Tarikh:25 FEBRUARI 2011 -JUMAAT
Tempat:Dewan Utama Pelajar (DUP C)
Masa:2.45 p.m
Hari ini merupakan hari pertama yang kulalui sebagai YB(konon)...saya telah dijemput untuk menjadi tetamu jemputan bagi Program Perasmian Karnival Wanita ini memandangkan saya juga adalah penghuni desa Restu. Ketika saya dan para tetamu lain tiba, saudara Kumanan (YDP MPDR) menyambut kami dengan penuh ramah dan menjemput kami untuk duduk dikerusi yang dikhaskan buat para tetamu.
Segan dan malu bercampur-baur dalam diri. Tak biasa dengan keadaan menjadi orang yang dipandang.. Dalam majlis ini, para tetamu masing-masing mendapat sebuah beg yang berisi barangan mandian, losyen dan sebagainya. Alhamdulillah, rezeki..selepas ini tak perlu dah nak pening-pening kalau barang keperluan peribadi tak cukup =)
Dari apa yang saya perhatikan sepanjang program ini berjalan, ia merupakan suatu program yang cukup memberi manfaat kepada mahasiswi. Memang kena dengan perkataan 'WANITA' tersebut seperti dalam tajuk. Karnival ini memberikan banyak informasi kepada mahasiswi terutamanya dalam menjaga dan memelihara penampilan diri melalui pameran dan produk-produk yang dijual.
Mahasiswi a.k.a. muslimah sekalian, alangkah sopannya sekiranya dalam kita berfesyen mengikut trend semasa, aurat kita terjaga.. alangkah indahnya sekiranya keanggunan kita berpakaian, pekerti kita secantik akhlak ummul mukminin Nabi.. subhanallah~ jaga diri, hiasi peribadi, moga menjadi cerminan dalam memperbaiki diri menjadi muslimah sejati.. :) ~sama-sama kita perbaiki diri~
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) kerana sudi menjemput saya ke majlis ini.. Semoga MPDR terus maju dalam menjayakan setiap program yang dianjurkan dan memberi manfaat kepada mahasiswa/i khususnya dalam membudayakan nilai ilmu, sahsiah serta kepimpinan dalam diri setiap warga kampus tanpa mengira kaum dan desasiswa. Insya Allah (^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment