Pages

Konvensyen Penggerak Pembangunan Pelajar 2011

Sekitar 18-19 Julai 2011, USM di Minden menjadi pumpunan pihak pentadbiran, staf-staf sokongan, pegawai-pegawai, pensyarah-pensyarah, ilmuan-ilmuan dan mahasiswa. Sama-sama berhimpun untuk hadir dalam Konvensyen Penggerak Pembangunan Pelajar USM 2011 di Kompleks Cahaya Siswa, USM.

Pada hari pertama, peserta diminta untuk mendaftarkan diri di kaunter yang disediakan dan peserta diserahkan sebuah fail berisi buku nota dan beberapa helai berisi maklumat yang disisipkan bersama. Seterusnya peserta diminta untuk bergegas bergerak ke dalam Dewan Pembangunan Siswa Kompleks Cahaya Siswa ini untuk mengikuti sesi perasmian oleh Y. Bhg. Profesor Dato’ Omar Osman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar USM mewakili Y. Bhg. Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor USM. 

Kebebasan Pelajar Mengikut AUKU oleh Prof. Datuk Emeritius Dr. Shad Saleem Faruqi yang merupakan Penasihat Undang-Undang USM membuka sidang Konvensyen Pembangunan Pelajar. Beliau membentangkan kepada hadirin berkenaan signifikannya pindaan AUKU yang terbaru kepada kebebasan mahasiswa. Pemindaan beberapa seksyen di dalam AUKU dilihatkan memberikan lebih ruang dan dinamisme buat mahasiswa berpartisipasi dalam apa jua bentuk aktiviti samada yang dianjurkan oleh pihak universiti atau Pertubuhan bukan kerajaan. Beliau mengingatkan, undang-undang adalah satu perjalanan, bukannya satu takdir.

 Sesi dua, Bersama Pemimpin Pelajar, hadirin disajikan pula pembentangan oleh mahasiswa dengan sebanyak tiga slot yang berbeza. Muhammad Idzuan Jamaludin, YDP MPPUSM 2010/2011 membuka tirai sesi dua dengan subjeknya ‘Transformasi Diri Pelajar’. Kemudiannya diteruskan pula oleh Ahmad Wafi Sahedan, Mantan YDP MPPUSM 2009/2010 dengan subjek perbincangannya ‘Ketidakbergantungan Pelajar’. Sesi dua ditamatkan oleh Mohammad Shafiq Abdul Aziz, Mantan YDP MPPUSM 2008/2009 dengan subjek perbincangan ‘Kebebasan Bersuara’. 

Sesi dua ini merupakan satu sesi yang baik kerana memberikan ruang dan peluang untuk mahasiswa melontarkan dan menyatakan pandangan mereka sendiri dalam sesuatu subjek. Satu teguran yang baik oleh seorang ahli akademik ketika sesi soal jawab berkenaan mahasiswa terutama MPP USM yang “kurang Umphh” juga perlu mahasiswa hargai dan ambil perhatian serius agar transformasi ke arah yang lebih baik dapat dilakukan. Sebelah petangnya, hadirin dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk mendengar pembentangan di tiga lokasi yang berbeza. 

Salah satu pembentangan yang diikuti adalah di Dewan Pembangunan Siswa 1, bertemakan Pembangunan ‘Pengurusan Pelajar Ijazah Lanjutan-Cabaran Kepada Universiti’ oleh Prof Roshada Hashim, Dekan IPS. Hadirin dibentangkan dengan satu keadaan realiti hari ini yang berkaitan dengan pengajian ijazah lanjutan. Sesi soal jawab amat menarik kerana lebih terumpu kepada isu-isu penuntut dari luar negara. Sesi petang diteruskan dengan pembentangan bertema Pembangunan ‘Pengukuhan Institusi’ oleh Encik Nazru Ismail, Timbalan Pendaftar BHEPP dan Encik Khairul Anuar, Timbalan Penasihat Undang-Undang Kanan USM. Hadirin dimaklumkan bahawa mahasiswa berkemungkinan besar akan dilibatkan di dalam beberapa kerusi pimpinan tertinggi universiti seperti Lembaga Gabenor dan Senat. 

Sungguhpun begitu, pelantikan mahasiswa adalah tertakluk kepada lantikan oleh Naib Canselor terutamanya. Pembentangan ini penting bagi mendedahkan kepada hadirin berkenaan penghakupayaan mahasiswa dalam keterlibatan membuat polisi dan dasar universiti.

Pada keesokannya pula, hadirin dipecahkan juga kepada tiga kumpulan yang sama untuk mengikuti taklimat di tiga lokasi berlainan. Berada di Dewan Pembangunan Siswa 1, Encik Mohd. Shafie Ariffin, Penggawa Desasiswa Cahaya Gemilang membentangkan kertas kerja bertema Pembangunan SEDIA- ‘Keusahawanan Pelajar’. Peri mustahak bidang keusahawanan kepada mahasiswa dibicarakan dengan terperinci. Keusahawanan adalah penting bagi melahirkan individu yang tidak hanya bergantung harap kepada ‘makan gaji’ sahaja selepas bergelar graduan, namun mampu menjana kewangan mereka sendiri.

Seusai pembentangan yang pertama, pembentangan kedua pula menyusul bertemakan Pembangunan ‘Kepimpinan dan Latihan Pelajar’ oleh Encik Khairul Eruwan, Ketua Sektor Pembangunan Keusahawanan & Sahsiah Pelajar BHEPP USM. Pendedahan dalam pembentangan ini memberi fokus kepada membentuk mahasiswa yang berkredibiliti. 

Konvensyen selama dua hari ini ditamatkan dengan Sesi perbincangan dan dialog bersama Y. Bhg. Profesor Dato’ Omar Osman dengan subjek perbincangan ‘Transformasi Berasaskan Penghakupayaan, Kesukarelaan, dan Pengukuhan’. Konvensyen dua hari ini telah memberikan input yang berharga terutamanya berkenaan perkembangan mutakhir pihak pentadbiran dalam penghakupayaan mahasiswa jua usaha pembangunan mahasiswa.

No comments:

Post a Comment

NEED HELP?

NEED HELP?

Have You Had Your SHAKE Today?

Have You Had Your SHAKE Today?

SIHATKAN DIRI ANDA DENGAN HERBALIFE!

Name:
Email Address:
Handphone number:
Occupation:
Where do you live?
Have you register as a member of Herbalife?
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Want to order? Start Now Pack - Vanilla
Start Now Pack - Chocolate
Start Now Pack - Strawberry
Start Now Pack - Tropical Fruit
Start Now Pack - Cappuccino
Herbal Aloe Concentrate
N-R-G Tea
Calcium Plus
Shaker Cup
Extra information that can help me to guide you:

Click here to create your own form.

WE CHOOSE!

WE CHOOSE!

Love :

Love :
-Moga Allah Redha-