Pages

Yes! Dah Habis Peperiksaan^^

Adakah anda berperasaan begini sebaik sahaja keluar dari dewan peperiksaan?

Yahoooo...!

Ataupun begini....?

Uh-uh-uh-uh~~~

Mahupun begini???

Laalalalalaaa...

Jika YA, maka bersyukurlah padaNya kerana kita masih lagi dapat merasai nikmat BAHAGIA selepas 'berjuang di medan jihad' bersenjatakan pena bersuasanakan aircond. Sedangkan saudara kita nun jauh di luar sana, tiada kata bahagia mahupun gembira di hati mereka melainkan tangisan!~ 


Jika kita selepas tamat peperiksaan meraikan 'kemerdekaan' itu dengan berjalan-jalan di sekitar Pulau Pinang, menonton wayang, keluar hingga lewat malam sehingga -----> akhirnya Isyak terlepas, Subuh terlajak dan bangun sekitar jam 12 tengah hari - mungkin itulah yang kita takrifkan sebagai release tension dan menebus kembali perkara yang kita tak dapat lakukan sewaktu musim peperiksaan. Betulkah? Bak kata Nabil Raja Lawak, "Lu Pikirlah Sendiri..." 

Mereka di Palestin, betul-betul berjuang dengan yang sebenar-benarnya. Tidak ada istilah masa lapang dan istilah rehat bagi mereka seperti yang kita nikmati hari ini. Subhanallah. Bayangkan sekiranya kita berada di tempat mereka, adakah kita mampu menghadapinya?? Bersediakah kita untuk kehilangan orang yang kita sayang? Bersediakah kita dengan peluru-peluru yang berterbangan, bertebaran mencari mangsa dan bila-bila masa saja nyawa kita boleh melayang?? Allah. Tidak terdaya rasanya... 

Benarlah sabda Nabi, iaitu daripada Ibn Abbas ra katanya, Rasulullah SAW bersabda: "2 nikmat yang seringkali dirugikan oleh kebanyakan manusia ialah kesihatan dan masa lapang." 

Mari kita berfikir sejenak. Kenapa nikmat "SIHAT" dan "MASA LAPANG"? Mengapa ia bukan nikmat kekayaan atau nikmat kemudaan? Bukankah itu lebih rugi sekiranya tidak digunakan sebaiknya? Rakan-rakan, sahabat-sahabat dan teman-teman yang saya kasihi sekalian, jika kita lihat perkaitan antara keduanya; sihat-lapang & kaya-muda, nikmat sihat dan masa lapang lebih luas maknanya. Sihat dan lapang merangkumi kaya dan muda. 

Sepanjang usia kita, kita boleh mendapatkan kekayaan dan melakukan apa sahaja yang kita suka dalam waktu muda kita. Namun, persoalannya di sini, apakah kita gunakan kesenangan dan masa muda itu dalam konteks nikmat sihat dan masa lapang itu sebaik-baiknya?? 


Alangkah indahnya sekiranya masa kita terisi dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan faedah dan mendekatkan diri kita kepadaNya. Sebagai contoh, kita pergi berkelah ke pantai bersama kawan-kawan. Cuba kita hadirkan Allah bersama dalam fikiran kita. Nikmati kebesaran dan keindahan ciptaanNya dengan mengucapkan rasa syukur atas lautnya yang cantik, anginnya yang bertiup mendamaikan hati, tenang dan indahnya mentari melapangkan fikiran kita..ucapkanlah "Subhanallah, cantiknya pantai!~..Masya Allah, bahagianya hari ini..Alhamdulillah, aku masih dapat merasai nikmat oksigen yang Allah pinjamkan.." dan,,


In syaa Allah. Ketenangan kan hadir dalam diri.. Malah, hati jua kan terhibur., Berkata tentang hiburan, saya yakin, semua orang suka berhibur. Dan pernah juga saya dengar perkataan ini >>> 'Membawa diri mengHIBURkan hati yang duka dan lara'. HIBUR VS HIBA. Hm. Rasulullah juga berhibur. Namun, hiburan yang bagaimanakah harus kita pilih? Kitalah yang menentukannya sama ada ia boleh mendatangkan kebaikan kepada kita atau tidak. Pilihan terletak di tangan kita. Dan gunakanlah nikmat sihat dan masa lapang itu dengan perkara yang boleh membawa kita dekat kepadaNya. 


Budaya hiburan hari ini, semakin melalaikan kita dari mengingati Allah. Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Maharaja Lawak, filem-filem dan drama-drama yang menayangkan perkara yang boleh merosakkan mata, hati dan fikiran apabila melihatnya dan juga akhbar-akhbar serta majalah dan komik yang memaparkan banyak perkara yang sia-sia berbanding perkara yang boleh menajamkan fikiran, meluaskan pengetahuan dan pengkayaan ilmu dalam diri. Biarpun begitu, semuanya berbalik kepada DIRI kita semula. Banyak lagi buku-buku dan majalah yang menyajikan ilmu yang boleh kita tingkatkan keupayaan dan pembaikan diri kita dalam menjadi insan yang memberi manfaat kepada orang lain. 

Dalam kita di sini sedap tidur, mereka di sana (Palestin) sentiasa berjaga. Dalam kita enak menonton wayang cerita perang, mereka pula sentiasa disajikan tayangan perang percuma di hadapan mata. Dalam kita mempunyai lebihan makanan dan tidak dapat menghabiskannya kerana kenyang, mereka pula kekurangan makanan malah tidak punya makanan! Dalam kita mempunyai ruang belajar yang selesa dan peluang untuk belajar yang cerah, mereka pula terpaksa belajar di tengah-tengah peperangan! Masya Allah...


Mereka..benar-benar hebat. Teringatku pada firman Allah yang bermaksud:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya..." (al-Baqarah: 286)

Apakah kita masih lagi tidak mengambil iktibar dan menggunakan masa yang kita ada ini untuk menyiapkan diri sebelum datang ketentuan dariNya??

Sesungguhnya, mereka begitu kuat dalam menghadapi ujian ini. Subhanallah. Ia membuatkan aku terfikir, apakah yang menyebabkan mereka setia berjuang dan tidak takut dengan musuh sehingga sanggup berhadapan dengan kereta kebal walaupun kekuatan batu yang dibaling apalah sangat jika dibandingkan dengan kekuatan kereta kebal di hadapan mata?? Bagaimana mereka boleh begitu berani sedangkan mereka tahu kematian amat dekat dengan mereka??? Hal ini kerana.... 


Ya. SYAHIDlah jawapannya. Itulah yang menyebabkan mereka dapat bertahan sehingga kini. Kerana mati syahid menjadi cita-cita mereka! Matlamat yang jelas dengan meletakkan Allah sebagai tujuannya! Rasulullah sebagai pedoman hidupnya! Jihad sebagai jalan juang mereka dan SYAHID merupakan cita-cita tertinggi mereka! Subhanallah....

Jadi, apakah kita harus dan terus LEKA dengan HIBURAN yang kita inginkan sedangkan anasir-anasir luar tersenyum lebar melihat kita semakin leka dan ketagih dengan suntikan halus yang mereka sebarkan kepada kita? Ayuh teman-teman yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita pandang ke hadapan, generasi yang bagaimanakah yang kita ingin lahirkan. Generasi hari ini menentukan generasi hari esok. Berfikirlah dan buatlah keputusan yang sebaiknya. Marilah kita mencedok ilmu sebanyak-banyaknya agar kita tidak mudah ditipu dan dilalaikan dengan perkara yang sia-sia. Bersama manfaatkan cuti semester sewajarnya ;) 




.:DARIPADA MAHASISWA KEPADA MAHASISWA:. 










No comments:

Post a Comment

NEED HELP?

NEED HELP?

Have You Had Your SHAKE Today?

Have You Had Your SHAKE Today?

SIHATKAN DIRI ANDA DENGAN HERBALIFE!

Name:
Email Address:
Handphone number:
Occupation:
Where do you live?
Have you register as a member of Herbalife?
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Want to order? Start Now Pack - Vanilla
Start Now Pack - Chocolate
Start Now Pack - Strawberry
Start Now Pack - Tropical Fruit
Start Now Pack - Cappuccino
Herbal Aloe Concentrate
N-R-G Tea
Calcium Plus
Shaker Cup
Extra information that can help me to guide you:

Click here to create your own form.

WE CHOOSE!

WE CHOOSE!

Love :

Love :
-Moga Allah Redha-