Pages

Pesanan Daripada Pelajar Cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum... 

Semoga sentiasa dalam kebahagiaan^^

Lagi beberapa hari sahaja lagi kita akan menghadapi minggu peperiksaan. Sudah BERSEDIAkah kita? Haa. Besar perkataan SEDIA tu. hehe. 'Bersedia atau tidak, bolos saja dinding itu!' ~Hee. Teringat pula kata-kata Zizan Raja Lawak (^_^). Hm. Sudah lama tidak update blog. Sempat je sebenarnya kalau ikutkan. Cuma baru ada idea untuk mencurahkan segala yang tersimpan. :)

Baiklah, kembali kepada topik. Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai Diskusi Akademik 'Persediaan Menghadapi Peperiksaan' anjuran MPP Pusat Pengajian Sains Kajihayat; Saudari Nurul Husna Binti Omar pada 7 Disember 2011 yang lepas. Diskusi ini telah menampilkan salah seorang penerima Anugerah Pingat Emas USM bagi kategori Kecemerlangan Akademik yang juga merupakan pelajar Sains Kajihayat iaitu Saudari Ira Aryani Binti Wirjon. Selain itu, rakan-rakannya yang turut mendapat keputusan cemerlang juga hadir sebagai ahli panel.

Apabila ditanya mengenai RAHSIA KEJAYAAN beliau, Subhanallah. Antara perkara asas yang menjadi tunjang kejayaan beliau adalah, NIAT >>> KERANA ALLAH. Selain itu, memBACA DOA penerang hati sebelum belajar dan banyak memBACA AL-QURAN dan melakukan SOLAT-SOLAT SUNAT seperti solat hajat dan seumpamanya.

Antara faktor lain yang mendorong beliau dan rakan-rakan BERJAYA adalah:
  • Disiplin
  • Menetapkan matlamat yang hendak dicapai. Contoh: Malam ni aku mesti habiskan bab sekian, sekian..
  • Membaca buku, di samping membaca slaid yang disediakan oleh pensyarah.
  • Mencari buku rujukan yang disarankan oleh pensyarah pada awal semester lagi
  • Berkongsi ilmu yang dimiliki kepada orang lain
  • Belajar dari awal, tidak last minute
  • Menjawab soalan-soalan tahun lepas

Antara saranan dan nasihat beliau:

  1. FAHAMkan subjek yang dipelajari dan kalau ia ada gambar rajah, LUKISkan.
  2. Soalan yang mempunyai 20 markah, jawab dalam 2 HELAI = 4 MUKA SURAT PENUH. (Allahukbar. Saya sudah cuba ini, memang lenguh tangan. Itu baru 1 soalan. Yang diminta jawab, 5 daripada 6 soalan. Kira-kira 10 helai kertas diperlukan untuk menjawab semua soalan tersebut. Masya Allah. -nak jadi pelajar cemerlang, kenalah jawab begini kan.. =) )
  3. STUDY WEEK >> FOKUS SOALAN PAST YEAR sahaja!
  4. Buat soalan yang sama berulang kali.
  5. Berjumpa dengan pensyarah untuk menyemak jawapan.
  6. Kalau rasa sudah tidak sempat untuk study, BUAT soalan PAST YEAR banyak-banyak. Jika sempat membaca info-info yang lain, BACA juga. 
  7. FOKUS! Jangan terlalu memikirkan masalah.
  8. DISIPLIN AMAT PENTING!

Alhamdulillah. Itulah sedikit sebanyak mengenai perkongsian kejayaan beliau. In syaa Allah teman-teman, musim peperiksaan hampir tiba, jom perbetulkan niat.. Ayuh menjadi mukmin/mukminah mumtaz! "Bangunlah dari tidur, buka mata, bacalah buku..semoga berjaya ;)" 

-Moga kita turut menjadi seperti beliau. aamiin-

Teman-teman yang dikasihi sekalian, mari kita sama-sama hayati sebuah kisah yang boleh kita jadikan teladan, iaitu mengenai kisah Imam Syafie dalam menuntut ilmu.   


Imam Shafie merupakan salah seorang Imam Mazhab yang empat. Beliau mempunyai ketajaman akal dan kecerdikan yang luar biasa. Beliau telah menghafaz al-Quran seawal umur 9 tahun lagi. Setahun kemudian pula, beliau menghafal kitab al-Muwatta’ karangan Imam Malik. Beliau merupakan seorang yang sangat mencintai ilmu. Lantaran itu, pada satu hari beliau meminta izin daripada ibunya untuk keluar menuntut ilmu ke Madinah. Ia merupakan kali pertama Imam Shafie keluar daripada tempat kelahirannya, Makkah dan mengembara untuk meluaskan ilmu.

Apabila tiba di Madinah, beliau terus menuju ke Masjid Nabawi dan menunaikan solat sunat dua rakaat. Setelah selesai solat, beliau terpandang satu Majlis ilmu yang disampaikan oleh seseorang yang sangat hebat dalam masjid tersebut. Orang tersebut sedang bersyarah di hadapan begitu ramai anak-anak muda yang kesemuanya khusyuk mendengarnya. Orang itu ialah Imam Malik yang sedang mengajar murid-muridnya tentang hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Dengan langkah yang tertib, Imam Shafie terus menuju ke tempat Imam Malik dan duduk bersama murid-murid beliau. Imam Shafie lantas mengambil sebatang lidi lalu membasahkannya dengan air liur. Beliau menulis segala apa yang diajar oleh Imam Malik tersebut di atas tapak tangannya. Tanpa disedari, Imam Malik memerhati segala tingkah lakunya.

Selesai pengajian, Imam Malik pun memanggil Imam Shafie untuk menegur beliau. Sangkanya Imam Shafie berbuat perkara kurang sopan ketika belajar. Imam Malik bertanya kepada Imam Shafie, “Apakah kamu berasal dari Makkah”. Jawab Imam Shafie, “Benar”. Imam Malik kemudian bertanya, “Mengapakah engkau bermain-main dengan lidi dan air liurmu semasa aku sedang mengajar?”. Jawab Imam Shafie, “Maaf tuan. Sebenarnya saya tidak bermain-main. Oleh kerana saya tidak ada kertas dan pena, segala yang tuan ajar saya tulis di atas tapak tangan saya dengan menggunakan lidi dan air liur untuk saya menghafalnya”.

Apabila Imam Malik membelek-belek tangan Imam Shafie, beliau tidak menjumpai sebarang tulisan pun. Beliau terus berkata, “Tetapi kenapa tapak tangan engkau ni kosong sahaja”.

Kata Imam Shafie, “Benar tuan. Namun demikian tuan, saya telah pun menghafal semua hadis-hadis yang tuan riwayatkan itu”.


Setelah beliau disuruh membaca apa yang dihafalnya, Imam Malik mendapati tidak ada satu hadis yang tinggal daripada 20 hadis yang diajar hari itu. Perkara yang aneh ini belum pernah terjadi sebelumnya. Imam Malik begitu tertarik hati dengan kebijaksanaannya. Semenjak peristiwa itu, Imam Shafie dijemput untuk menetap di rumah Imam Malik sebagai tetamu sekali gus menuntut ilmu dengan Imam Malik. Selama 18 bulan Imam Shafie berguru dengan Imam Malik. Hatinya yang terang memudahkan beliau memahami dan menghafal kitab al-Muwatta’. Sehingga akhirnya, murid kesayangan Imam Malik ini sering diberi penghormatan bersyarah dan mengajar murid-murid yang lain.



Imam al-Syafie merupakan tokoh ilmuan yang terkenal dengan ketekunan dalam menuntut ilmu, penegak sunnah, penegak kebenaran dan imam besar dalam bidang fekah. Beliau banyak meninggalkan kata-kata nasihat yang boleh dijadikan panduan kepada para pelajar. Antaranya ialah :

1. Imam al-Syafie pernah bersyair:

Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan
Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat
Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’

2.Beliau Berkata :

Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaatmeninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.”

Antara pengajaran yang boleh diambil daripada nasihat Imam al-Syafie ialah :

1. Menghindari maksiat kerana maksiat merupakan hijab atau penghalang untuk mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat.

2. Meninggalkan percakapan atau aktiviti-aktiviti yang sia-sia. Sesungguhnya masa itu amat berharga bagi seorang pelajar.

3. Melakukan amalan-alaman sunat secara tersembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapapun. Ini antara cara untuk ikhlas dalam beramal soleh.

4. Orang yang mendapat bimbingan Allah sentiasa menghabiskan masanya dengan ilmu dan amalan yang berfaedah untuk dunia atau akhiratnya.

5. Orang yang berilmu juga hendaklah selalu mengingati mati kerana mati itu akan menyibukkan seseorang itu dengan perkara yang bermanfaat untuk kehidupannya selepas mati.





Hijrah Menuju Allah

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, kita kini sudah memasuki tahun baru hijrah. Tahun baru, azam baru dan dengan semangat yang baru. Menelusuri hijrah Rasulullah yang penuh cabaran dan dugaan, iaitu dari Mekah ke Madinah, subhanallah ia tidak terbanding dengan ujian yang kita tempuhi pada masa ini. 

‘Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul.’
MENGAPA HIJRAH?
Ketika Khalifah Saidina Umar al-Khattab mengira-ngira untuk membuat satu tanda jelas bagi orang Islam tentang kalendar, banyak peristiwa penting yang boleh dijadikan batu tanda itu. Peristiwa kelahiran Nabi SAW, Isra’ Mikraj, Hijrah, pelbagai peperangan yang berlaku sepanjang sejarah semuanya penting. Namun dari semua peristiwa penting itu, akhirnya Umar al-Khattab memilih peristiwa hijrah. Mengapa hijrah? Tentunya ada perkara istimewa dan kelainan berbanding dengan peristiwa-peristiwa lain.
Sebelum hijrah, Nabi SAW adalah Nabi. Demikian juga selepas hijrah. Tetapi selepas hijrah, Nabi bukan sahaja kekal sebagai Nabi, pangkat yang diberi oleh Allah tetapi juga menjadi ketua sebuah negara. Walaupun Madinah kecil sahaja di waktu itu-kecil dari segi geografi, kecil dari segi bilangan penduduk dan kecil dari segi kuasa berbanding kuasa-kuasa besar yang sudah sedia ada ketika itu-Parsi dan Rom, namun Madinah menepati ciri-ciri sebuah negara menurut sains politiknya. Ada tanah dan bumi, ada pemimpin, ada rakyat, ada perlembagaan dan ciri-ciri lain.
Hijrah menjadi batas sempadan di antara tempoh Mekah dan tempoh Madinah. Ayat-ayat al-Quran berbeza dari segi uslub dan perintah-perintahnya.  Justru, peristiwa hijrah ini sangat penting untuk dihayati oleh umat Islam agar maksud sebenar dari hijrah ini tercapai.
Ayuh selami peristiwa Hijrah:-
1. Nabi menyeru kepada Islam
Semenjak berada di Mekah, wahyu sudah mulai turun. Muhammad telah diangkat dan dilantik menjadi Nabi dan Rasul. Bermula dari seorang diri, Baginda mula menyebarkan Islam di kalangan keluarganya yang hampir, sahabat yang rapat dengannya agar mudah diterima. Ia berkembang sedikit demi sedikit. Begitu juga dari segi uslub dakwah, dari sembunyi hinggalah terang-terangan.
2. Para Sahabat ditindas, dizalimi hanya kerana menyatakan ‘Kami beriman kepada Allah’
Dengan sebab dakwah yang mula diterima dari kalangan penduduk Mekah, respon yang diberi oleh pembesar Quraisy adalah sangat keras. Para Sahabat ditindas, diseksa, ditekan dan diperlakukan pelbagai kezaliman. Contoh-contohnya cukup banyak. Cukup bagi kita melihat seperti Bilal bin Rabah yang diseksa begitu rupa dengan sebab hanya beriman kepada Allah, begitu juga Ammar bin Yasir dan lain-lain.
3. Diizin berhijrah ke Habsyah
Kezaliman dan penindasan yang dahsyat menyebabkan para Sahabat dibenarkan berhijrah ke Habsyah buat sementara waktu, sehingga tempoh untuk kembali ke Mekah selepas suasana yang sedikit mengizinkan. Bumi Habsyah hanya transit sementara, untuk perlindungan, bukan bumi sebenar menegakkan Islam dalam bentuk negara. Suasana dakwah di Mekah berlangsung sedemikian rupa selama 13 tahun. Yang didengar oleh telinga para Sahabat hanyalah ‘sabar, sabar’ hingga Allah menentukan masa dan ketika yang sesuai untuk ditegakkan Islam itu dalam bentuk pemerintahan negara.
4. Pemimpin Quraisy bersidang dan ambil keputusan di Darul Nadwah
Sampai waktunya Nabi memberi khabar gembira kepada para Sahabat:. Nabi bersabda, maksudnya: ‘Aku diberitahu tempat hijrah kamu iaitu Yathrib. Sesiapa yang mahu keluar, maka keluarlah ke sana.’ Para Sahabat mula mengatur langkah menuju Yathrib. Ia berlaku selepas Baiah Aqabah 1 dan 2 di antara Nabi SAW dan penduduk Yathrib yang datang mengerjakan haji. Nabi SAW menawarkan Islam kepada mereka sehingga kemudiannya berlaku Baiah Aqabah 1dan 2 itu dalam musim-musim haji. Melihat kepada perkembangan Islam yang sudah berlaku outreach di Yathrib, iaitu pengaruh yang sudah berkembang hingga ke luar Mekah, maka para pemimpin Quraisy bermesyuarat di Darul Nadwah mahu mengambil keputusan apa yang sepatutnya dibuat terhadap Nabi SAW. Dari cadangan-cadangan yang diberi, akhirnya keputusan yang dicapai ialah Nabi Muhammad SAW, Al-Amin itu mesti dibunuh. Inilah kemuncak kepada sebuah perjuangan hingga melibatkan risiko nyawa melayang.
Dengan demikian, Nabi SAW berhijrah bersama Saidina Abu Bakar as-Siddiq ra sehingga akhirnya tiba ke Yathrib di awal bulan Rabi al-Awwal Tahun pertama Hijrah.
Dalam hijrah ini pelbagai pengajaran yang kita boleh petik. Saya rumuskan melalui 5P seperti berikut:
IKTIBAR 5P :
1. Penuh strategi:
Nabi SAW membuat persediaan mencari tapak sesuai sebelum berhijrah. Yathrib bukan sahaja tapaknya sesuai bahkan penduduknya juga sudah bersedia menerima dan mempertahankan Baginda SAW. sebagai tapak tegaknya Islam. Untuk itu Baiah Aqabah 1dan Baiah Aqabah 2 menjadi tahap penting dalam dakwah Nabi. Bagi merealisasikan Baiah Aqabah supaya berjaya dan tidak bocor, penduduk Yathrib mengerjakan haji seperti orang lain di musim haji, tetapi bangun di tengah malam di Mina ketika semua yang lain masih tidur untuk berbaiah dengan Baginda SAW.
Selepas Nabi mendapat tahu tentang perancangan Quraisy mahu membunuhnya, Baginda SAW pergi ke rumah Abu Bakar di waktu tengahari dan selepas menerima perintah Allah untuk berhijrah. Waktu tengahari dipilih kerana ketika itu masing-masing sedang berihat di rumah agar perancangan Baginda tidak disedari.
Begitu juga perancangan yang dibuat oleh Saidina Abu Bakar selepas Nabi menyampaikan berita untuk berhijrah itu. Dikaderkan anak-anaknya untuk Islam. Asma menyediakan makanan, Abdullah ditugaskan mendengar khabar di pasar lalu membawa khabar berita itu kepada Nabi di Gua Thur nanti, Amir bin Fuhairah ditugaskan membawa kambing ke Gua Thur untuk didapatkan susunya dan dihilangkan kesan tapak kaki.
Sebagai usaha melambat-lambatkan dan mengelirukan pemuda Quraisy, Nabi SAW meminta Saidina Ali menggantikan Baginda di tempat tidur.
Nabi sendiri tinggal di Gua Thur selama 3 hari bersama Abu Bakar bagi memastikan misi ke Yathrib selamat. Nabi juga melalui jalan yang tidak biasa dilalui ke Yathrib agar perjalanan tidak dikesan musuh.
Semua ini menggambarkan kepada kita betapa strategi dalam menegakkan Islam itu mesti diberikan keutamaan. Bahkan secara umum, ia memberi panduan kepada semua bentuk pengurusan agar perancangan berstrategi itu diambil perhatian. Buatlah Plan A atau Plan B, usaha dan ikhtiar dari manusia, namun tawakkal dan pergantungan mesti tekad kepada Allah.
2. Pengorbanan:
Apa yang diberi oleh para Sahabat selama di Mekah hingga bersedia berhijrah ke Yathrib ialah kerana mereka mengutamakan Islam, kehendak Allah yang mendahului kehendak diri dan peribadi. Pengorbanan para Sahabat sepanjang tempoh dakwah di Mekah bukan calang-calang. Dalam peristiwa hijrah, para sahabat bersedia meninggalkan rumahtangga, kampung halaman, harta benda kerana semata-mata menyelamatkan Islam. Kalau Islam selamat, yang lain selamat. Kalau yang lain selamat, belum tentu Islam selamat.
Pengorbanan dari Abu Bakar sepanjang peristiwa hijrah juga menjadi contoh hebat. Memasuki Gua Thur terlebih dahulu bagi memastikan keadaan selamat buat Nabi SAW, sanggup kakinya ditahan kesakitan akibat bisa binatang kerana tidak mahu mengganggu Nabi yang baring diribanya. Begitu juga Ali bin Abi Talib yang mengambil risiko besar menggantikan Nabi SAW di tempat tidur. Nyawa menjadi pertaruhan untuk sebuah perjuangan.
3. Persaudaraan:
Bagi menegakkan pemerintahan Islam, faktor-faktor yang membantu ke arah perkara itu mesti dilakukan. Tidak mungkin Islam boleh ditegakkan jika mereka yang menegakkan Islam itu bersengketa. Tindakan Nabi SAW mempersaudarakan Aus dan Khazraj menjadi golongan Ansar adalah tindakan bijak seorang pemimpin. Aus dan Khazraj yang berperang sesama sendiri begitu lama akhirnya menjadi seperti saudara karib. Bukan mudah menyatukan mereka yang sudah berperang begitu lama. Tali persaudaraan bukannya atas dasar Arab tetapi islam. Nasionalisme sempit tiada dalam kamus Islam. Bentuk persaudaran diluaskan hingga Muhajirin dan Ansar juga dipersaudarakan. Bentuk persaudaraan ini diakui Islam sehingga di peringkat awalnya masing-masing boleh mewarisi dari saudara seislamnya yang lain hingga dibatalkan hukum itu.
4. Positif dan proaktif:
Sikap umat Islam mesti positif dan proaktif. Ia ditunjuk oleh Nabi SAW dalam persitiwa hijrah ini. Apabila mengetahui orang Musyrikin mahu membunuhnya, terus Baginda bertindak menemui Abu Bakar dan menyiapkan perkara yang sepatutnya.
Nabi SAW sentiasa memandang masa depan Islam yang cemerlang. Dalam apa suasana sekalipun, Baginda tetap optimis dan positif terhadap Islam. Inilah sifat seorang pemimpin yang mesti diikuti oleh pengikutnya. Dalam persitiwa hijrah, ketika hanya Nabi dan Abu Bakar berada di dalam Gua Thur-tiada PBB, tiada OIC, tiada negara dan bala tentera islam yang boleh membantu, Nabi SAW bersabda kepada Abu Bakar ‘Apa sangkaan kamu dengan 2 orang, Allah yang ketiga’, suatu tarbiyyah, keyakinan dan keimanan yang jitu diletakkan dalam dada Abu Bakar. Ketika Suraqah yang mengejar Nabi dari belakang mulai takut dengan kaki kudanya yang sentiasa tenggelam dalam pasir itu meminta keamanan dari Nabi SAW, Baginda berjanji kepada Suraqah untuk diberikan gelang Raja Kisra. Satu janji yang melihat masadepan yang gemilang buat Islam walaupun negara Islam itu belum kelihatan di depan mata.
5. Perpindahan:
Hijrah wajib di awal Islam. Namun ia berubah selepas itu: ‘Tiada hijrah selepas pembukaan Mekah tetapi jihad dan niat (yang benar)’ , ‘Jihad berterusan hingga ke hari Qiamat’
Perpindahan yang mesti berlaku di kalangan orang Islam ialah berhijrah dari perkara yang dilarang Allah ‘Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan perkara yang dilarang Allah’. Bagi seorang mukmin, falsafah hidupnya ialah hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari muka lebih baik dari hari sebelumnya.
Berpindahnya Nabi SAW dari Mekah ke Madinah ialah bagi menegakkan Islam dalam bentuk syumul; peribadi, keluarga, masyarakat dan negara. Ia bukan hijrah dari satu tempat ke satu tempat sahaja. Bahkan ia hijrah yang membawa misi dan visi yang sangat hebat. Masya Allah..
Oleh yang demikian, marilah kita mengambil ibrah (pengajaran) dari peristiwa hijrah ini sebaiknya. Pasakkan dalam hati untuk melakukan penghijrahan terutamanya dari segi pembaikan diri. Tidak dinafikan, ia bukanlah sesuatu yang mudah, namun pohonlah kekuatan dari Allah, agar mudah bagi kita melakukannya. Insya Allah, mudah-mudahan manisnya dirasai di penghujung usaha. Sama-samalah kita perbaiki diri. Moga Allah redha. aamiin. 

Stronger Calls For Varsity Act To Be Reviewed

Recently, we heard news about the Internal Security Act (ISA) that has been repealed. I think it is not too late for me to share what I have read from the news recently. As a university student, it is also our responsibility to be sensitive to what happens around us, especially national issues, apart from campus issues. Therefore lets gain more knowledge by reading this article :)

PUTRAJAYA: Calls, including one from the Deputy Higher Education Minister, are getting stronger for the Universities and University Colleges Act (AUKU) 1971 to be reviewed. Deputy Higher Education Minister Datuk Saifuddin Abdullah said the main priority was to repeal Section 15 of the AUKU, which prohibits students from getting involved in politics.

He added that if the controversial Internal Security Act (ISA) could be repealed, the same should apply to the AUKU. "What is the different about AUKU is that it is a governing Act, which details the general operation of universities as well. "Abolishing Section 15 of AUKU not only respects the constitutional right of the students, but it will also increase democratic participation among youth," he told THE STAR.

Saifuddin added that a review of AUKU should allow students to support and be members of any political party, campaign for elections, as well as hold office. "Furthermore, many have complained about the lack of communication and critical thinking skills among our students - the AUKU is partly responsible for this because it suppresses their ability to speak out," he said.

On Thursday, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced the decision to repeal the ISA and three other proclamations in his Malaysia Day address. Following this, Deputy Education Minister Datuk Wee Ka Siong, who is also the MCA Youth Chief, had proposed that the Act be changed to enable students to participate in political activities. In 2009, substantial amendments were made to AUKU including allowing students to join any organisation without any prior permission from university authorities; and removing all criminal penalties for students who violated university laws.

However, students are still prohibited from joining political parties, organisations declared to be unlawful, and any organisation specified by the Higher Education Minister as being unsuitable for student involvement. University Malaya's Students Representative Council treasurer Kelvin Tee said abolishing the AUKU would allow greater youth participation in the democratic process.

"It is important for students to be exposed to current affairs. "It's not just about studying and books; we need to know what's happening in the country," he said. Universiti Putra Malaysia's pro-Mahasiswa spokesman Mohd Ramzul Nasri Kamarusaman said "the time is ripe" for a repeal of the Act.

However, Universiti Kebangsaan Malaysia's pro-Aspirasi member Siti Nur Hidayah Ismail said she was happy with AUKU as it stands. "We only barred from getting involved in politics, which makes no difference to me. "Students have alternative ways to connect with community besides politics, such as through social works and cultural activities," she said. -SUNDAY STAR, 18 September 2011.

Kita Berasal Dari Tanah

Alhamdulillah. Syukur saya masih diberikan nikmat untuk terus hidup dan beramal di muka bumi ini. 13 September 2011. Hari kedua sesi pembelajaranku sebagai pelajar AGROBIOLOGI. Masya Allah, subjek SOIL SCIENCE AND ENVIRONMENT yang saya ambil untuk semester ini membangkitkan semangat dan minatku untuk terus mendalami ilmuNya. 

Apa yang menyebabkan saya berminat dengan subjek ini? Kerana ia ada kaitan dengan diri kita...SOIL=TANAH. Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada rakan-rakan sekalian; kenapa bila kita pijak rumput, kita akan dapati bahawa rumput tersebut menjadi layu dan lama-kelamaan mati..? Haaa. jawab jangan tak jawab ^_^ (test ingatan terhadap pelajaran yang baru sahaja saya belajar petang tadi :D )

Sebab...tanah mempunyai liang, atau kita panggil 'pores' dalam B.I. Dalam liang tersebut, ia mengandungi ruang untuk udara dan air.. Jadi, bila kita pijak rumput, ia akan menyebabkan tanah menjadi mampat dan akhirnya menutup liang tersebut dan menghalang pengaliran air dan udara untuk dibekalkan kepada rumput. Maka, rumput tersebut telah terputus bekalannya untuk terus hidup dan menyebabkan ia mati.. Sekiranya kita terlihat ada papan tanda tulis "Dilarang Memijak Rumput", maka di sini saya katakan adalah lebih sesuai sekiranya ia tulis "Dilarang Memijak Tanah" =) hehe.

Baiklah, saya ingin menceritakan tentang asal-usul diri kita pula. Al-Qur’an ada menyebutkan bahawa asal kejadian manusia terdiri dari 7 macam kejadian. Buktinya;

1. Pada Surah Ar-Rahman ayat 14: “Dia (Allah) menjadikan manusia seperti tembikar (tanah yang dibakar). Yang dimaksudkan dengan kata “Shal-shal” di ayat ini adalah: Tanah kering atau setengah kering yakni “Zat pembakar” atau Oksigen.

2. Pada ayat itu disebutkan juga kata “Fakhkhar” yang maksudnya ialah “Zat Arang” atau Carbonium.

3. Pada surah Al-Hijr, ayat 28: “Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat; Sesungguhnya Aku (Allah) hendak menciptakan seorang manusia (Adam) dari tanah kering dan lumpur hitam yang berbentuk (berupa).” Perkataan “Hamaa-in” pada ayat tersebut ialah “Zat Lemas” atau Nitrogenium.

4. Pada surah As-Sajadah ayat 7: “Dan (Allah) membuat manusia berasal daripada ‘tanah’. Yang dimaksudkan dengan kata “thien” (tanah) di ayat ini ialah “Atom zat air” atau Hidrogenium.

5. Pada Surah As-Saffaat ayat 11: “Sesungguhnya Aku (Allah) menjadikan manusia dari pada Tanah Liat.” Yang dimaksudkan dengan kata “lazib” (tanah liat) pada ayat ini ialah “Zat besi” atau ferrum.

6. Pada Surah Ali-Imran ayat 59: “Dia (Allah) menjadikan Adam dari tanah kemudian Allah berfirman kepadanya ‘jadilah engkau,’ lalu berbentuk manusia.” Yang dimaksudkan dengan kata “turab” (tanah) di ayat ini ialah: “Unsur-unsur zat asli yang terdapat di dalam tanah” yang dinamai “zat-zat anorganis.”

7. Pada surat Al-Hijr ayat 28: “Maka setelah Aku (Allah) sempurnakan (bentuknya), lalu Kutiupkan rohKu kepadanya (Roh daripada-Ku).”

Ketujuh-tujuh ayat Al-Qur’an ini telah menunjukkan tentang proses kejadian Nabi Adam sehingga berbentuk manusia, lalu ditiupkan roh kepadanya sehingga manusia bernyawa (bertubuh jasmani dan rohani). Sebagaimana disebutkan pada ayat yang keenam tentang kata “turab” (tanah) ialah zat-zat asli yang terdapat didalam tanah yang dinamai zat ak organik. Zat tak organik ini baru terjadi setelah melalui proses percantuman antara “Fakhkhar” yakni Carbonium (zat arang) dengan “shal-shal” yakni Oksigenium (zat pembakar) dan “hamaa-in” iaitu Nitrogenium (zat lemas) dan Thien; Hidrogenium (Zat air). 

Jelasnya adalah percantuman antara: Fakhkhar (Carbonium = zat arang) dalam surah Ar-Rahman ayat 14. Shal-shal (Oksigenium = zat pembakar) juga dalam surah Ar-Rahman ayat 14. Hamaa-in (Nitrogenium = zat lemas) dalam surat Al Hijr ayat 28. Thien (Hidrogenium = Zat Air) dalam surah As-Sajadah, ayat 7. Kemudian bercantum dengan zat besi (Ferrum), Yodium, Kalium, Silcum dan Mangaan, yang disebut “laazib” (zat-zat tak organik) dalam surat As-Shaffaat ayat 11. Dalam proses percantuman tersebut, lalu terbentuklah zat yang dinamai protein. Inilah yang disebut “Turab” (zat-zat tak organik) dalam surat Ali Imran ayat 59. 

Salah satu antara zat-zat tak organik yang dipandang penting ialah “Zat Kalium”, yang banyak terdapat dalam jaringan tubuh, teristimewa di dalam otot-otot. Zat Kalium ini dipandang penting oleh sebab mempunyai aktiviti dalam proses hayat, yakni dalam pembentukan badan halus. Dengan berlangsungnya “Proteinisasi,” ia menjelmakan “proses penggantian” yang disebut “Substitusi.” Setelah selesai mengalami substitusi, lalu menggempurlah electron-electron cosmic yang mewujudkan sebab pembentukan (Formasi), dinamai juga “sebab wujud” atau Causa Formatis. 

Sinar Cosmic ialah suatu sinar yang mempunyai kemampuan untuk mengubah sifat-sifat zat yang berasal dari tanah. Maka dengan mudah sinar cosmic dapat mewujudkan pembentukan tubuh manusia (Adam) berupa badan kasar (jasmaniah), terdiri dari badan, kepala, tangan, mata, hidung, telinga dan seterusnya.. Sampai disinilah ilmu pengetahuan secara tepat dapat menganalisa tentang pembentukan tubuh kasar (jasmaniah, jasmani manusia/Adam). Sedangkan tentang rohani (abstract wetenschap), ia tentu memerlukan ilmu pengetahuan yang serba rohaniah pula, yang sangat erat hubungannya dengan ilmu Metafizik. 

Justeru, bila kita mati nanti, mayat kita akan terurai seperti komponen-komponen yang telah dijelaskan seperti di atas tadi... :)

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri” (Luqman : 18)

Kita ini milik Allah. Dunia ini pula hanyalah pinjaman...dan kita tidak punya apa-apa sedikit pun. Mujur Allah memberi pinjaman kepada kita tanpa bayaran. Kalau tidak...??? Kitalah orang yang paling muflis di dunia ini. Justeru, marilah kita gandakan amalan kita, ikhlas keranaNya, mudah-mudahan kita tidak muflis di akhirat kelak. Insya Allah, aamiin.




credit to:  http://labbaik.wordpress.com/2007/06/14/dialog-perihal-kejadian-manusia-yang-berasal-dari-tanah/

Pasrah Segalanya

Pernah hati ini terguris 
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Mujur ada yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Bersama sahabat-sahabat yang sedia menemani

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana Engkau Maha Mengetahui 
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku berdaya tanpaMu
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah Engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci





Berakhirnya Ramadhan..Syawal Tiba

Alhamdulillah... Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Subhanallah.. Setelah sebulan berpuasa, pelbagai ujian dan dugaan telah kita tempuhi dan harungi. Rakan-rakan yang dikasihi sekalian, mari kita memuhasabah diri kita semula, adakah Ramadhan ini merupakan Ramadhan yang benar-benar kita hayati..? Allah..sungguh beruntung kepada sesiapa yang bertambah keimanannya, ketaqwaannya dan kecintaannya kepada Allah dalam Bulan Tarbiyah ini.

Maha Pemurahnya Allah, setelah Dia hadirkan kita Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat, Dia hadiahkan kita Syawal. Bukan itu sahaja, Allah tambahkan lagi nikmat buat hambanya yang tidak berkesempatan untuk merasai kenikmatan beribadah dalam bulan puasa dengan puasa enam pada bulan Syawal.

Apa itu bulan Syawal? Bulan Syawal merupakan bulan kemenangan bagi mukmin yang berjaya menghidupkan Ramadhan sebagaimana yang dikehendaki Allah. Syawal juga merupakan roh bulan yang dipenuhi dengan keberkatan yang dituntut melakukan sunat dan amalan istimewa yang tidak terdapat pada bulan lain. Setiap amal yang dilakukan membawa kebaikan dan menambahkan keimanan kepada Allah.

Orang mukmin yang menyambut Syawal dengan rasa kesyukuran dan terus melakukan amal ibadah dan amal kebaikan demi mengharapkan keredhaan Allah. Antara amalan yang disyariatkan pada bulan Syawal ialah:

1. Membayar zakat fitrah
2. Bertakbir dan bertahmid
3. Mendirikan solat Aidilfitri
4. Menyambut Hari Raya mengikut syariat
5. Membantu orang susah/melayan anak yatim
6. Puasa enam

Apa itu Puasa Enam? Dan bagaimana cara mengerjakannya?

Puasa enam ialah puasa enam hari di bulan Syawal; berpuasa setelah sehari menyambut hari raya puasa. Puasa ini boleh dikerjakan secara berturut-turut enam hari atau tidak asalkan dalam bulan Syawal. Pendapat ulama dalam menentukan masa mengerjakan puasa enam ini, ada tiga cara iaitu:

1. Mengerjakan terus sesudah hari raya, dengan berturut-turut sehingga enam hari
2. Mengerjakan beriring-iring, atau bercerai-cerai dalam bulan Syawal
3. Tidak dikerjakan terus sesudah hari raya hanya dikerjakan pada hari ketiga sebelum hari putih (hari ke-10, ke-11 dan ke-12 dari bulan Syawal). Atau sesudah hari putih (hari ke-16, ke-17 dan ke-18)

Mengenai keutamaan puasa enam disebut dalam Zubdatul Waa'izina: "Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengikut sertakan enam hari daripada bulan Syawal, maka baginya pahala seperti puasa setahun seluruhnya." Di dalam riwayat lain: "Allah SWT memberikan kepadanya pahala enam Nabi, pertama, Nabi Adam a.s., kedua Nabi Yusuf a.s., ketiga Nabi Yaakub a.s., keempat Nabi Musa a.s., kelima Nabi Isa a.s. dan keenam Nabi Muhammad s.a.w."

Masya Allah.. Rakan-rakan yang disayangi sekalian, mudah-mudahan segala amal ibadah yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini tidak terhenti di situ sahaja. Mudah-mudahan kita diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dengan amalan yang telah kita lakukan, dalam menjadi hambaNya yang bertaqwa. Dambailah cinta Ilahi, nescaya kebahagiaan menanti. Dambailah redha Ilahi, nescaya ketenangan menghampiri.

Tuhanku..
Ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku..
 Maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat
Seperti rasul dan sahabat..


NEED HELP?

NEED HELP?

Have You Had Your SHAKE Today?

Have You Had Your SHAKE Today?

SIHATKAN DIRI ANDA DENGAN HERBALIFE!

Name:
Email Address:
Handphone number:
Occupation:
Where do you live?
Have you register as a member of Herbalife?
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Want to order? Start Now Pack - Vanilla
Start Now Pack - Chocolate
Start Now Pack - Strawberry
Start Now Pack - Tropical Fruit
Start Now Pack - Cappuccino
Herbal Aloe Concentrate
N-R-G Tea
Calcium Plus
Shaker Cup
Extra information that can help me to guide you:

Click here to create your own form.

WE CHOOSE!

WE CHOOSE!

Love :

Love :
-Moga Allah Redha-