Tarikh:10 hingga 14 Jun 2011
Tempat:De Baron Hotel, Pulau Langkawi
Selepas tiba di sini pada waktu zohor, kami diberi taklimat. Pada sebelah petangnya pula, kami beriadah dengan bermain bola jaring. Astaghfirullah...saya dapati permainan ini bercampur lelaki dan perempuan. Suka saya tegaskan di sini bahawa saya bukanlah berfikiran jumud, namun adakalanya kita perlu tahu batas-batas pergaulan. Bagi saya, tak salah kalau lelaki dan perempuan bergaul. Namun, bukan semua perkara lelaki dan perempuan patut bercampur. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan aktiviti bersukan. Sepanjang permainan tersebut dijalankan, saya cukup berasa sedih dan geram kerana ada sentuhan, pergeseran, terpeluk berlaku di hadapan mata saya sendiri hanya kerana berebutkan sebiji bola! Astaghfirullah~~~
Saya amat tidak berpuas hati terutamanya kepada orang yang mengelola permainan tersebut. Sepatutnya permainan ini diasingkan antara lelaki dan perempuan. Saya hanya mampu memerhati. Hendak menegur, siapalah saya...Allah..benci dalam hati sajalah yang mampu~~ Saya berharap agar pihak pengurusan@penganjur mengambil berat akan hal ini pada masa akan datang kerana majoriti peserta yang menyertai aktiviti ini adalah orang Islam...sama-samalah kita menjaga adab pergaulan sesama muslim daan kesucian Islam itu sendiri. Semoga setiap perkara yang kita lakukan lebih diberkati dan diredhai Allah...insya Allah, mungkin hasil yang kita akan dapat lebih mendalam kesannya terhadap diri peserta yang menyertai program seperti ini (sekiranya pergaulan dijaga) dan seterusnya dapat melahirkan insan yang hebat kelak. Mudah-mudahan semuanya akan berhasil seperti yang kita harapkan dengan adanya keberkatan..
Selain itu, kami juga telah didedahkan dengan aktiviti keusahawanan melalui kerja lapangan yang diadakan pada hari kedua. Alhamdulillah, banyak pengajaran yang saya dapat dalam aktiviti ini. Terutamanya dari segi cara berkomunikasi dengan pelancong asing, cara untuk meyakinkan orang terhadap kita, kesukarelaan, kebolehan daya memujuk dan sebagainya.
Untuk makluman, kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki utuk membawa pulang minima dua ratus ringgit semula selepas tamat kerja lapangan. Masa yang diperuntukkan sampai jam 5 petang sahaja. Maka, kembara usahawan pun bermula~ kumpulan saya telah mendapat KELIBANG sebagai destinasi gerak usahawan. Subahanallah..kawasan tersebut memang sangat mencabar bagi kami, kerana kebanyakan kedai di situ tutup pada hari tersebut.
Akhirnya, kami dapat juga mencari pekerjaan di salah sebuah restoran untuk mencari dana sebagai modal permulaan bagi menjalankan perniagaan. Subhanallah~ Pengurus restoran tersebut seorang yamg amat baik. Beliau bukan sahaja menerima kami untuk bekerja sementara di restoran beliau, bahkan turut membelanja kami makan tengah hari di situ. Gaji yang diberikan pula adalah cukup lumayan dibandingkan dengan jam bekerja yang sungguh singkat. Bayangkan, bekerja dalam masa 2 jam sahaja dah dapat sorang RM15 :) Alhamdulillah..rezeki..
Namun, kami tidak bekerja di restoran tersebut. Tetapi kami bekerja di kantin Maktab Rendah Sains Mara Langkawi (MRSM Langkawi)! De' Kak Zah Cafe.. ^_^ Sungguh eksklusif ye. hehe. Kami telah dibawa oleh pekerja restoran tersebut ke MRSM Langkawi ini memandangkan bantuan kami tidak berapa diperlukan di situ kerana pelanggan masih lagi kurang. Oleh sebab pengurus memberitahu bahawa dia juga merupakan pengurus kantin mrsm tersebut, maka kami memohon kepada beliau untuk membantunya mengemas dan membersihkan kantin tersebut.
Sebelum pulang semula ke USM, kami mengambil peluang untuk melawat tempat-tempat yang menarik di Langkawi.. ^_^
Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan." (QS. An-Naml: 93)
No comments:
Post a Comment