Pages

USUL PERKIM USM DITERIMA DEWAN


Assalamualaikum...

Bismillah.

Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasihNya^^

Sekarang boleh kata hampir semua IPTA sedang bercuti. USM juga tidak terkecuali. Di sini saya ingin cerita sedikit mengenai mesyuarat DPPUSM. Pada 10 November 2012 (Sabtu) yang lalu, mesyuarat Dewan Perundingan Pelajar Universiti Sains Malaysia (DPPUSM) telah diadakan. Jika dahulu, saya berada sebaris dengan Speaker Dewan (selaku Setiausaha Dewan), kini saya diberi berpeluang untuk menjadi Pemerhati Dewan pula.

zaman dolu-dolu (akhir 2010 - awal 2012)
Dalam mesyuarat DPPUSM kali ini, saya mewakili PERKIM USM telah menghantar usul yang berkaitan perfileman. Alhamdulillah, usul dan semua tuntutan kami telah diterima oleh ahli dewan dengan majoriti undian. Berikut adalah usul kami :-


TAJUK:

MENAPIS FILEM YANG BERUNSURKAN AGAMA ISLAM MELALUI PIHAK JABATAN AGAMA ISLAM SEBELUM DITERBITKAN


JUSTIFIKASI:

Hari ini, industri perfileman semakin berkembang luas. Banyak rancangan yang disajikan kepada masyarakat mempunyai tema dan gayanya yang tersendiri. Filem yang berunsurkan agama juga tidak terkecuali. Malah ia amat disambut baik oleh masyarakat. Sebagai contoh, rancangan televisyen bertajuk “Tanah Kubur” begitu terkesan penyampaiannya di hati masyarakat yang menontonnya. Namun demikian, terdapat sesetengah filem yang berunsurkan agama ini telah mencetuskan kontroversi melalui adegan-adegan yang ditunjukkan dalam filem tersebut. Antara filem yang dimaksudkan ialah filem “7 Petala Cinta”. Hal ini disebabkan oleh beberapa adegannya yang tidak kena dengan cara yang digariskan dalam syariat Islam.


TUNTUTAN:

1. Pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) perlu mewujudkan kembali peranan asal LPF dalam menapis filem khususnya dalam filem yang berunsurkan agama Islam.

2. Pihak LPF perlulah menapis filem yang membawa tema agama Islam dengan menambah bilangan penilai Panel Agama Islam @ Panel Syariah Bahagian Filem yang dilantik JAKIM dengan kepakaran-kepakarannya tersendiri sebelum proses pembikinan filem dimulakan dan diterbitkan. Antara panel syariah yang terkenal dan tersohor di Malaysia ialah Dr. Zaharuddin (Ahli Panel Kajian Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)) dan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (berpengalaman sebagai Ahli Panel Kajian Akidah dan Syariah, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM)).

3. Pihak produksi filem perlu menjalankan kajian dan penyelidikan terlebih dahulu sebelum memahami dan membawa naskhah keagamaan tersebut ke layar perak.

4. Pihak JAKIM perlu lebih teliti dan tegas dalam menapis filem yang berunsurkan agama memandangkan pihak JAKIM telahpun mempunyai kerjasama dengan pihak LPF bagi Filem Tapisan Kendiri bahagian Agama. Hal ini adalah untuk mengelakkan salah faham mengenai agama Islam melalui pembawakan dalam filem tersebut dan juga mengelakkan dari berlakunya perbuatan mempersendakan agama secara tidak langsung.


-----------------------

Demikianlah usul tersebut. Semoga usaha yang kecil ini memberi impak yang besar pada masa akan datang. Semoga usul ini benar-benar dilaksanakan oleh pihak yang disebutkan.




"Kerana sayangkan agama, kerana sayangkan ummat ini"


Moga Allah redha dan berkati. Aamiin.





No comments:

Post a Comment

NEED HELP?

NEED HELP?

Have You Had Your SHAKE Today?

Have You Had Your SHAKE Today?

SIHATKAN DIRI ANDA DENGAN HERBALIFE!

Name:
Email Address:
Handphone number:
Occupation:
Where do you live?
Have you register as a member of Herbalife?
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Want to order? Start Now Pack - Vanilla
Start Now Pack - Chocolate
Start Now Pack - Strawberry
Start Now Pack - Tropical Fruit
Start Now Pack - Cappuccino
Herbal Aloe Concentrate
N-R-G Tea
Calcium Plus
Shaker Cup
Extra information that can help me to guide you:

Click here to create your own form.

WE CHOOSE!

WE CHOOSE!

Love :

Love :
-Moga Allah Redha-