Pages

Sungguh, KEMENANGAN ISLAM Itu Semakin Hampir!


Assalamualaikum... 

Bismillah. Semoga sentiasa dalam rahmatNya^^

Mari ikuti lagu background blog ini ;)

"قم يا فلان فأذن أنه لا يدخل الجنة الا مؤمن" 
"ان الله يؤيد الدين برجل فاجر" 

Oh you stand up! 
Say it together 
None enters paradise save a true believer 
Allah shall support this religion 
With a sinful man with a wicked man 

Some people see barriers 
In classes and in colours 
Some people are wiser 
But some believe they are hollier 

Feel the heart of everyone 
See through our differences 
You and I have the power 
Think good of one another 

So stand up and take our places 
And do what we do better 
Spend sometime to know ourselves 
Help the other

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.... :') Itulah perkataan yang kuucapkan setelah mengetahui Dr. Muhammad Mursi memenangi kerusi sebagai Presiden Mesir. Subhanallah. Allahuakbar. TAKBIR!

 


Teman-teman, mari kita renungi kalam Allah ini... 


"Katakanlah (wahai Muhammad) : Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Ali-Imran : 26) 


"(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh), supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Fath : 4) 


Subhanallah. Mudah-mudahan kemenangan beliau dapat mengembangkan lagi syiar Islam di muka bumi ini. Aamiin. Berikut merupakan gambar-gambar sekitar kemenangan beliau :-


http://www.aljazeera.com/news/middleeast/2012/06/201262412445190400.html
Dr. Muhammad Mursi - ahli gerakan Ikhwanul Muslimin


Moga ISLAM semakin gemilang


TAHNIAH dari bumi Malaysia...


Sungguh, kemenangan Islam itu semakin dekat :') Janji Allah itu benar.


Masya Allah! Semua rakyat Mesir bersujud menyatakan rasa kesyukuran kepada Ilahi dengan kemenangan Dr. Muhammad Mursi selaku Presiden Mesir yang baru. Subhanallah, suatu detik yang paling bersejarah.. Sabtu, 24 Jun 2012.

Insya Allah, pilihanraya di Malaysia juga bakal menyusul. Semoga kemenangan berpihak kepada yang membawa ISLAM sebagai visi dan misinya. Ingat teman-teman, undi kita pada hari ini menentukan bagaimana generasi kita akan datang. Mengapa? Sebab pemerintahlah yang bertanggungjawab mendidik rakyatnya. Jika rakyat dihidangkan dengan banyaknya program hiburan oleh pemerintah, maka jadilah rakyat tersebut sebagai rakyat yang hanya tahu berseronok. Sedangkan dunia ini hanya sementara, akhirat itu yang utama. Saya tertarik dengan kata-kata ini :-

"Antara cara yang paling popular dalam membodohkan satu-satu kelompok, adalah dengan menyumbatkan HIBURAN di dalam kehidupan mereka. Kerana hiburan akan membius hati dan minda. Sekaligus membuatkan manusia jauh daripada Allah SWT, dan tidak mampu berfikir akan yang mana benar dan yang mana batil. Yang penting bagi mereka nanti, adalah keseronokan.

Mana yang tiada keseronokan, mana yang tidak memuaskan nafsu mereka, akan mereka tinggalkan.

Mereka akan mencari apa yang mampu mengisi kedahagaan mereka terhadap keseronokan ini.

Mereka akan tinggalkan peraturan-peraturan agama, kerana merasakan itu semua tidak menyeronokkan.

Mereka akan meninggalkan keseriusan dalam pengajian, kerana itu semua tidak membuahkan keseronokan.

Mereka akan malas memikir masa hadapan negara, atau malas untuk sensitif dengan ketirisan orang yang zalim, kerana semua itu memerlukan mereka bekerja dan melakukan sesuatu. Sedangkan, mereka ini mahukan keseronokan.

Ya, akhirnya singa yang garang, menjadi kijang yang pengecut."


HEDONISM. Sudah tentu teman-teman sekalian pernah dengar perkataan ini bukan? Kita tidak mahu anak cucu kita akan datang seorang yang tidak cakna dengan persekitarannya. Kita tidak mahu generasi kita lalai dan leka dengan keseronokan semata. 

Kita mahukan anak-anak kita diasuh dengan pemikiran yang boleh memberi keuntungan kepada Islam pada masa hadapan, yang sentiasa memikirkan masalah ummat, yang mengajak orang lain ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran, yang memajukan negara dengan akhlak Islam, yang menyambung mata rantai perjuangan Nabi Muhammad s.a.w demi kemenangan Islam. Maka dengan cara yang bagaimanakah semua ini boleh dikecapi? --> Bermula dengan undian kita pada hari ini. 

Teman-teman sekalian, pandanglah tanggungjawab memilih pemimpin pada pilihanraya umum (PRU 13) akan datang dengan mata hati. Berfikirlah dan berpandangan jauhlah. Bukan hanya suka-suka memangkah pada kertas undi. Sekian. Wallahualam. 



:: Semoga Allah Redha ::












No comments:

Post a Comment

NEED HELP?

NEED HELP?

Have You Had Your SHAKE Today?

Have You Had Your SHAKE Today?

SIHATKAN DIRI ANDA DENGAN HERBALIFE!

Name:
Email Address:
Handphone number:
Occupation:
Where do you live?
Have you register as a member of Herbalife?
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Want to order? Start Now Pack - Vanilla
Start Now Pack - Chocolate
Start Now Pack - Strawberry
Start Now Pack - Tropical Fruit
Start Now Pack - Cappuccino
Herbal Aloe Concentrate
N-R-G Tea
Calcium Plus
Shaker Cup
Extra information that can help me to guide you:

Click here to create your own form.

WE CHOOSE!

WE CHOOSE!

Love :

Love :
-Moga Allah Redha-