Maha Pemurahnya Allah, setelah Dia hadirkan kita Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat, Dia hadiahkan kita Syawal. Bukan itu sahaja, Allah tambahkan lagi nikmat buat hambanya yang tidak berkesempatan untuk merasai kenikmatan beribadah dalam bulan puasa dengan puasa enam pada bulan Syawal.
Apa itu bulan Syawal? Bulan Syawal merupakan bulan kemenangan bagi mukmin yang berjaya menghidupkan Ramadhan sebagaimana yang dikehendaki Allah. Syawal juga merupakan roh bulan yang dipenuhi dengan keberkatan yang dituntut melakukan sunat dan amalan istimewa yang tidak terdapat pada bulan lain. Setiap amal yang dilakukan membawa kebaikan dan menambahkan keimanan kepada Allah.
Orang mukmin yang menyambut Syawal dengan rasa kesyukuran dan terus melakukan amal ibadah dan amal kebaikan demi mengharapkan keredhaan Allah. Antara amalan yang disyariatkan pada bulan Syawal ialah:
1. Membayar zakat fitrah
2. Bertakbir dan bertahmid
3. Mendirikan solat Aidilfitri
4. Menyambut Hari Raya mengikut syariat
5. Membantu orang susah/melayan anak yatim
6. Puasa enam
Apa itu Puasa Enam? Dan bagaimana cara mengerjakannya?
Puasa enam ialah puasa enam hari di bulan Syawal; berpuasa setelah sehari menyambut hari raya puasa. Puasa ini boleh dikerjakan secara berturut-turut enam hari atau tidak asalkan dalam bulan Syawal. Pendapat ulama dalam menentukan masa mengerjakan puasa enam ini, ada tiga cara iaitu:
1. Mengerjakan terus sesudah hari raya, dengan berturut-turut sehingga enam hari
2. Mengerjakan beriring-iring, atau bercerai-cerai dalam bulan Syawal
3. Tidak dikerjakan terus sesudah hari raya hanya dikerjakan pada hari ketiga sebelum hari putih (hari ke-10, ke-11 dan ke-12 dari bulan Syawal). Atau sesudah hari putih (hari ke-16, ke-17 dan ke-18)
Mengenai keutamaan puasa enam disebut dalam Zubdatul Waa'izina: "Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengikut sertakan enam hari daripada bulan Syawal, maka baginya pahala seperti puasa setahun seluruhnya." Di dalam riwayat lain: "Allah SWT memberikan kepadanya pahala enam Nabi, pertama, Nabi Adam a.s., kedua Nabi Yusuf a.s., ketiga Nabi Yaakub a.s., keempat Nabi Musa a.s., kelima Nabi Isa a.s. dan keenam Nabi Muhammad s.a.w."
Masya Allah.. Rakan-rakan yang disayangi sekalian, mudah-mudahan segala amal ibadah yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini tidak terhenti di situ sahaja. Mudah-mudahan kita diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dengan amalan yang telah kita lakukan, dalam menjadi hambaNya yang bertaqwa. Dambailah cinta Ilahi, nescaya kebahagiaan menanti. Dambailah redha Ilahi, nescaya ketenangan menghampiri.
Tuhanku..
Ampunkanlah segala dosaku
Ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku..
Maafkanlah kejahilan hambaMu
Maafkanlah kejahilan hambaMu
Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu
Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula
Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku
Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu
Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat
Seperti rasul dan sahabat..
No comments:
Post a Comment