidak, cepat atau lambat, segalanya bergantung pada Yang Maha Mengetahui. Yang pasti, update tetap update :) Usaha tetap usaha :) Moga Allah memberkati, merahmati dan permudahkan usaha ini. Aamiin..

[UPDATE PROJECT] Alhamdulillah, pada 22 Mac 2012 yang lalu, design terbaru (dibaiki dari design lama setelah dibentangkan di hadapan TNC; Prof Adnan Hussein) telah siap :) (gambar)


Manakala pada 23 Mac 2012, saya telah bertemu dengan Pengarah Jabatan Pembangunan dan berbincang dengannya mengenai hal ini. Dalam perbincangan tersebut, beliau mengatakan bahawa untuk fasa kedua terakhir ini, ia akan diurus 100% daripada pelajar (seperti yang sedang kami lakukan sekarang - dalam erti kata lain : sekretariat Projek - 98% pelajar HBP) iaitu dari segi pengiraan kos dan pelan struktur sebelum fasa pelaksanaan dijalankan. Pihak Jabatan Pembangunan akan membimbing kami dalam proses ini. Oleh yang demikian, insya Allah, untuk perancangan seterusnya : 1. Bekerjasama dengan arkitek dan unit2 lain dalam Jabatan Pembangunan dalam usaha menyediakan anggaan kos dan pelan struktur. 2. Membentangkan sekali lagi pada TNC (seperti permintaannya dalam pembentangan sebelum ini). Insya Allah, mudah2an selepas itu Projek Laluan Berbumbug dan Berlampu ini dapat melalui Fasa Pelaksanaan. Mudah2an segalanya dipermudahkan.. Aamiin.. 

4 April 2012 (Rabu) : Mesyuarat dengan TNC mengenai Projek...


Dalam mesyuarat ini, kami berbincang mengenai pihak yang akan melaksanakan Projek ini; sama ada Jabatan Pembangunan USM atau pihak luar. Selain itu, kami juga berbincang mengenai design yang terbaru bagi Projek ini. Keputusan dari mesyuarat ini; 1. Design  perlu diperbaiki semula. 2. Perlu berbincang dengan Jabatan Pembangunan semula mengenai design yang dibaiki disamping berunding dengan pihak Jabatan Pembangunan supaya menjadi pihak pelaksana Projek. 

10 Mei 2012 (Khamis) - Tahukah anda apabila perkataan "WELL DONE" meniti di bibir Arkitek Jabatan Pembangunan tatkala melihat design kami yang the latest setelah beberapa kali dibaiki), Subhanallah! Hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku waktu itu :') Kini my team project sedang berusaha menyiapkan detail drawing. Doakan segalanya dipermudahkan :)

16 Mei 2012 (Rabu) - Alhamdulillah, detail drawing sudah siap :) Selepas ini fokus untuk pengiraan kos pula :) Doakan semuanya berjalan lancar ya ;) Insya Allah, mudah2an dengan doa semua, projek bumbung ini dapat dijalankan secepat mungkin. Aamiin..

2 Ogos 2012 (Khamis) - Bismillahirrahmanirrahim. I hope this is the final detailed drawing by my team.. (after so many adjustments and improvements and also other problems that only Allah knows). The next step is : To Proceed to the Development Department for approval. Then, hopefully, this project will be done as soon as possible.. Aamiin. Rabbi yassir wa la tu'assir. 



7 Ogos 2012 (Selasa) - Pada petang ini (baru sebentar tadi) saya telah berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (TNC HEPP) USM iaitu Y.Brs. Prof. Adnan Hussein mengenai Projek Laluan Berbumbung dan Berlampu. Alhamdulillah, setelah berdiskusi dengan beliau, beliau memutuskan akan membawa perkara ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) yang akan diadakan pada 15 Ogos 2012 nanti bagi mengesahkan bajet/peruntukan Projek ini. Jadi, sama2 kita doakan supaya Projek ini berjaya dilaksanakan. Insya Allah, aamiin.

15 Ogos 2012 (Rabu) - Pada jam 2.45 petang, Y.Brs. Prof. Adnan Hussein; Timbalan Naib Canselor HEPP telah memberitahu saya mengenai keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) mengenai Projek Laluan Berbumbung dan Berlampu melalui mesej beliau kepada saya yang berbunyi :- 

"Saya dah bincang dgn Dato' VC, dia bersetuju secara prinsip dan minta HEPP dapatkan kelulusan Jabatan Pembangunan dr segi rekabentuk dan estimat kos pembinaan. Mesy JKPU akan dtg baru akan bentang utk kelulusan. Nak kena tunggu lepas raya Fatin."

TNC juga memberitahu bahawa next JKPU adalah pada 26 September 2012. Agak lambat sedikit disebabkan cuti raya dan kemudian majlis konvokesyen. 

# Akan terus setia menunggu. Semoga dipermudahkanNya. Rabbi yassir wa la tu'assir. Aamiin. 

23 September 2012 - Sehingga ke hari ini, biarpun sudah menjadi Mantan Majlis Perwakilan Pelajar pada saat ini, saya masih lagi berusaha untuk menjadikan manifesto saya suatu kenyataan. Alhamdulillah, sepanjang saya menjadi MPP, Allah sentiasa mengingatkanku dengan kalamNya yang mulia 

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (As-shaff : 2-3) 

Meskipun ia masih belum dapat direalisasikan pada zaman saya menjadi MPP, namun usaha ke arah untuk merealisasikan manifesto tersebut, ada. 

Memandangkan sekarang dalam mood Pilihanraya Kampus (PRK); 25 September 2012 (Selasa) merupakan tarikh membuang undi bagi memilih ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang baru bagi sidang 2012/2013, maka saya berhasrat Projek Laluan Berbumbung dan Berlampu saya ini disambung oleh rakan seperjuangan saya sendiri, iaitu Saudari Nor Aifa Binti Jamaluddin (yang juga Mantan Majlis Perwakilan Pelajar sidang 2010/2011 - sezaman dengan saya). Beliau merupakan antara calon yang bertanding (bertanding buat kali kedua) dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sidang 2012/2013 ini.


Undilah AIFA untuk kebajikan ANDA! 
Sekian, terima kasih. 


:: Daripada Mahasiswa Kepada Mahasiswa ::









  





Muhasabah Diri dan Doa #1


Hati.. resah gelisah tanpa Allah di hati
Zikir tasbih dan tahmid yang kedengaran, 
Memberi nafas baru kepada hati yang kian terkulai mati
Allah.. Maha Suci AgungMu
Jiwa yang dulunya kosong,
Kini mulai terisi dengan mutiara-mutiara yang indah
Mutiara-mutiara yang diterangi dengan cahaya keimanan 
Disirami air mata keinsafan.. 

Allah.. aku rindu
Rindu padaMu
Dan sangat mendambakan.. cinta dan kasihMu
Allah.. jangan Kau palingkan aku dari mendapat petunjukMu
Tetapkanlah hatiku di jalanMu ya Allah.. 

Allah.. terimalah taubatku
Sungguh, aku hanyalah hambaMu yang hina dan dina
Datang kepadaMu dengan jiwa yang penuh dosa dan noda 
Merayu, menagih secangkir kasihMu
Agar Kau terima taubatku.. dan mengampunkan segala dosa-dosaku
Allah.. sungguh ku tidak layak mendapatkan syurgaMu
Redhailah kehidupanku ya Allah.. redhailah ia..

Allah.. aku rindu untuk menjejakkan kaki di hadapan KaabahMu yang mulia..
Allah.. aku rindu untuk mengunjungi makam kekasihMu yang juga Rasul dan Nabiku..
Allah.. sungguh aku amat rindu untuk bertemu denganMu.. 
Meluahkan segala-gala yang terbuku di hati ini padaMu
Kerna ku yakin, Kau Maha Mendengar akan isi hati hambaMu..  
Allah.. makbulkanlah hajat hambaMu ini sebelum aku menghembuskan nafasku yang terakhir di dunia ini..
Terimalah taubatku..
Perkenankan permintaanku.. 
Masukkkanlah aku ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.. 
Aamiin. Aamiin. Aamiin ya Rabbal 'alamin.. 





NEED HELP?

NEED HELP?

Have You Had Your SHAKE Today?

Have You Had Your SHAKE Today?

SIHATKAN DIRI ANDA DENGAN HERBALIFE!

Name:
Email Address:
Handphone number:
Occupation:
Where do you live?
Have you register as a member of Herbalife?
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Want to order? Start Now Pack - Vanilla
Start Now Pack - Chocolate
Start Now Pack - Strawberry
Start Now Pack - Tropical Fruit
Start Now Pack - Cappuccino
Herbal Aloe Concentrate
N-R-G Tea
Calcium Plus
Shaker Cup
Extra information that can help me to guide you:

Click here to create your own form.

WE CHOOSE!

WE CHOOSE!

Love :

Love :
-Moga Allah Redha-