Pages

Mahasiswa Bersama Pemimpin Pelajar Sekolah

Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar (MADID) , 23 & 24 Julai 2011 : Proses pembikinan modal insan berkualiti adalah tanggungjawab setiap jiwa manusia. Cantuman mata rantai ini mesti sentiasa digerakkan agar ia diwarisi umat mendatang. Melihat kepada keutamaan ini, Persatuan Alumni Madrasah Idrisiah (PAMI) tahun 2003-2010 telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Seminar Pengukuhan Ihya Ramadhan [a.k.a Kursus Pengurusan Organisasi (KPO)] kepada seluruh pimpinan Program Ihya Ramadhan 1432 Hijrah bersamaan Tahun 2011 MADID. Program 2 hari 1 malam ini adalah satu program membina kreativiti dan inovasi pimpinan pelajar dalam mendepani amanah kepada para pelajar yang lain.

Alhamdulillah dengan izin Allah (Tuhan yang menciptakan langit dan bumi), program ini mendapat sokongan penuh Pentadbiran Madrasah Idrisiah melalui Jawatankuasa Tarbiyyah (Pendidikan) sekolah. Dengan kekuatan seramai 11 orang bekas pelajar (old school) Madrasah Idrisiah, program ini digerakkan dengan penglibatan 40 orang murid yang ditaklifkan sebagai ahli jawatankuasa penggerak Ihya Ramadhan 1432 Hijrah. Peserta adalah dalam kalangan pelajar tingkatan 2 dan 4; yang bakal mewarisi amanah dan tanggungjawab untuk kebaikan sekolah.

Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk melatih pimpinan pelajar (peserta) supaya bekerja secara profesional dalam membawa agenda dakwah (mengajak kepada kebaikan) kepada para pelajar yang lain. Oleh yang demikian, peserta didedahkan dengan skill kepimpinan dan pengurusan dalam kerja-kerja persatuan. Selain pengisian berbentuk teori, program ini cuba untuk mencipta kelainan dengan melakukan LDK ataupun tugasan secara praktikal iaitu setiap peserta diminta menyelesaikan masalah dan kekangan para pelajar dari segi sikap dan peribadi secara langsung. 

Setiap tindakan peserta dinilai dan dipandu oleh para fasilitator. Alhamdulillah, para peserta dapat menjalankan tugasan atau praktikal terbabit dengan baik dan cemerlang. Secara tidak langsung, tugasan ini berjaya membuahkan hasil bukan sahaja kepada peserta program malah kepada seluruh warga MADID yang seramai hampir 600 orang. Antaranya peserta diminta untuk mengadakan Majlis Ilmu (Kuliah Subuh) secara langsung kepada pelajar.

Pada akhir program, peserta kelihatan cukup bersemangat dan bersedia memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Dengan laungan lagu tema program bertajuk 1Hati, peserta berjanji dan  mengakui bahawa MADID adalah tanggungjawab mereka dan mereka bersedia untuk memandunya ke arah kebaikan. Semoga program seumpama ini bakal membina jati diri anak bangsa untuk mempertahan dan menyebarkan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia. Insya Allah.

p/s: amat bersyukur dapat berbakti kepada sekolah lama meski hanya sempat belajar di sekolah tersebut tidak sampai 3 bulan sebelum berpindah ke SMKA Slim River. ^_^

No comments:

Post a Comment

NEED HELP?

NEED HELP?

Have You Had Your SHAKE Today?

Have You Had Your SHAKE Today?

SIHATKAN DIRI ANDA DENGAN HERBALIFE!

Name:
Email Address:
Handphone number:
Occupation:
Where do you live?
Have you register as a member of Herbalife?
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Want to order? Start Now Pack - Vanilla
Start Now Pack - Chocolate
Start Now Pack - Strawberry
Start Now Pack - Tropical Fruit
Start Now Pack - Cappuccino
Herbal Aloe Concentrate
N-R-G Tea
Calcium Plus
Shaker Cup
Extra information that can help me to guide you:

Click here to create your own form.

WE CHOOSE!

WE CHOOSE!

Love :

Love :
-Moga Allah Redha-