Pages

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK)

Majlis Prundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) merupakan satu platform yang diwujudkan kerajaan semenjak Oktober 1999 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu YABhg Tun Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi sebagai satu pengiktirafan terhadap para mahasiswa, untuk mereka memberikan idea dan pandangan mereka, baik dalam apa jua perkara.

Majlis diadakan secara tertutup tanpa kehadiran media atau pengurusan tertinggi IPT dan diadakan sebanyak dua kali setahun. Ia dirancang sedemikian rupa bagi memberika sepenuh kebebasan kepada perwakilan untuk menyuarakan sebarang pendapat dengan bebas tanpa rasa takut sekiranya pendapat yang dikemukakan bertentangan dengan keputusan pengurusan IPT.

Sebelum mesyuarat MPPK, satu mesyuarat pra-MPPK telah diadakan terlebih dahulu sebagai persediaan kepada perwakilan untuk memperhalusi kertas kerja yang dibentangkan semasa MPPK. Selain itu, ia juga sebagai ruang untuk menyelesaikan isu-isu pelajar yang melibatkan peringkat pengurusan KPT seperti isu biasiswa, PTPTN dan kebajikan pelajar.

1 & 2 Jun 2011 (Rabu & Khamis)- Pra-MPPK
Tempat:Emerald Hall, Hotel Grand Pacific Kuala Lumpur

Sewaktu Pra-MPPK ini berjalan, seluruh wakil IPTA & IPTS telah berkumpul dalam satu dewan. Di sini kami saling memperkenalkan diri dan beramah mesra serta mendengar ucapan daripada Y Bhg. Datuk Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi; Datuk Ab. Rahim Bin Md. Noor dan juga melalui sesi bersama Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi(JPT); Y Bhg. Dato' Prof. Dr. Rujhan Mustafa, Pengarah-pengarah JPT dan agensi/kementerian serta sesi bersama YB. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi; YB. Dato' Saifuddin Abdullah.

 Ucapan daripada YB. Dato' Saifuddin Abdullah.
Ucapan daripada Dato' Prof Dr. Rujhan Mustafa
Ketika sesi dialog bersama Dato' Saifuddin, kebanyakan soalan berkisar tentang parlimen mahasiswa. Ramai yang memberikan respon dan persoalan mengenai penubuhan parlimen ini. Saya telah mengambil ruang dan peluang tersebut untuk menanyakan soalan kepada beliau. Soalan yang saya anjurkan adalah, "Adakah MPPK ini masih relevan setelah tertubuhnya Parlimen Mahasiswa Peringkat Nasional, memandangkan aplikasinya lebih kurang sama dengan pembawakan MPPK?" Justeru, beliau berpendapat bahawa itu satu perkara yang perlu kami fikirkan, sama ada mahu memansuhkan terus MPPK ataupun tidak. Mungkin juga kami perlu meminta pandangan orang yang mengasaskan MPPK dan juga Parlimen Belia sebelum ini; YABhg Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi.

Bertanya Dato' Saifudin
Selain itu, Pra-MPPK ini juga diadakan sebagai persediaan untuk setiap pembentang kertas kerja membaiki kelemahan yang ada sama ada dari segi persembahan slaid, masa dan ucapan pembentangan sebelum membentangkan kertas kerja masing-masing di hadapan YB. Menteri Pengajian Tinggi; YB. Dato' Seri Khaled bin Nordin dan YAB. Timbalan Perdana Menteri; YAB. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.

3 Jun 2011(Jumaat)- MPPK
Tempat:Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC)


Ketika majlis hampir bermula, kelihatan beberapa menteri mula mengambil tempat. Subhanallah...rasa macam tak percaya je dapat duduk depan barisan menteri. Dalam mesyuarat ini, sebanyak 5 kertas kerja yang dibentangkan:

Kertas kerja 1:Daya Keusahawanaan, Kreativiti dan Inovasi Mahasiswa Dalam Memenuhi Keperluan Abad 21
Oleh: MPP Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Kertas kerja 2:Mengantarabangsakan Minda Mahasiswa Melalui Projek Kemanusiaan
Oleh: MPP Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Kertas kerja 3:Masa Depan Negara dan Peranan Mahasiswa Dalam Program Tranformasi Ekonomi (ETP)
Oleh: MPP Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Kertas kerja 4:Kecukupan Makanan Di Malaysia Dan Bagaimana Malaysia Tidak Lagi Bergantung Pada    Negara Luar Bagi Makanan Rakyat
Oleh: MPP Universiti Putra Malaysia (UPM)

Kertas kerja 5:1Malaysia Dan Cabaran Perpaduan Antara Kaum Di Malaysia
Oleh: MPP Universiti Sains Malaysia (USM)

Buku Aturan Mesyuarat MPPK
Kesemua kertas kerja ini dibentangkan oleh YDP MPP universiti tersebut. Sewaktu pembentangan, masa yang diperuntukkan adalah selama 7 minit sahaja. Justeru, pada malam Khamis(sebelum hari ini) telah diadakan mock presentation, bagi meneliti dan mengelakkan kesilapan dilakukan sewaktu pembentangan sebenar.

Terima kasih kepada En Ibrahim daripada KPT yang telah memberi tunjuk ajar kepada kami (YDP & SUA) cara melakukan presentation yang betul sejurus mock presentation dilakukan. Slide presentation USM telah ditegur dan YDP telah meminta bantuan saya membetulkannya semula memandangkan sebelum ini beliau membuat kertas kerja tersebut sendirian. Subhanallah..malam itu kami terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan slaid tersebut pada malam itu juga. Esok paginya (hari ini) pula kami dah kena bawa turun beg baju dan sebagainya di lobi sebelum bertolak ke PWTC. Allah..rasa mengantuk tak terkata pagi ini. Demi tugas, sabar jelah.... ^_^ 'Sesungguhnya sabar itu sebahagian daripada iman.'

No comments:

Post a Comment

NEED HELP?

NEED HELP?

Have You Had Your SHAKE Today?

Have You Had Your SHAKE Today?

SIHATKAN DIRI ANDA DENGAN HERBALIFE!

Name:
Email Address:
Handphone number:
Occupation:
Where do you live?
Have you register as a member of Herbalife?
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Want to order? Start Now Pack - Vanilla
Start Now Pack - Chocolate
Start Now Pack - Strawberry
Start Now Pack - Tropical Fruit
Start Now Pack - Cappuccino
Herbal Aloe Concentrate
N-R-G Tea
Calcium Plus
Shaker Cup
Extra information that can help me to guide you:

Click here to create your own form.

WE CHOOSE!

WE CHOOSE!

Love :

Love :
-Moga Allah Redha-