Pages

Hikmah Tidak Mengenal Usia

Budak kecil memang mentah. Ilmunya belum banyak dan pengalamannya belum matang. Namun begitu, seringkali hikmah keluar dari lidah mereka kerana hikmah dan kebenaran tidak mengenal usia dan kedudukan.

Dalam Siyar A'lam al-Nubala', al-Hafiz al-Zahabi menceritakan kisah berikut. Ia berkenaan biografi Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari (wafat pada 256H), ahli hadis yang sangat terkenal dengan bukunya al-Jami'ah al-Sahih (Sahih al-Bukhari).

Ketika masih kecil, Imam al-Bukhari sering mendatangi majlis seorang ulama hadis bernama a-Dakhili untuk menulis hadis daripadanya. Dalam suatu majlis awam, di hadapan orang ramai, al-Dakhili keliru membaca sanad hadis: "Sufyan daripada Abu al-Zubair daripada Ibrahim.."

Al-Bukhari yang kala itu baru berusia 11 tahun menegur gurunya. Beliau berkata: "Sanad ini keliru. Abu al-Zubair tidak pernah meriwayatkan hadis dripada Ibrahim." Mendengar teguran ini, al-Dakhili membentaknya, namun al-Bukhari tetap yakin dengan pendapatnya. Beliau berkata: "Cubalah tuan periksa kembali buku catatan tuan."

Al-Dakhili segera masuk ke dalam rumahnya untuk merujuk buku catatannya. Tidak lama kemudian, beliau keluar sambil berkata: "Bagaimanakah sanad yang sebenarnya, wahai budak?" Al-Bukhari berkata: "Sanad sebenarnya adalah daripada al-Zubair bin 'Adi (bukan Abu al-Zubair) daripada Ibrahim.." Al-Dakhili segera mengambil pensel, lalu membuat pembetulan dalam kitabnya sambil berkata: "Kamu benar."

Persepsi yang Salah

Kisah ini bukan hanya menunjukkan ketelitian Bukhari, tetapi juga memperlihatkan ketinggian adab al-Dakhili. Tidak ramai yang dapat mendengar usul orang yang lebih muda daripadanya, apatah lagi membenarkannya. Kebanyakan manusia segera menolak pendapat orang yang lebih muda, sambil memperlihatkan 'kuasa senioriti' yang dimilikinya. Mereka berkata: "Kami lebih dahulu makan garam daripada kamu!"

Orang seperti ini memiliki persepsi yang keliru mengenai kebenaran. Mereka menggandingkan kebenaran dengan usia; yang tua selalu benar dan yang muda selalu salah. Padahal, teori ini tentu sahaja tidak selamanya benar. Persepsi ini biasanya melahirkan sikap tertutup dan pemaksaan kehendak. Berapa banyak ibu bapa yang bersedia mendengar pendapat atau saranan anaknya? Berapa ramai yang berusaha mengambil tahu apa yang mereka inginkan sebenarnya?

Kebanyakan orang yang lebih tua tidak memerlukan pendapat orang yang lebih muda, namun mereka memerlukan tenaganya. Itu sebabnya mereka sering memerintah, namun jarang menerima saranan. Sikap sebegini tentunya tidak sihat. Sepandai manapun seseorang, ia tetap terdedah kepada kesilapan dan kesalahan. Oleh sebab itu, dia perlu bersikap terbuka untuk mendengar saranan daripada orang lain, meskipun orang itu jauh lebih muda daripadanya.

Tanda Tawadhuk

Bersedia menerima kebenaran meskipun daripada orang yang lebih muda adalah tanda tawadhuk. Ia tidak membawa kehinaan, malah mengundang penghormatan dan rasa kagum daripada orang di sekitarnya. Jika ia seorang ibu atau bapa, anak-anaknya akan merasakan ketenteraman setiap kali bersamanya. Jika ia seorang pemimpin di tempat kerja, semua staf bawahannya akan bekerja dengan ikhlas dan penuh semangat. Jika ia seorang ulama, maka sifat ini akan menambahkan lagi ilmu dan wibawanya.

Imam ahli hadis dan fiqah di Kufah, Waki' bin al-Jarrah, pernah berkata: "Tidak akan sempurna seseorang ulama sebelum ia belajar daripada orang yang lebih tua daripadanya dan daripada yang seusia dengannya." Sebaliknya, sikap menolak kebenaran kerana faktor usia adalah satu bentuk kesombongan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan orang lain." (Riwayat Muslim)

Dan orang yang sombong jauh daripada Allah dan manusia. Jika ia seorang ibu atau bapa, anak-anaknya tidak menyukai kehadirannya dan selalu ingin menjauh dari rumah. Jika ia seorang pemimpin kerja, setiap pekerja bawahannya berasa tertekan dan selalu mencari alasan untuk melarikan diri. Jika ia seorang ulama, maka semua manusia membencinya sehingga ilmunya tidak dapat dimanfaatkan.

Kelebihan Ibn Abbas

Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa pernah suatu ketika, anggota majlis mesyuarat yang lebih tua tidak setuju dengan sikap khalifah ini iaitu Umar. Mereka berkata: "Mengapa engkau menyertakan Ibn Abbas dalam majlis, padahal usianya sebaya anak-anak kami di rumah?" Umar lalu berniat menunjukkan bakat yang dimiliki Ibn Abbas. Beliau bertanya kepada semua anggota majlis. "Apa pendapat kamu semua tentang maksud firman Allah s.w.t ini: 'Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan?"(Surah al-Asr,110:1-3)

Mereka menjawab: "Ini sebuah perintah agar kita memuji Allah dan beristighfar apabila mendapat kemenangan." Umar lalu bertanya kepada Ibn Abbas: "Adakah pendapat kamu seperti ini, wahai Ibn Abbas?" Beliau menjawab: "Tidak. Ini adalah pemberitahuan ajal Rasulullah s.a.w 'Apabila telah datang pertolongan dan kemenangan' ertinya ini adalah tanda ajalmu. Maka perbanyaklah tasbih dan beristighfar."

Umar berkata: "Apa yang aku ketahui sama seperti yang engkau katakan." Beliau lalu berkata kepada para sahabat yang lain: "Mengapa kamu semua mencela diriku kerana mencintai orang yang memiliki kelebihan sepertimana yang telah engkau saksikan ini?" Tua tidak selalunya matang dan muda tidak selalunya mentah. Hikmah di tangan Allah, Ia berkuasa memberikannya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.

Dengarlah suara-suara muda

Anak-anak muda adalah aset umat Islam yang tidak ternilai, mereka memiliki potensi yang besar dalam memajukan umat. Ibn Abbas pernah berkata: "Tidaklah Allah memberikan ilmu kepada seseorang melainkan pada masa mudanya. Seluruh kebaikan dimiliki oleh para pemuda."

Oleh sebab itu, kita mesti memberi ruang bagi mereka untuk bersuara dan menyumbangkan buah fikiran segar yang bermanfaat bagi kemajuan umat. Dengarlah dan hormati suara-suara mereka kerana hikmah kadang-kadang keluar dari sumber yang tidak kita sangka-sangka. Saya berani menegaskan bahawa Islam tidak pernah meremehkan suara-suara muda, apalagi membungkamnya. Sesiapa yang mengabaikan suara-suara ini maka ia telah menzalimi mereka, merugikan diri sendiri dan merugikan umat Islam. Wallahua'lam.

Generasi Harapan

~perkongsian daripada sebuah artikel..~

No comments:

Post a Comment

NEED HELP?

NEED HELP?

Have You Had Your SHAKE Today?

Have You Had Your SHAKE Today?

SIHATKAN DIRI ANDA DENGAN HERBALIFE!

Name:
Email Address:
Handphone number:
Occupation:
Where do you live?
Have you register as a member of Herbalife?
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Want to order? Start Now Pack - Vanilla
Start Now Pack - Chocolate
Start Now Pack - Strawberry
Start Now Pack - Tropical Fruit
Start Now Pack - Cappuccino
Herbal Aloe Concentrate
N-R-G Tea
Calcium Plus
Shaker Cup
Extra information that can help me to guide you:

Click here to create your own form.

WE CHOOSE!

WE CHOOSE!

Love :

Love :
-Moga Allah Redha-