Bismillah.
Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasihNya^^
17 Februari 2011 (Khamis) -Hari Penamaan Calon
18 Februari 2011 (Jumaat)
19 Februari 2011 (Sabtu) - Rapat Umum 1
Tempat: Pentas DUP (Dewan Utama Pelajar)
Masa : 9 malam
20 Februari 2011 (Ahad) - Rapat Umum 2
21 Februari 2011 (Isnin) - Hari Mengundi
22 Februari 2011 (Selasa) - Keputusan Undian
Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasihNya^^
Berikut merupakan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sidang 2010/2011.
17 Februari 2011 (Khamis) -Hari Penamaan Calon
Di Kompleks Cahaya Siswa
Sesi Fotografi Calon
Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar...
Petang >> Dah bleh start kempen. Masa untuk pergi ke dewan kuliah, mencapap kat padang senget, padang kawad dan masuk kelas orang. Suatu pengalaman yang sukar tuk dilupakan..akan kuingatinya sampai bila-bila. Huhu. PROMOTE DIRI SENDIRI! (^_^)
Di Padang Kawad
Saya merupakan calon dari PRO-MAHASISWA
Bookmark
Berkempen di kelas... dewan kuliah... Allah..sangat penat.. Tapi alhamdulillah, sokongan yang tak putus dari semua yang terlibat membuatkanku segar kembali. Terima kasih kalian. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan usaha kalian yang bersusah payah membantu dan memberikan dorongan serta kata-kata semangat kepadaku... TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK....terharu~ :') isk2
Berkempen Di Sekitar Kampus
19 Februari 2011 (Sabtu) - Rapat Umum 1
Tempat: Pentas DUP (Dewan Utama Pelajar)
Masa : 9 malam
Di Hadapan Pentas Pengucapan Awam
Setelah mencabut undian, calon-calon pemilihan MPP bagi sidang 2010/2011 mengambil tempat masing-masing. Bagi calon Umum, di sebelah kanan pentas, manakala calon Pusat Pengajian pula di sebelah kiri pentas. Saya telah mendapat giliran nombor enam bagi memberi ucapan sebagai calon kerusi umum. Semasa mula-mula berucap, agak gementar juga sebab kali pertama berucap dalam keadaan orang provok kita. Biasanya kalau berucap, orang akan mendengar, namun dalam pilihanraya kampus ini ia memberikan satu keunikan yang tersendiri iaitu ia memberi satu cabaran kepada penyampai untuk lebih matang dalam menarik perhatian orang ramai untuk mendengar ucapan kita dalam suasana riuh rendah orang ramai menyokong calon pilihan masing-masing :)
Semasa Berucap
Para Penyokong Yang Setia
Konvoi Bermotor Di Sekitar Kampus
Hari ini merupakan hari terakhir berkempen. Memang berdebar juga la sebab untuk ucapan kali ini, kami diberi masa yang tertentu untuk berucap. Bagi calon-calon Pusat Pengajian, mereka diberi masa selama 5 minit. Manakala bagi calon-calon Umum pula, kami diberi masa selama 10 minit. Setelah undian dilakukan, saya mendapat giliran pertama untuk memberikan ucapan. Alhamdulillah...meski debaran terasa, namun dapat jua saya sampaikan ucapan dengan baik.
Tamat Sudah Rapat Umum..
21 Februari 2011 (Isnin) - Hari Mengundi
Pengiraan Undi Sedang Dijalankan
Kelihatan mahasiswa/i menunaikan tanggungjawab mereka di desasiswa masing-masing. Pengalaman berpilihanraya di kampus memberi ruang kepada mahasiswa/i untuk merasai pengalaman mengundi seperti di luar kampus. Terima kasih kepada seluruh warga kampus kerana menunaikan tanggungjawab anda sebagai mahasiswa/pengundi.
22 Februari 2011 (Selasa) - Keputusan Undian
Keputusan Bagi Calon Kerusi Umum
Calon-calon Yang Berjaya Memenangi Kerusi
Berita universiti : http://www.usm.my/index.php/en/about-usm/news-archive/66-news-highlight/7808-fatin-syamila-raih-undi-tertinggi-pemilihan-mpp.html
Lebih kurang dalam jam 1 pagi, keputusan undian diumumkan. Alhamdulillah, saya menang sebanyak 2742 undian; merupakan undian tertinggi antara semua calon yang bertanding. Insya Allah, saya tidak akan mensia-siakan kemenangan ini. Mahasiswa USM telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk memikul amanah ini. Meskipun baru dalam tahun pertama pengajian, insya Allah dengan pengalaman yang ada dalam bidang kepimpinan dan juga tunjuk ajar daripada semua pihak, saya akan laksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab. Subhanallah. Kemenangan ini juga merupakan satu ujian bagiku kerana ia adalah satu amanah yang sangat besar. Rabbi yassir wa la tu'assir. Aamiin.
No comments:
Post a Comment