Pages

Tudung Biasa vs Tudung Labuh

Assalamualaikum... 

Bismillah. 

Moga sentiasa dalam rahmat cinta dan kasihNya^^ 

Pada hari Khamis, 28 Mac 2013 yang lalu, saya ada post di Facebook mengenai tudung : 


Insya Allah, saya akan cerita serba sedikit bagaimana caranya untuk mengambil keputusan yang sangat menyukarkan pemilik hati-hati yang ingin berubah ini. Ini hanyalah perkongsian melalui pengalaman..sekiranya bermanfaat untuk dijadikan panduan, amatlah dialu2kan.. 

Pertamanya, bila kita ingin berubah ke arah yang lebih baik, kita perlu pastikan adakah perubahan yang ingin kita ambil itu, apakah yang menjadi matlamat utamanya? Adakah kita hendak bertudung labuh disebabkan ingin kelihatan ayu di mata lelaki? Atau adakah kita ingin bertudung labuh kerana terikut-ikut dengan trend masa ini? Ataupun, adakah kita ingin bertudung labuh kerana ingin nampak solehah? Tak perlu tepuk dada, namun tanyalah iman di hati. 

Maka dalam usaha ingin berubah, niat merupakan perkara yang paling penting dalam mencapai sesuatu matlamat. Pasti dan pasti, semestinya niat itu "Aku ingin berubah kerana Allah", "Aku ingin berubah untuk mencari redha Allah". Insya Allah dengan itu, kita jadi lebih yakin dan kuat dalam pilihan yang ingin kita ambil. 

Saya yakin, dalam kalangan pemilik hati yang ingin bertudung labuh ini, pasti ada rasa malu, segan, rasa tidak layak, berfikir mengenai apa yang orang akan kata tentang kita terutamanya dari sudut keluarga, saudara mara, kawan2 dan sebagainya. Jangan risau, kerana saya juga mempunyai pengalaman seperti anda.

Cerita saya

Buat pengetahuan, sebelum saya masuk matrikulasi pada Tahun 2009, saya merupakan pelajar sekolah agama. Ya, nama sahaja pelajar sekolah agama, di sekolah memang saya diajar untuk memakai tudung labuh, namun di luar sekolah, di hadapan keluarga dan saudara mara, saya tetap memakai tudung pendek; tudung tiga segi, bidang 45. Sebab adik beradik saya tiada seorang pun yang bertudung labuh. Jadi kira ikut family juga la ni. 

Namun, dalam waktu beberapa minggu nak daftar ke matrikulasi, Allah ketuk hati saya untuk bertudung labuh. Dalam fikiran saya masa tu, kenapa aku tak teruskan pakai tudung labuh ni di luar sekolah juga? Terasa amatlah rugi pelajaran yang aku dapat di sekolah agama kalau tak dipraktikkan. Sesungguhnya, hati saya pada waktu itu berbolak-balik. Nak pakai tudung biasa ke...nak pakai tudung labuh? Nak pakai tudung biasa ke...nak pakai tudung labuh? Kalau aku pakai..jadi macam ni...kalau aku tak pakai..jadi sekian-sekian... 

Berulang-ulang kali pertanyaan ini berlegar-legar dalam fikiran saya. Maka saya telah melakukan istikharah kemudiannya. Saya mohon pada Allah untuk beri saya kekuatan. Subhanallah, this is truely my very hard decision in my life. Saya pernah menyuarakan pada mak saya tentang keinginan saya untuk bertudung labuh. Mak saya cakap, "Ala..tak payahlah...nanti kamu tetap pakai tudung biasa juga.." Masa mak saya cakap macam tu, saya agak sedikit emosi sebab mak saya seolah-olah memperkecilkan keinginan saya ingin berubah (this is one of the ujian yg saya hadapi). Selepas mak saya cakap macam tu, saya nangis kat bilik sorang-sorang. Saya luahkan segala perasaan saya pada Allah. Rasa sedih, kecewa dan sebagainya semua saya luahkan. Then, saya doa pada Allah sepenuh hati saya.. 


Cari Kekuatan

Proses ini begitu mengambil masa yang sangat lama sehinggalah tinggal dua hari lagi saya nak daftar masuk matrikulasi. Sepanjang masa dari saat saya berniat ingin bertudung labuh sehinggalah nak masuk matrik tu, solat istikharah dan tahajjud menjadi kekuatan buat saya. Sebab seriously saya amat-amat perlukan ketenangan dan kekuatan dari Allah untuk buat keputusan yang mungkin bagi mereka yang family backgroundnya semua jenis bertudung labuh, ini keputusan yang senang. Perubahan ini saya lakukan sedikit demi sedikit. Biarpun ketika itu saya masih bertudung pendek, namun dalam masa yang sama saya cuba biasakan diri saya memakai stoking kaki dan sarung lengan ketika hendak keluar rumah. Sebab saya selalu berfikir dan peringatkan diri saya, apa guna bertudung labuh tapi aurat kaki dan lengan masih tidak terjaga? Dan saya juga percaya, dari perubahan yang kecil2, insya Allah perubahan yang besar boleh dilakukan dengan mudah selepas itu. 

Saya Bertekad

Sehari sebelum bertolak ke Pulau Pinang untuk mendaftar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP), saya sudah bertekad untuk bertudung labuh. Kemudian saya kuatkan hati saya untuk menyuarakan hasrat saya kepada mak ayah saya yang saya nak beli tudung labuh. Memang ada kata-kata yang tak menyedapkan telinga, namun saya pekakkan sahaja. Maka pada ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang, ayah saya berhenti di Greentown Mall Ipoh. Berbekalkan duit sendiri (masa lepas SPM, dapat PLKN, so elaun PLKN tu saya simpan utk keperluan sendiri), saya beli 5-6 helai tudung labuh berdasarkan jumlah baju kurung yang saya bawa untuk mulakan pembelajaran di matrikulasi ketika itu. 



Tudung-tudung yang saya beli tu, ada yang bidang 50, 55 dan 60. After beli tudung2 tu, saya rasa puas dan gembira. Rasa tenang pun ada juga sebab saya rasa pada waktu itu saya rasa saya telah berjaya mengatasi/melawan bisikan syaitan yang ingin saya terus kekal dengan diri saya yang dulu. Tujuan saya beli tudung banyak2 terus adalah untuk memastikan saya terus istiqamah pakai tudung labuh bila saya sudah berada di matrik. Saya juga rasa tak sedap hati bila nanti saya kejap pakai tudung labuh, kejap pakai tudung biasa, takut ia seolah2 jadi fitnah pula pada Islam. Itulah pemikiran saya pada waktu itu. 

Dan alhamdulillah, selepas saya buat perubahan itu, proses perubahan untuk menjadi insan dan muslimah solehah itu berterusan. Artikel-artikel mengenai pembaikan diri dan wanita solehah saya baca. Kawan2 yang bertudung labuh menjadi sasaran saya untuk mendekati mereka. Saya tertarik dengan akhlak mereka yang begitu indah dan menyejukkan hati. Dalam hati saya, saya juga ingin menjadi seperti mereka....rasa cemburu dengan mereka, sebab kecintaan mereka pada Allah itu sangat tinggi. Membandingkan diri dengan mereka, buat saya rasa seperti langit dan bumi. Maka dengan mendekati mereka, ia buatkan saya untuk terus mengingati dan memburu cinta Allah. 

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Saya bersyukur dengan perubahan yang saya ambil ini. Saya bersyukur kerana Allah lintaskan dalam hati saya untuk bertudung labuh. Ahamdulillah, kerana dengannya juga, saya dapat mengingatkan diri saya untuk terus menjaga akhlak dan diri. Moga Allah terus beri saya kekuatan untuk tetap istiqamah bertudung labuh. Aamiin. 

Maka pesan saya buat rakan2, teman2 yang ingin berubah, bersyukurlah anda kerana Allah telah memanggil anda untuk menjadi muslimah yang lebih baik. Yakin dan percayalah, setiap perkara baik yang terlintas itu, semuanya dari Allah. Perkara yang terlintas itu, biarpun datangnya sekejap cuma, yakinlah ada sesuatu yang Allah aturkan buat kita. Ayuh, sama2 meraih cinta dan redhaNya.. INGAT kata2 ini : Jika diberi sesuatu pilihan, pilihlah pilihan yang mendekatkan diri dengan Allah... Sesungguhnya mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis...



Lini ditujukan khas kepada wanita-wanita sekalian.. Oh Muslimah, by Nazrey Raihan.
Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkanNYA dengan mulia
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati


Oh muslimah
Busanamu menutup rapi
Auratmu kau lindungi dengan indahnya


Oh muslimah 
Kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati


Oh muslimah
Memandangmu menyejuk hati
Menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya


Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu 
Dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah 
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta


Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati


Sekian, salam sayang dan salam perubahan buat wanita2 yang dikasihi Allah..moga Allah redha. 

By PRECLLSUK payday loans uk




::Moga bermanfaat buat ummah..sesungguhnya diri hanyalah insan yang penuh dengan dosa dan noda...namun ingin bersama2 mengajak semua ke syurgaNya...::





      



Cinta Kita Berdasarkan Apa?


Bismillah.

Assalamualaikum…

Apa khabar iman kita pada hari ini? Semoga terus mekar dalam meraih cinta Allah dan redhaNya^^

Teman2 yang dikasihi sekalian, marilah kita sama2 panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayangNya, kita masih lagi dapat merasai nikmat hidup, nikmat sihat dan yang paling penting sekali, nikmat iman dan Islam. Kerana dengan semua nikmat ini, kita masih lagi berkesempatan mengumpul bekal untuk perjalanan di akhirat sana. Alhamdulillah.

Hari ini saya nak kongsi sedikit tentang program malam tadi. Tahniah diucapkan kepada Hal Ehwal Siswi (HELWI) PMIUSM kerana telah mengundang Penulis terkenal, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dan juga Ustazah Ummu Maudah dalam menjayakan Program Antara Cinta dan Air Mata semalam. Alhamdulillah, sesungguhnya hati ini rasa sangat teruja kerana begitu ramai sekali hadirin yang hadir ke program ini. Sampai melimpah ke luar dewan juga la Dewan Kuliah 4 tu ^^ 

Terdapat banyak input menarik yang dikongsikan kepada hadirin yang hadir.  Antaranya :-

1) Bagaimana nak satukan dua hati?
= 2 hati mencintai Yang Satu akan BERSATU

2) Makin tinggi iman seseorang pada Allah, makin kuat cintanya untuk orang lain.

3) Siapa yang lebih kuat cintanya kepada Allah, maka dialah yang paling cinta kepada pasangannya.

4) Jangan mencari kebahagiaan dalam rumahtangga, tetapi bawalah kebahagiaan dalam rumah tangga.

5) Sebelum membentuk keluarga yang baik, kita perlu jadi orang yang baik dulu.

6) Kita jadi baik, kita akan dapat tarik kebaikan.

7) Tiada kebahagiaan dalam menderhakai (buat maksiat) Allah. Semakin banyak kemanisan yang diambil sebelum perkahwinan, semakin tawar dan hambar perkahwinan itu nanti.

8) Psikologi perkahwinan 
Selepas 5 tahun perkahwinan, baru kita tahu ‘true colour’ pasangan kita.

9) Apabila kita serahkan segala2 pada Allah, kita jaga hak Allah, maka Allah juga akan jaga hak kita.

10) Cinta kerana Allah 
Niat berkahwin untuk mendapat keredhaan Allah dan jadikan ia sebagai pemangkin untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.

11) Mencari jodoh umpama mencari rezeki. Kita usaha untuk mencari rezeki, namun kadang2 apa yang kita jumpa itu lebih baik dari apa yang kita cari. Rezeki, semuanya Allah telah tentukan. Begitu juga dengan jodoh. Kita berusaha mencari jodoh yang baik, dan disamping itu kita juga bertawakkal pada Allah. Maka Allah akan beri jodoh itu mengikut ketentuan dan ketetapanNya.

12) Kita buat baik bukan kerana kita baik, tetapi kerana itulah usaha kita untuk jadi baik.

13) Jodoh juga mengikut tanggungjawab yang kita laksanakan. Semakin banyak tanggungjawab yang kita laksanakan untuk Islam, maka Allah akan beri jodoh yang dapat bersama kita untuk laksanakan Islam.

14) Cinta hanya alat, cinta bukan matlamat.


“Bercinta Sampai Ke Syurga”

Konsep SMART

·         S = Setia, Sayang
·         M = Manja
·         A = Adil
·         R = Renew (perbaharui)
·         T = Terus terang

15) Perkahwinan juga adalah salah satu ujian

16) Allah menguji dengan apa yang kita paling sayang; seperti Allah uji Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail.

17) Apabila kita memohon cinta Allah, cinta yang lain akan menyusul.

18) Dalam rumahtangga, ada hak dan tanggungjawab. Apabila suami menjalankan tanggungjawabnya, haknya akan dipenuhi. Apabila isteri menjalankan tanggungjawabnya, maka haknya akan dipenuhi. Maka apabila suami dan isteri masing2 menjalankan tanggungjawab masing2, maka kedua2 hak mereka dipenuhi dan menjadikan keluarga lebih harmoni. Namun apa yang terjadi sekarang, banyak suami/isteri yang menuntut haknya dalam rumahtangga, namun dari segi tanggungjawab, banyak juga masih yang tidak dipenuhi. --Muhasabah buat para suami dan isteri, serta peringatan buat yang bakal jadi suami/isteri.

19) Hukum kasih sayang 
Kalau nak dapat apa yang kita mahu, kita patut beri dahulu. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

20) Dipercayai lebih utama daripada dicintai. Sebagai contoh, apabila isteri hilang rasa kepercayaan pada suami, bermakna telah kurang 1 kebahagiaan dalam rumahtangga.

Gambar ni dilukis secara spontan sewaktu forum berlangsung. Kali pertama lukis spontan. Biasanya lukis by tiru gambar orang lain je :D

Antara Cita-cita dan Cinta

Pesan Ustaz Pahrol, ilmu akademik sangat penting untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah. Utamakan cita-cita daripada cinta. Bila tepat pada masa dan waktunya, cinta akan hadir jua. Percayalah, apabila kita hendak menegakkan agama Allah, maka Allah akan mempermudahkan jalan untuk menegakkan agama itu. 

Sekiranya ibu bapa tidak membenarkan berkahwin ketika belajar, tidak mengapa. Usaha dan tawakkal padaNya. “Carilah redha Allah melalui redha ibu bapa.”


Wallahu'alam.

*****


I'm really inspired with him. Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan orang yang hebat ini untuk mendengar kata-kata hikmah darinya. Buku Mukmin Profesional ini dibeli ketika di akhir-akhir forum. Tujuan beli, sebab dalam masa yang sama juga, saya benar-benar memerlukan kekuatan. Kekuatan dalam mengharungi kehidupan. Insya Allah, mudah-mudahan ia memberi manfaat yang besar buat diri ini. Aamiin. 

Sewaktu berada di tempat letak kereta depan Dewan Kuliah Sains Kemasyarakatan, ketika itu ramai yang sudah pulang. Saya yang bersama-sama Kak Afifah dan senior2 yang lain ketika itu nampak peluang untuk mendekati beliau di sisi keretanya. Almaklumlah sewaktu dalam dewan tersebut ramai hadirin yang ingin bergambar dengan beliau. Saya kemudian mendekati beliau dan berkata, "Ustaz, nak minta tandatangan boleh?" Ustaz menjawab sambil tersenyum, "Boleh2". Saya terus mengeluarkan buku yang baru dibeli dan mengoyakkan pembalutnya ketika itu juga. 

Kata-kata yang biasa didengar, namun amat bermakna bila ia daripada orang yang hebat. :)
Sewaktu ustaz menulis ini, ustaz berkata, "Jadi wanita yang solehah ya.." Lantas saya menjawab, "Aamiin..insya Allah ustaz," jawabku tersipu. Ustaz menyambung, "Insya Allah.." ^_^ Rasa berbunga di hati sebab diri didoa oleh orang yang alim. Alhamdulillah. Selepas saya meminta tandatangan beliau, kelihatan ramai mahasiswi yang berdekatan juga turut mengambil kesempatan untuk mengambil tandatangan beliau. 

Selepas mereka selesai, saya sekali lagi memberanikan diri bercakap dengan ustaz, "Ustaz, boleh kami ambil gambar dengan ustaz?" tanyaku sambil tanganku menunjuk ke arah sekumpulan sahabat2ku di situ. Sekali lagi ustaz menjawab, "Sila-sila". Saya yang berada hampir dengan ustaz, terdengar ustaz memanggil perlahan zaujahnya yang berada dalam kereta, "Ayang, jom ambil gambar.." Subhanallah, romantik betul ustaz. Huhu. Mungkin inilah cinta kerana Allah, sehingga ke tua pun masih memanggil dengan panggilan 'sayang'. ^_^

Sempat bergambar bersama Ustaz Pahrol dan zaujahnya di  kawasan letak kereta DK SK.  Turut berada dalam gambar,  Timbalan Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Islam, saudara Hafiz Tahir dan juga Mantan Pengerusi HELWI PMIUSM 2010/2011, saudari Afifah Yusof (dua dari kanan). 

Memetik kata-kata Hilal Asyraf, 

Hendak menerjunkan diri dalam rasa cinta itu sendiri perlukan persiapan. Agar cinta kita tidak terlorong ke neraka, tetapi membawa ke syurga.

Apatah lagi rumahtangga. Pendidikan anak-anak, pengurusan ekonomi, kematangan dalam berfikir, dan pelbagai lagi. Itu semuanya perlukan persediaan.

Memandang serius, cinta dan rumahtangga ini janganlah dilihat dari sudut perasaan semata-mata. Ia adalah isu masa hadapan ummah.

Dari individu, lahirnya keluarga, kemudian keluarga-keluarga melahirkan masyarakat, masyarakat-masyarakat melahirkan ummat

Rosak kita di permulaan, maka adalah besar kemungkinan rosak yang terkemudian.
Justeru, keluarlah dari kerangka perasaan. Usah murahkan diri dengan ungkapan i love you, you love me. Usah rasa ketagih berSMS bersama yang belum halal buat diri. Usah ditiru segala jiwang romantik yang ditunjukkan para selebriti, novel, filem atau drama di TV.

Lihatlah cinta itu untuk membawa ke syurga, menjauh dari neraka. Apa kita fikir, hendak ke syurga itu, mudah dengan punya jiwa yang lembik, dan hidup yang tidak punya perancangan?

"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu, dan ahli keluarga kamu, dari siksa api neraka." Surah At-Tahrim ayat 6.

Fikirlah.
Ke mana kita nak bawa yang tersayang?
Jika ke syurga, binalah diri yang kental lagi matang.
Berperancangan dan bersedia.
Bukan lemas dalam perasaan semata-mata.




::Sekian. Moga bermanfaat buat ummah. Moga Allah redha::

9 Mac 2013
4.24pm.


NEED HELP?

NEED HELP?

Have You Had Your SHAKE Today?

Have You Had Your SHAKE Today?

SIHATKAN DIRI ANDA DENGAN HERBALIFE!

Name:
Email Address:
Handphone number:
Occupation:
Where do you live?
Have you register as a member of Herbalife?
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Want to order? Start Now Pack - Vanilla
Start Now Pack - Chocolate
Start Now Pack - Strawberry
Start Now Pack - Tropical Fruit
Start Now Pack - Cappuccino
Herbal Aloe Concentrate
N-R-G Tea
Calcium Plus
Shaker Cup
Extra information that can help me to guide you:

Click here to create your own form.

WE CHOOSE!

WE CHOOSE!

Love :

Love :
-Moga Allah Redha-