Pages

AURORA?

Assalamualaikum..

Bismillah. Moga sentiasa berada dalam rahmatNya^^

AURORA. Pernah dengar tak tentang perkataan ini? Mungkin ada yang tahu dan mengenali perkataan 'aurora' ni melalui lagu. Dan lain-lain yang sewaktu dengannya. 

Ok. Tahukah anda AURORA ini berkaitan dengan alam semesta? (Cewah. Gaya macam dalam rancangan televisyen pula. ;) )

Sila lihat gambar di bawah:-


The aurora borealis, or Northern Lights, are seen near the city of Tromsoe, northern Norway, late Tuesday, Jan. 24, 2012. Stargazers were out in force in northern Europe on Tuesday, Stargazers were out in force in northern Europe on Tuesday
Subhanallah.. Cantik kan? Serius. CANTIK!~ Seperti dalam fantasi kan? Yang banyak kita boleh temui pemandangan sebegini dalam cerita-cerita atau lukisan anime. Teringat pula pada cerita Final Fantasy. Eheh.

Ok la. Motif saya buat tentang aurora ni adalah disebabkan terlalu kagum dengan keindahan alam ciptaan Allah dan kehebatan Allah Yang Maha Mencipta. Masya-Allah. Semua yang berlaku ini adalah rahsia Allah~ 

Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 12 yang bermaksud,
Bertanyalah (wahai muhammad): “Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?” Katakanlah: “(Semuanya itu) adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat..." 

Dan, firman Allah dalam surah Fussilat ayat 53 yang bermaksud:
"Akan kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran kami di segenap ufuk penjuru dan pada diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka Qur’an itu benar." 

The aurora borealis, or Northern Lights, are seen near the city of Trondheim, Norway Tuesday Jan. 23, 2012. Stargazers were out in force in northern Europe on Tuesday, hoping to be awed by a spectacular showing of northern lights after the most powerful solar storm in six years. (AP Photo/Emil Bratt Borsting)


Cantik, cantik juga..mungkin ini juga satu amaran atau peringatan dariNya kepada kita. 

Menurut laporan daripada NASA sepanjang tahun 2012 dan 2013, aktiviti matahari sedang meningkat dan bakal mengakibatkan badai matahari yang lebih kerap di bumi. Badai matahari (coronal mass ejection/CME) merupakan pelepasan energi besar radiasi dan gas pembakaran dari permukaan matahari. Radiasi ini menyebar ke luar angkasa dan akan sampai ke atmosfera bumi.


Badai matahari atau solar storm adalah siklus kegiatan peledakan dahsyat dari masa puncak kegiatan bintik matahari (sunspot), biasanya setiap 11 tahun akan memasuki period aktiviti badai matahari. Ilmuwan Amerika baru-baru ini memperingatkan bahawa pada tahun 2012 bumi akan mengalami badai matahari dahsyat (Solar Blast), daya kerosakannya akan jauh lebih besar dari badai taufan “Katrina” dan hampir semua manusia di bumi tidak akan dapat melepaskan diri dari kesan bencananya.

Badai matahari yang cukup besar bahkan boleh mengakibatkan badai magnetik di bumi hingga menyebabkan kerosakan elektrik, signal telefon dan kekacauan Global Positioning System (GPS). Fenomena alam pelepasan plasma panas daripada matahari sebenarnya merupakan hal yang wajar terjadi. Tetapi aktiviti matahari tengah memasuki siklus setiap 11 tahun akan mencapai puncaknya pada 2013 nanti. 


Namun, penduduk bumi tidak perlu khuatir kerana badai kali ini tidak akan menimbulkan kekacauan alam. Malah akan menghasilkan fenomena alam indah, aurora. “Ada 20-40 persen peluang terjadinyna badai geomagnetik,” ujar Solar Dynamics Observatory NASA dalam akaun Twitternya. “Jika Anda tinggal di dataran tinggi, cuba perhatikan terjadinya aurora.”

“Namun apa yang merisaukan penduduk dunia adalah terganggunya kehidupan sosial masyarakat kerana pada masa kini mereka sudah sangat bergantung dengan teknologi canggih seperti GPS dan komunikasi satelit yang bakal bermasalah apabila badai matahari menghentam. Semua ini sangat rentan dengan badai matahari,” kata Lika Guhathakurta, ahli fizik dari NASA. Untuk mengatasinya, NASA mengaku sudah bekerjasama dengan beberapa perusahaan penyedia teknologi untuk menghadapi badai matahari. 

Oleh yang demikian, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sama ada kita nampak ataupun tidak. Hanya yang perlu kita usahakan kini, perbanyakkan ibadah padaNya. Mudah-mudahan Dia melindungi dan memelihara kita dari sebarang malapetaka. Hidup ini begitu singkat. Mungkin hari ini, saat ini atau detik selepas ini mahupun esok atau bila-bila nyawa kita akan ditarik, tiada peluang lagi untuk kita beramal. 

Bayangkan jika amal yang kita sangkakan sudah banyak, apabila ditimbang hanyalah ringan seperti debu-debu yang berterbangan. Allah..na'uzubillahi min zaalik. 

The aurora borealis, or Northern Lights, are seen near the city of Trondheim, Norway Tuesday Jan. 23, 2012. Stargazers were out in force in northern Europe on Tuesday, hoping to be awed by a spectacular showing of northern lights after the most powerful solar storm in six years. (AP Photo/Emil Bratt Borsting)

Siapa masih ingat lagi lagu Raihan, tajuknya 'Puji-pujian', jom dendangkannya ;) -saya ambil sebahagian sahaja-
Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nikmat dariNya
Ingatlah Allah syukur padaNya
Ucapkanlah Alhamdulillah


Alhamdulillah, pujian bagi Allah
Subhanallah, Maha Suci Allah
Allahuakbar, Allah Maha Besar
Segala puji hanya bagi Allah


Lihatlah alam terbentang luas
Langit cerah memayungi bumi
Hati terasa kebesaranNya
Ucapkanlah Allahu Akbar


Ketika hati sedih dan pilu
Kerana ujian melanda
Ingatlah ia sementara
Ucapkanlah Innalillah..

Lagi gambar aurora...

The aurora borealis, or Northern Lights, are seen near the city of Tromsoe, northern Norway, late Tuesday, Jan. 24, 2012. Stargazers were out in force in northern Europe on Tuesday, hoping to be awed by a spectacular showing of northern lights after the most powerful solar storm in six years. (AP Photo/Scanpix Norway, Rune Stoltz Bertinussen)

Baru kini ku faham maksud lagu Aurora. Tentang kejadian alam rupanya^^


Lirik Lagu Aurora - Estranged

Aurora oh Aurora
Penting kah kamu itu
Kenapa aku terbeku

Aurora oh Aurora
Terlalu disanjungi
Telah di tanya mengapa

Kutatap berseri berwarna hijau
Yang menawan sanubari

Walaupun jauh
Kamu dekat di hati
Pandang aku menanti mu
Aurora kamu memberi, kembali mencari

Aurora oh Aurora
Dari manakah kamu
Kekal kamu sungguh jauh

Aurora oh Aurora
Tidak ada bunyimu
Sanggup aku tetap menunggu

Terdiam kerana berwarna ungu
Kuputuskan biar bisu

Walaupun jauh..kamu dekat di hati
Pandang aku menanti mu
Aurora kamu memberi, kembali mencari

Malam ini aku sendiri
Menumpu langit sambil berkata
Gembira kamu di sana


Berjalan. Melihat. Mentafsir..

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (sambil berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka."
(Surah Ali-Imran: Ayat 190-191)



Yes! Dah Habis Peperiksaan^^

Adakah anda berperasaan begini sebaik sahaja keluar dari dewan peperiksaan?

Yahoooo...!

Ataupun begini....?

Uh-uh-uh-uh~~~

Mahupun begini???

Laalalalalaaa...

Jika YA, maka bersyukurlah padaNya kerana kita masih lagi dapat merasai nikmat BAHAGIA selepas 'berjuang di medan jihad' bersenjatakan pena bersuasanakan aircond. Sedangkan saudara kita nun jauh di luar sana, tiada kata bahagia mahupun gembira di hati mereka melainkan tangisan!~ 


Jika kita selepas tamat peperiksaan meraikan 'kemerdekaan' itu dengan berjalan-jalan di sekitar Pulau Pinang, menonton wayang, keluar hingga lewat malam sehingga -----> akhirnya Isyak terlepas, Subuh terlajak dan bangun sekitar jam 12 tengah hari - mungkin itulah yang kita takrifkan sebagai release tension dan menebus kembali perkara yang kita tak dapat lakukan sewaktu musim peperiksaan. Betulkah? Bak kata Nabil Raja Lawak, "Lu Pikirlah Sendiri..." 

Mereka di Palestin, betul-betul berjuang dengan yang sebenar-benarnya. Tidak ada istilah masa lapang dan istilah rehat bagi mereka seperti yang kita nikmati hari ini. Subhanallah. Bayangkan sekiranya kita berada di tempat mereka, adakah kita mampu menghadapinya?? Bersediakah kita untuk kehilangan orang yang kita sayang? Bersediakah kita dengan peluru-peluru yang berterbangan, bertebaran mencari mangsa dan bila-bila masa saja nyawa kita boleh melayang?? Allah. Tidak terdaya rasanya... 

Benarlah sabda Nabi, iaitu daripada Ibn Abbas ra katanya, Rasulullah SAW bersabda: "2 nikmat yang seringkali dirugikan oleh kebanyakan manusia ialah kesihatan dan masa lapang." 

Mari kita berfikir sejenak. Kenapa nikmat "SIHAT" dan "MASA LAPANG"? Mengapa ia bukan nikmat kekayaan atau nikmat kemudaan? Bukankah itu lebih rugi sekiranya tidak digunakan sebaiknya? Rakan-rakan, sahabat-sahabat dan teman-teman yang saya kasihi sekalian, jika kita lihat perkaitan antara keduanya; sihat-lapang & kaya-muda, nikmat sihat dan masa lapang lebih luas maknanya. Sihat dan lapang merangkumi kaya dan muda. 

Sepanjang usia kita, kita boleh mendapatkan kekayaan dan melakukan apa sahaja yang kita suka dalam waktu muda kita. Namun, persoalannya di sini, apakah kita gunakan kesenangan dan masa muda itu dalam konteks nikmat sihat dan masa lapang itu sebaik-baiknya?? 


Alangkah indahnya sekiranya masa kita terisi dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan faedah dan mendekatkan diri kita kepadaNya. Sebagai contoh, kita pergi berkelah ke pantai bersama kawan-kawan. Cuba kita hadirkan Allah bersama dalam fikiran kita. Nikmati kebesaran dan keindahan ciptaanNya dengan mengucapkan rasa syukur atas lautnya yang cantik, anginnya yang bertiup mendamaikan hati, tenang dan indahnya mentari melapangkan fikiran kita..ucapkanlah "Subhanallah, cantiknya pantai!~..Masya Allah, bahagianya hari ini..Alhamdulillah, aku masih dapat merasai nikmat oksigen yang Allah pinjamkan.." dan,,


In syaa Allah. Ketenangan kan hadir dalam diri.. Malah, hati jua kan terhibur., Berkata tentang hiburan, saya yakin, semua orang suka berhibur. Dan pernah juga saya dengar perkataan ini >>> 'Membawa diri mengHIBURkan hati yang duka dan lara'. HIBUR VS HIBA. Hm. Rasulullah juga berhibur. Namun, hiburan yang bagaimanakah harus kita pilih? Kitalah yang menentukannya sama ada ia boleh mendatangkan kebaikan kepada kita atau tidak. Pilihan terletak di tangan kita. Dan gunakanlah nikmat sihat dan masa lapang itu dengan perkara yang boleh membawa kita dekat kepadaNya. 


Budaya hiburan hari ini, semakin melalaikan kita dari mengingati Allah. Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Maharaja Lawak, filem-filem dan drama-drama yang menayangkan perkara yang boleh merosakkan mata, hati dan fikiran apabila melihatnya dan juga akhbar-akhbar serta majalah dan komik yang memaparkan banyak perkara yang sia-sia berbanding perkara yang boleh menajamkan fikiran, meluaskan pengetahuan dan pengkayaan ilmu dalam diri. Biarpun begitu, semuanya berbalik kepada DIRI kita semula. Banyak lagi buku-buku dan majalah yang menyajikan ilmu yang boleh kita tingkatkan keupayaan dan pembaikan diri kita dalam menjadi insan yang memberi manfaat kepada orang lain. 

Dalam kita di sini sedap tidur, mereka di sana (Palestin) sentiasa berjaga. Dalam kita enak menonton wayang cerita perang, mereka pula sentiasa disajikan tayangan perang percuma di hadapan mata. Dalam kita mempunyai lebihan makanan dan tidak dapat menghabiskannya kerana kenyang, mereka pula kekurangan makanan malah tidak punya makanan! Dalam kita mempunyai ruang belajar yang selesa dan peluang untuk belajar yang cerah, mereka pula terpaksa belajar di tengah-tengah peperangan! Masya Allah...


Mereka..benar-benar hebat. Teringatku pada firman Allah yang bermaksud:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya..." (al-Baqarah: 286)

Apakah kita masih lagi tidak mengambil iktibar dan menggunakan masa yang kita ada ini untuk menyiapkan diri sebelum datang ketentuan dariNya??

Sesungguhnya, mereka begitu kuat dalam menghadapi ujian ini. Subhanallah. Ia membuatkan aku terfikir, apakah yang menyebabkan mereka setia berjuang dan tidak takut dengan musuh sehingga sanggup berhadapan dengan kereta kebal walaupun kekuatan batu yang dibaling apalah sangat jika dibandingkan dengan kekuatan kereta kebal di hadapan mata?? Bagaimana mereka boleh begitu berani sedangkan mereka tahu kematian amat dekat dengan mereka??? Hal ini kerana.... 


Ya. SYAHIDlah jawapannya. Itulah yang menyebabkan mereka dapat bertahan sehingga kini. Kerana mati syahid menjadi cita-cita mereka! Matlamat yang jelas dengan meletakkan Allah sebagai tujuannya! Rasulullah sebagai pedoman hidupnya! Jihad sebagai jalan juang mereka dan SYAHID merupakan cita-cita tertinggi mereka! Subhanallah....

Jadi, apakah kita harus dan terus LEKA dengan HIBURAN yang kita inginkan sedangkan anasir-anasir luar tersenyum lebar melihat kita semakin leka dan ketagih dengan suntikan halus yang mereka sebarkan kepada kita? Ayuh teman-teman yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita pandang ke hadapan, generasi yang bagaimanakah yang kita ingin lahirkan. Generasi hari ini menentukan generasi hari esok. Berfikirlah dan buatlah keputusan yang sebaiknya. Marilah kita mencedok ilmu sebanyak-banyaknya agar kita tidak mudah ditipu dan dilalaikan dengan perkara yang sia-sia. Bersama manfaatkan cuti semester sewajarnya ;) 




.:DARIPADA MAHASISWA KEPADA MAHASISWA:. 










Aku Cinta Dia

Assalamualaikum.

Bismillah. Semoga sentiasa berada dalam rahmatNya^^

Ahad-15/1/2012. Tiba-tiba terasa nak tengok balik gambar-gambar yang ada dalam facebook. Kemudian, terjumpa gambar yang sahabat saya tagged pada saya suatu masa dulu. Subhanallah. Bila ingat-ingat balik, rasa kelakar pun ada :)


Inilah gambarnya. Jom kita ikuti perbualan kami ;)


Jemput baca sambungannya (^_^)


Ingat dah habis dah lepas tu, rupanya sambung lagi. :D


Hehe. Begitulah sedikit sebanyak mengenai 'mini pantun facebook' yang terjadi. Comel je ^_^. Rakan-rakan yang berpantun di atas merupakan sahabat baik saya semasa di matrikulasi dulu. Alhamdulillah, sampai sekarang kami masih lagi berhubung. Ukhwah fillah ilal jannah, in syaa Allah. Aamiin.

Bercakap mengenai tajuk utama perbincangan di atas, saya sedar, ramai antara kita yang sedang melalui dan mengalaminya. Itu normal. Fitrah manusia yang ingin dikasihi, disayangi dan dicintai. Kalau ada yang tidak berperasaan begitu, anda mungkin ada masalah. Sila cek semula diri :) 

Namun apa yang saya ingin tekankan, kepada siapakah yang kita wajar salurkan perasaan sayang, cinta dan kasih itu. Yang sebenar-benarnya. Sudahkah kita mencintaiNya lebih dari diri sendiri? Apakah kita mencintai nabiNya sebagaimana baginda mencintai kita sehingga saat baginda ingin menghembuskan nafasnya yang terakhir baginda masih boleh lagi mengingati umatnya?

Dari Siti Fatimah r.a binti Rasullulah s.a.w:-

Ketika malaikat maut sedang mencabut nyawa Rasullulah dan sampai di paras perut Rasullulah bersabda: "Ya Jibrail betapa sakitnya maut ini......" Lalu Jibrail memalingkan mukanya dari melihat muka Rasullulah. Maka Rasullulah bertanya, "Wahai sahabatku Jibrail, adakah kau jijik melihat aku..?" Lalu Jibrail menjawab... "Ya Rasulullah siapa yang sanggup melihat insan semulia engkau sedang bertarung dengan maut.." Lalu Rasulullah berdoa dengan doa yang paling besar rahmatnya kepada umatnya......... "Ya Allah, jika beginilah sakitnya maut.........maka aku bermohon kepada Kau.......Kau timpakan lah kesemua kesakitan maut ini kepada aku......agar umatku tidak merasakan kesakitan maut...."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii" – "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. 

Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita? Apakah yang telah kita lakukan untuk agamaNya sepertimana Rasulullah berjuang dengan sepenuh jiwa raganya demi Islam dan umat akan datang yakni kita??
Sewaktu saya di sekolah menengah dahulu, saya telah diajar nasyid ini. Ringkas sahaja. Tajuknya, 'Cinta 5 Perkara':

Cinta, kepada Allah...
Cinta Rasul..
Cinta ibu bapa...
Cinta kepada ummah
Cinta kepada kecemerlangan
Marilah kita semua Cinta 5 Perkara...

Begitulah liriknya. Jika anda lihat pada liriknya, adakah diselitkan 'Cinta kepada bukan mahram'? Tidak ada kan? Jadi di manakah keutamaan cinta kita yang sepatutnya kita dahulukan? Tak perlu tepuk dada, fikirlah sebaiknya. Sebagai anak, adakah kita benar-benar mencintai ibu bapa kita? Cuba kita cek balik diri, adakah masa telefon kita dengan kekasih melebihi masa panjangnya kita menghubungi ibu bapa kita? Jika benar, anda  sendiri boleh menilai tahap cinta anda terhadap ibu bapa anda berada di tahap berapa.

Pernah saya terjumpa ayat ini di facebook:-

KALAU BERCINTE , JANGAN BERKEPIT macam belangkas , hantar surat berbelas-belas , SMS berbalas-balas , masa dating sebelah tandas , berpeluk-peluk dalam bas , asyik menjeling dalam kelas , minum air perghh . . kongsi segelas ♥
Bila ada konflik , haa mula la nak frust , nak tunai solat pun malas , tak dapat tumpu study dalam kelas , waktu result nak keluar tahu pulak cemas , takut . . exam tak pa...s...s , tup tup awek sendiri kena kebas , kesian . . melepas ♥ So , jadilah couple yang ada class (lepas nikah) , berdating ikut lunas , bergaul ada batas , jaga maruah dengan tegas , syariah dijaga dengan jelas , tutur kata sentiasa beralas , kalaulah cinta yang dihulur ikhlas , janganlah bimbang , cintamu pasti berbalas ♥ Subhanallah..ayatnya memang KELASSS. kata-kata yang begitu pedas, peluru ditembak berdas-das. Biar keras, asal ia berbekas :)

Bagi saya, situasi ini memang benar-benar berlaku. Dari apa yang saya perhatikan, lebih banyak keburukan berbanding kebaikan bercinta sebelum berkahwin. Lagipun, bukankah kita masih di universiti, mak ayah hantar untuk belajar...bukan bercinta...kan..? 

Tidakkah anda rasa bersalah dengan pasangan yang akan menjadi suami/isteri anda nanti? Perkataan 'sayang', 'rindu' yang kita tuturkan buat dirinya sudah tidak istimewa lagi..kerana orang lain sudah terlebih dahulu menerimanya daripada dia. 


Cinta itu tidak salah, namun pastikan kita menjaga syariatNya. Kepada lelaki, berjumpalah dengan ibu bapa wanita idaman anda. Man, you are a gentleman if you do thatIt means you are serious with her. Kepada kaum hawa, bertegaslah dengan lelaki. Jangan mudah memberi kepercayaan kepada kaum adam. Sama-samalah kita menjaga maruah diri. Bercintalah selepas berkahwin. Anda bebas melakukan apa saja. Allah larang kita menjauhi zina, maka jauhilah perbuatan-perbuatan yang boleh menuju ke arah itu. Sebagai contoh, keluar berdua-duaan. 


Yakinlah dengan janji Allah. Usaha dengan doa, masanya akan tiba..dengan restu Ilahi, kelak pasti akan ditemui~ in syaa Allah..

Kerana Roti, Aku..

Assalamualaikum. 

Bismillah. Moga sentiasa dalam bahagia hendaknya^^

Kerana Roti, Aku.. Kenapa tajuk ini yang saya pilih? Ahaa. Sebab ia begitu bermakna buat diriku :) Mengajarku erti syukur. Subhanallah. Maha Suci Allah.

Pagi semalam (Khamis-12 Januari 2012), Kak Yasha telah datang ke bilikku untuk memulangkan nota Pengajian Islam yang dipinjamnya. Keadaan Kak Yasha yang kelihatan kurang sihat menyebabkan saya bertanya kesihatannya. Oh, rupanya kak Yasha demam. 

"Kak Yasha dah makan?" tanyaku. "Belum," jawabnya. Saya mengerling jam laptop sekilas. Hm. Sudah pukul 9.30 pagi. Tak sarapan lagi..? Demam pula tu.  

Lantas, saya menawarkan roti krim coklat yang terletak atas rak pada Kak Yasha. Pada mulanya, roti itu saya ingin simpan untuk sarapan pada hari ini (Jumaat), tapi disebabkan saya beriman dengan hadis nabi akan kelebihan melayan tetamu, saya tidak berfikir panjang lagi walaupun makanan yang tinggal hanyalah oat dan pek minuman coklat panas sahaja dalam simpananku. Dan hari ini saya telah bersarapan dengan oat dan coklat panas tersebut sebelum Kak Yasha sampai. Harapanku, moga Allah luaskan rezekiku. aamiin. Hasrat di hati ingin berikan yang lebih baik daripada itu padanya, namun apakan daya. Itu sahaja yang saya ada.

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah memuliakan tetamu dengan memberi layanan kepadanya. Sahabat bertanya, "Apakah layanan itu ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah." Muttafaqun 'Alaihi. 

Tengah hari itu, saya tidak makan tengah hari. Ingat nak makan petang nanti saja selepas habis exam. Lagipun memang sudah biasa sejak hari peperiksaan bermula saya tidak makan tengah hari. Tanpa kusangka, room mate ku yang baru sahaja balik dari kafe memberiku roti krim coklat yang dibelinya. "Nah, ambillah. Kami tak makan sangat roti ni." Kurasa pelik sekejap. Kemudian membalas padanya, "Habis tu kenapa beli kalau tak makan...?" Dia berlalu sambil senyum penuh makna. Terharu seketika di situ. Alhamdulillah...syukur ya Allah.. Inilah yang dikatakan 'rezeki yang tidak disangka-sangka.' Seperti dalam ayat Seribu Dinar. 

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

Tengok,, tak rugi kan? Allah bagi cash lagi ganjarannya ^_^ Saya ingin berkongsi dengan teman-teman sekalian tentang satu kisah yang boleh kita jadikan pengajaran. Ia tetap berkisar tentang ROTI. --- roti ni besar juga sumbangannya ya ;) -



Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sebuku roti?”

Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan.

Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga dia pun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri.

Setelah dia sedar, maka dia  bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.

Akhirnya dalam pengembaraannya itu dia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga ingin untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.

Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendeta yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti. Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membahagi-bahagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin.

Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga dia berkata kepada orang yang membahagikan roti itu: “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.”

Orang yang membagikan roti itu menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bahagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membahagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti.”

Mendengar ungkapan dari orang yang membahagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu  mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu pun meninggal dunia.

Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam.

Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.
Kepada anaknya Abu Musa berkata: “Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sebuku roti itu!”








NEED HELP?

NEED HELP?

Have You Had Your SHAKE Today?

Have You Had Your SHAKE Today?

SIHATKAN DIRI ANDA DENGAN HERBALIFE!

Name:
Email Address:
Handphone number:
Occupation:
Where do you live?
Have you register as a member of Herbalife?
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Want to order? Start Now Pack - Vanilla
Start Now Pack - Chocolate
Start Now Pack - Strawberry
Start Now Pack - Tropical Fruit
Start Now Pack - Cappuccino
Herbal Aloe Concentrate
N-R-G Tea
Calcium Plus
Shaker Cup
Extra information that can help me to guide you:

Click here to create your own form.

WE CHOOSE!

WE CHOOSE!

Love :

Love :
-Moga Allah Redha-