Assalamualaikum.
Bismillah. Semoga sentiasa berada dalam rahmatNya^^
Ahad-15/1/2012. Tiba-tiba terasa nak tengok balik gambar-gambar yang ada dalam facebook. Kemudian, terjumpa gambar yang sahabat saya tagged pada saya suatu masa dulu. Subhanallah. Bila ingat-ingat balik, rasa kelakar pun ada :)
Inilah gambarnya. Jom kita ikuti perbualan kami ;)
Jemput baca sambungannya (^_^)
Ingat dah habis dah lepas tu, rupanya sambung lagi. :D
Hehe. Begitulah sedikit sebanyak mengenai 'mini pantun facebook' yang terjadi. Comel je ^_^. Rakan-rakan yang berpantun di atas merupakan sahabat baik saya semasa di matrikulasi dulu. Alhamdulillah, sampai sekarang kami masih lagi berhubung. Ukhwah fillah ilal jannah, in syaa Allah. Aamiin.
Bercakap mengenai tajuk utama perbincangan di atas, saya sedar, ramai antara kita yang sedang melalui dan mengalaminya. Itu normal. Fitrah manusia yang ingin dikasihi, disayangi dan dicintai. Kalau ada yang tidak berperasaan begitu, anda mungkin ada masalah. Sila cek semula diri :)
Namun apa yang saya ingin tekankan, kepada siapakah yang kita wajar salurkan perasaan sayang, cinta dan kasih itu. Yang sebenar-benarnya. Sudahkah kita mencintaiNya lebih dari diri sendiri? Apakah kita mencintai nabiNya sebagaimana baginda mencintai kita sehingga saat baginda ingin menghembuskan nafasnya yang terakhir baginda masih boleh lagi mengingati umatnya?
Dari Siti Fatimah r.a binti Rasullulah s.a.w:-
Ketika malaikat maut sedang mencabut nyawa Rasullulah dan sampai di paras perut Rasullulah bersabda: "Ya Jibrail betapa sakitnya maut ini......" Lalu Jibrail memalingkan mukanya dari melihat muka Rasullulah. Maka Rasullulah bertanya, "Wahai sahabatku Jibrail, adakah kau jijik melihat aku..?" Lalu Jibrail menjawab... "Ya Rasulullah siapa yang sanggup melihat insan semulia engkau sedang bertarung dengan maut.." Lalu Rasulullah berdoa dengan doa yang paling besar rahmatnya kepada umatnya......... "Ya Allah, jika beginilah sakitnya maut.........maka aku bermohon kepada Kau.......Kau timpakan lah kesemua kesakitan maut ini kepada aku......agar umatku tidak merasakan kesakitan maut...."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii" – "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita? Apakah yang telah kita lakukan untuk agamaNya sepertimana Rasulullah berjuang dengan sepenuh jiwa raganya demi Islam dan umat akan datang yakni kita??
Sewaktu saya di sekolah menengah dahulu, saya telah diajar nasyid ini. Ringkas sahaja. Tajuknya, 'Cinta 5 Perkara':
Cinta, kepada Allah...
Cinta Rasul..
Cinta ibu bapa...
Cinta kepada ummah
Cinta kepada kecemerlangan
Marilah kita semua Cinta 5 Perkara...
Begitulah liriknya. Jika anda lihat pada liriknya, adakah diselitkan 'Cinta kepada bukan mahram'? Tidak ada kan? Jadi di manakah keutamaan cinta kita yang sepatutnya kita dahulukan? Tak perlu tepuk dada, fikirlah sebaiknya. Sebagai anak, adakah kita benar-benar mencintai ibu bapa kita? Cuba kita cek balik diri, adakah masa telefon kita dengan kekasih melebihi masa panjangnya kita menghubungi ibu bapa kita? Jika benar, anda sendiri boleh menilai tahap cinta anda terhadap ibu bapa anda berada di tahap berapa.
Pernah saya terjumpa ayat ini di facebook:-
KALAU BERCINTE , JANGAN BERKEPIT macam belangkas , hantar surat berbelas-belas , SMS berbalas-balas , masa dating sebelah tandas , berpeluk-peluk dalam bas , asyik menjeling dalam kelas , minum air perghh . . kongsi segelas ♥
Bila ada konflik , haa mula la nak frust , nak tunai solat pun malas , tak dapat tumpu study dalam kelas , waktu result nak keluar tahu pulak cemas , takut . . exam tak pa...s...s , tup tup awek sendiri kena kebas , kesian . . melepas ♥ So , jadilah couple yang ada class (lepas nikah) , berdating ikut lunas , bergaul ada batas , jaga maruah dengan tegas , syariah dijaga dengan jelas , tutur kata sentiasa beralas , kalaulah cinta yang dihulur ikhlas , janganlah bimbang , cintamu pasti berbalas ♥ Subhanallah..ayatnya memang KELASSS. kata-kata yang begitu pedas, peluru ditembak berdas-das. Biar keras, asal ia berbekas :)
Bagi saya, situasi ini memang benar-benar berlaku. Dari apa yang saya perhatikan, lebih banyak keburukan berbanding kebaikan bercinta sebelum berkahwin. Lagipun, bukankah kita masih di universiti, mak ayah hantar untuk belajar...bukan bercinta...kan..?
Tidakkah anda rasa bersalah dengan pasangan yang akan menjadi suami/isteri anda nanti? Perkataan 'sayang', 'rindu' yang kita tuturkan buat dirinya sudah tidak istimewa lagi..kerana orang lain sudah terlebih dahulu menerimanya daripada dia.
Cinta itu tidak salah, namun pastikan kita menjaga syariatNya. Kepada lelaki, berjumpalah dengan ibu bapa wanita idaman anda. Man, you are a gentleman if you do that. It means you are serious with her. Kepada kaum hawa, bertegaslah dengan lelaki. Jangan mudah memberi kepercayaan kepada kaum adam. Sama-samalah kita menjaga maruah diri. Bercintalah selepas berkahwin. Anda bebas melakukan apa saja. Allah larang kita menjauhi zina, maka jauhilah perbuatan-perbuatan yang boleh menuju ke arah itu. Sebagai contoh, keluar berdua-duaan.
Yakinlah dengan janji Allah. Usaha dengan doa, masanya akan tiba..dengan restu Ilahi, kelak pasti akan ditemui~ in syaa Allah..
Salam ziarah daripada sahabat yang jauh. Nice sharing.. Dah tukar genre Blog ke Blog Cinta ek? Takpe-takpe.. it's normal..
ReplyDeleteTerima kasih.. takdelah, saje ubah angin jap.. :)
ReplyDeleteAha coomeynye pantun dpa......... awat xdak pantun 3 kerat ka, 5 kerat ka, asyik2 dua kerat ja~ adoih... =.=#
ReplyDelete