Pages

Lilin Seorang Guru


Assalamualaikum...

Bismillah. 
Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasihNya^^

Sempena Hari Guru 16 Mei 2012 ini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai zaman sekolah saya hingga kini. Hmm. Masa zaman diriku masih berhingus, saya telah diasuh dan ditarbiyyah di sekolah ini ^^ Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Jalan Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Ipoh, Perak. 
Selepas itu, diriku menuntut pula di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar, Perak. Dari tahun 1997 hinggalah 2003 (logo sekolah tidak berjaya dijejaki). Sekolah yang menggamit kenanganku dalam arena sukan ^^

Kemudian, saya ditarbiyyah dengan hebatnya di sekolah yang satu-satunya menjalankan orientasi selama 40 hari. Subhanallah. Memang sangat mendidik hati dan jiwaku.. Tahun 2004 - Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar, Perak tetap di hati biarpun hanya sempat 2 bulan lebih sahaja belajar di sana :)

Seterusnya, di sekolah (Sentiasa Mencari Keredhaan Allah [SMKA]); Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River, Slim River, Perak dari Tahun 2004 hinggalah 2008. Alhamdulillah, banyak yang kupelajari tentang erti kehidupan di sekolah ini :') 

Kemudian, saya ditakdirkan belajar di kolej matrikulasi ini....


Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (2009)...tempat yang paling dirindui. Biarpun hanya setahun, namun kenangan yang terpahat di situ begitu ampuh dalam ingatan. Di sinilah tempatku  berjumpa dengan teman-teman seperjuangan. Alhamdulillah, syukur ya Allah.. :') 


Dan sekarang..berada di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (Tahun 2 - 2012. Insya Allah akan bergraduasi pada Tahun 2013. aamiin). Masih banyak yang perlu kupelajari dan menimba pengalaman di sini. Sekolah saya di sini bernama Pusat Pengajian Sains Kajihayat atau dikenali sebagai School of Biological Sciences ^^

Sekolah..hanyalah tempat proses pembelajaran dan pembinaan diri berlaku. Apa yang paling penting adalah mereka yang hidup bersama dengan kita, bergaul dengan kita yang mencorakkan diri kita ini bagaimana. 

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat para guruku (tidak kira sama ada bergelar cikgu, ustaz, ustazah, Dr., mahupun Profesor - tak lupa juga kepada para sahabat dan naqibah yang automatik dilabel sebagai guru oleh diri ini kerana dari kalian jugalah diri ini belajar erti hidup) yang sentiasa gigih memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada diriku. Moga Allah berkati dan redhai semuanya...aamiin..

Lagu khas buatmu para guruku...

Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat
Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan
Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihMu
Ampunkanlah guru-guruku
Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini


Tajuk Nasyid : Lilin Seorang Guru
Artis : Inteam
Album : Impian Kasih

::TERIMA KASIH CIKGU!::


Tinggi Rendah Mahar Cintamu

Assalamualaikum...

Bismillah.
Semoga sentiasa dalam bahagia^^

Memandangkan ramai antara kita begitu minat share artikel2 tentang cinta, buat  status tentang cinta, gambar2 tentang cinta, maka dalam post kali ini saya ingin berkongsi tentang aspek yang paling penting dalam menuju cinta yang halal. Iaitu MAHAR.

Bukanlah aku sengaja melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan sebagai mahar hantaran..

Apakah mungkin engkau mengerti 
Setiap cinta yag dilafazkan 
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji..

Kata2 di atas merupakan antara rangkap yang ada dalam lirik lagu nasyid. Bagi para peminat nasyid, sudah tentu lagu MAHAR CINTA nyanyian kumpulan DEVOTEES sudah tidak asing lagi :)

MAHAR. Perkara yang paling penting dalam sebuah perkahwinan yang ingin didirikan. Bahkan dalam hadis Rasulullah juga ada menyatakan bahawa perkahwinan yang paling berkat adalah perkahwinan yang paling rendah maharnya.

Sebelum kita pergi lebih jauh dalam soal ini, saya ingin membawa teman2 sekalian menyusuri sejarah kedatangan Islam dalam mengangkat martabat wanita. Umum telahpun mengetahui bahawa salah satu daripada objektif penurunan Al-Quran adalah untuk memartabatkan kedudukan wanita dalam Islam. Al-Quran telah mengangkat kedudukan wanita yang dilihat sebelum kedatangan Islam sebagai golongan kelas kedua, tidak mempunyai hak dan yang lebih malang sekali wanita dihina dan dianggap sebagai barang dagangan pada waktu itu.

Keadaan ini sungguh menyedihkan kerana wanita pada zaman jahiliyyah seolah-olah tidak diiktiraf sebagai manusia yang mempunyai nilai peribadi dan akal. Walau serendah manapun keadaan wanita pada zaman jahiliyyah, kita masih dapat mengenali tokoh wanita hebat seperti Saidatina Khadijah r.a yang dikenali sebagai seorang usahawanita berjaya berjaya sebelum berkahwin dengan Baginda Rasulullah s.a.w.

Kewujudan tokoh seperti Saidatina Khadijah r.a ini menggambarkan bahawa sesuatu yang tidak mustahil bagi seorang wanita untuk memiliki dan memperolehi harta dan berkeupayaan secara peribadi untuk menguruskan hartanya. Apatah lagi dalam abad ke-21 Masihi ini, apabila dunia menyaksikan bahawa wanita telah menceburi pelbagai sektor pekerjaan dan berupaya memperolehi, menjana dan menguruskan harta mereka sendiri. Maka dalam hal ini, wanita Islam perlu memahami hak-hak kewangan mereka yang telah ditetapkan dalam Islam.

Hal ini kerana, walaupun ramai wanita telah berjaya memperolehi harta melalui daya usaha mereka sendiri ataupun secara perkongsian namun masih lagi terdapat wanita Islam yang tidak berkesempatan dan kurang bernasib baik untuk memiliki harta terutama untuk menjamin kehidupan mereka sendiri dan keluarga.

Sehubungan dengan itu...

Mahar Dalam Perundangan Islam

Mas kahwin adalah suatu yang wajib dibayar oleh seorang lelaki kepada perempuan semasa akad nikah. Ia boleh dibayar melalui kaedah tunai mahupun berhutang. Dalam masyarakat kita, mahar lazimnya dibayar secara tunai. 

Mahar digambarkan sebagai suatu imbalan kenikmatan yang dikecapi oleh pasangan suami isteri. Bukan sekadar itu sahaja, ia lebih merupakan simbol penghormatan suami terhadap isteri. Hal ini kerana, mas kahwin merupakan suatu hak kewangan yang pertama sekali diterima oleh seseorang yang bergelar isteri dan diiktiraf haknya dalam Al-Quran. 

Hak kewangan ini tidak dinikmati oleh seorang isteri pada zaman jahiliyyah kerana mas kahwin itu dibayar oleh suami kepada bapanya. Pengiktirafan yang Allah berikan kepada wanita Islam ini dapat dilihat dalam surah al-Nisa' ayat 4 yang bermaksud, "Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin sebagai pemberian yang wajib."   

Daripada ayat ini, kewajipan pertama seorang suami dalam perkahwinan adalah memberi mas kahwin dan ia menjadi hak mutlak isterinya. Al-Quran dengan terangnya menjelaskan hak mutlak tersebut dan tiada siapa boleh mengganggu pemilikannya apatah lagi mengambil dan memanfaatkannya dari mas kahwin yang telah diberikan, baik keluarganya sendiri mahupun suaminya melainkan dengan keizinan isteri tersebut. 

Firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 20 yang bermaksud, "Janganlah kamu mengambil sedikitpun harta itu, patutkah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar atau menyebarkan dosa yang nyata." 

Allah telah memberi jaminan hak mas kahwin kepada wanita sehingga menyebut mereka yang mengambilnya dengan jalan yang tidak dibenarkan oleh syarak, akan berdosalah mereka itu. Bagaimanapun, ini tidak bermakna mahar tersebut tidak langsung boleh dimanfaatkan oleh sesiapa. Maka cara yang terbaik untuk mendapat faedah darinya adalah dengan keizinan dan keredhaan dari pemiliknya. 

Ini ditegaskan Allah dalam surah Al-Nisa' ayat 4 yang bermaksud, "Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya." Maknanya, mas kahwin adalah sesuatu yang boleh digunakan oleh pemiliknya dan boleh juga dimanfaatkan oleh orang lain serta menggambarkan bahawa mas kahwin itu mestilah dari sesuatu yang bernilai dan dapat memberi faedah yang besar kepada sesiapa yang ingin mendapat manfaat darinya. Sebagaimana yang berlaku terhadap perkahwinan Sofiah dengan Rasulullah, iaitu baginda bersabda yang bermaksud : " Bahawa Rasulullah s.a.w telah memerdekakan  Sofiah dan menjadikan kemerdekaanya itu sebagai mas kahwinnya."

Walaupun mas kahwin dalam hadis di atas bukannya sesuatu yang berbentuk wang ringgit atau barangan, namun kemerdekaan itu merupakan sifat yang menggambarkan sesuatu yang boleh mendatangkan faedah yang sangat besar terutama sekali pada isteri tersebut iaitu Sofiah. Hukum syarak juga tidak menetapkan sebarang had minimum dan maksimum kadar mahar untuk seorang isteri. Ini bermaksud terpulang kepada individu untuk memberikan mas kahwin tersebut mengikut kemahuannya dengan mengambilkira kemampuan suami dan kemanfaatan kepada isteri. 

Berkenaan mahar yang paling rendah lebih diberkati, ia adalah bertujuan untuk membolehkan pemuda-pemuda berkahwin dan janganlah disebabkan mahar yang tinggi, pemuda tidak boleh berkahwin. Walau bagaimanapun, hadis ini tidak melarang sesuatu mahar itu dibayar dengan kadar yang tinggi, cuma ia akan  dianggap sebagai makruh di sisi hukum syarak tetapi perkahwinan tetap sah. 

Kalaupun suami enggan membayar mas kahwin tersebut, isterinya mempunyai hak untuk menolak perhubungan intim dengan suaminya sehinggalah ditunaikan mas kahwin tersebut. Bahkan jika suami tersebut mati sebelum melunaskan mas kahwin tersebut, maka mas kahwin itu akan menjadi hutang dan wajib dilangsaikan oleh warisnya sebanyak mana mas kahwin yang belum dibayar. Beginilah gambaran yang syarak telah berikan bagi menunjukkan kekuatan  mas kahwin itu sebagai hak mutlak seorang isteri. 

Mahar Dalam Konteks Semasa

Pembayaran mahar dalam masyarakat kita tidak pernah dilihat pada status ekonomi isteri dan keluarga tersebut. Sebaliknya faktor-faktor pendidikan, keturunan keluarga dan status sosio-ekonomi hanya akan dititikberatkan dalam menentukan wang hantaran dan pelbagai hadiah iringan. Kadangkala, status sosio-ekonomi perempuan dan keluarganya dijadikan sebagai kayu ukur dalam menentukan kadar mahar. Semakin tinggi wang hantaran, semakin tinggilah status kelurga isteri tersebut di mata masyarakat. Sedangkan dalam sesetengah masyarakat kita, kadar mahar dan kepentingannya tidak diberi sebarang nilaian. 

Pembayaran mahar juga bukan sekadar 'melepaskan batuk di tangga' dan bukanlah sekadar suatu kewajipan tanpa memikirkan nilainya dan faedah pemberiannya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa mahar mempunyai kegunaan tertentu sama ada untuk kegunaan peribadi seperti membeli pakaian atau barangan kemas dan sebagainya atau mahar boleh digunakan untuk kegunaan yang lebih besar terutama sekali ke arah pertumbuhan ekonomi keluarga mahupun negara. 

Hukum syarak tidak pernah menentukan kegunaan mahar tetapi yang dipastikan hanyalah untuk dimanfaatkan pada sesuatu yang lebih besar terutamanya kepada pemiliknya. Sebagai contoh, mahar tersebut boleh dijadikan modal perniagaan atau dilaburkan pada mana-mana institusi perniagaan atau kewangan, pembelian saham atau apa sahaja dengan tujuan untuk pertumbuhan ekonomi. 

Pendekatan ini sebenarnya boleh menunjukkan bahawa mahar itu boleh menaikkan taraf sosio-ekonomi isteri tidak kira sama ada isteri itu bekerja atau tidak. Kesemua ini bertujuan memanfaatkan wanita dan menjadi satu jaminan kewangan sekiranya berlaku kematian atau perceraian dalam perkahwinan tersebut. Malah, bukan setakat itu sahaja, mahar juga boleh terdiri dari apa jua asalkan sesuatu yang tidak bertentangan dengan kehendak syarak umpamanya membelikan isteri tanah atau rumah atau sebagainya. Bagaimanapun, satu perkara yang perlu diingatkan di sini ialah baik apa sahaja bentuk mahar yang hendak diberi, ia mestilah mengikut kemampuan dan keredhaan suami dan terpulang kepada isteri tersebut untuk menggunakan mahar tersebut dengan cara yang bijaksana. 

Akhirul kalam, jadikanlah mahar itu benar-benar berperanan menaikkan taraf wanita sebagaimana yang telah  digariskan oleh Islam dan janganlah sama sekali merugikan pihak isteri dan tidak pula membebankan pihak suami agar wujud perseimbangan antara kadar yang tinggi dan rendah. 


#perkongsian melalui Prof. Madya Dr. Raihanah Haji Abdullah, Jabatan Syariah dan Undang-undang, APIUM. Wallahu'alam. Moga Allah redha.





  






    

Bisnes! Bisnes! Bisnes!

Assalamualaikum...

Bismillah.
Semoga sentiasa dalam rahmatNya^^

Apa khabar iman kita hari ini? Moga sentiasa bertambah dan sentiasa diberi petunjuk olehNya. aamiin.

Baiklah. Melihat kepada situasi hari ini, begitu ramai yang menjalankan perniagaan tidak kira sama ada jualan langsung, melalui internet mahupun secara MLM (Multi-Level Marketing) dan ada juga yang baru ingin berjinak-jinak dengan perniagaan. Fokus utama saya dalam post kali ini adalah berkenaan perniagaan secara Infinity Downline, Money Game dan juga MLM. 

Hal ini kerana saya berasakan masih ramai yang tidak mengetahui hukum sesuatu perniagaan yang dijalankan dan lebih tertarik dengan ganjaran atau pendapatan yang diperolehi melalui iklan yang dipaparkan serta mempercayainya tanpa mencari maklumat lengkap berkaitan dengannya terlebih dahulu. Perkara ini amat penting kerana pendapatan yang diperolehi itu akan kita gunakan dan bila kita makan wang yang tidak diketahui statusnya dan boleh jadi haram, ia boleh memberi kesan kepada hati dan tindakan kita. Oleh yang demikian, amat wajar kita didedahkan dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan perniagaan yang akan dijalankan. 

Justeru, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai maklumat yang saya dapat dari pihak agamawan mengenainya. 

Berikut merupakan soal jawab mengenai Infinity Downline yang saya petik daripada blog Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman : 

I have received an email from one of the leader of Infinity Downline. In this entry, I would like to share my short reply to her email. Even though it is short and unable to cover lot of issues which need to be clarified i.e Shariah related issues, I am still hoping that it could give some additional benefit to the zaharuddin.net's readers.

_____________________________________________________

From: Celya <celya_t@yahoo.com>
To: zaharuddin@yahoo.com
Sent: Thu, March 11, 2010 5:01:07 PM
Subject: Questions on Islamic Perspective

Greetings Ustaz Zaharuddin, 
I was just reading your article on facebook entitled "Web saya tutup perik nasi orang". I found it really informative. 
I hope you don't mind, but i sincerely want to understand the Syariah law as i have Muslim customers and it is important to me that they feel comfortable, and that i am being fair.  
Would you please consider answering some of my questions? In your article you stated that you would entertain intelligent debate and while i am not here to debate, i am certainly interested in intelligent clarification and understanding from a factual perspective.
Referring to the below.. 
"Hukum asal seluruh urusniaga perniagaan dalam apa jua bentuk adalah harus kecuali ada dalil yang membuktikannya haram.  
Apabila telah wujud dalil menunjukkan ia haram serta tiada hujjah balasan konkrit untuk menafikannya, sesuatu urusniaga itu paling pun akan bertukar menjadi syubhat, jika tidak menjadi haram.
Islam mengajar kita agar menjauhi syubhat sebagaimana yang disebut Umar Al-Khattab tadi walaupun terpaksa mengorban 9/10 cara niaga yang mungkin halal."
FIRSTLY, In the case of Infinity Downline, is this why you referred to the lack of a clear company identity as being ONE factor for it to be labelled as haram? Because Muslims cannot be sure who is behind the scene and therefore there cannot be conviction that it is "safe"? 
I receive emails from the company (Multiplex) and they also provide weekly LIVE training on a webinar where we interact with the president itself (the webinar link is http://www.BootcampWebinar.com) The president isn't a CEO of a large corporation, but i think a small company, so it's not a multinational but it has of course gone international due to the power of the internet.)
This morning, we received a mail from Peter Wolfing himself as below (regarding when the library will be updated)

From: "Peter Wolfing" <ykia@nyc.rr.com>View contact details
To: "'Morgan TAy'" <morgantay2u@yahoo.com>
I have not had time to add more.  Just keeping up with the growth is taking all my time.  There is way more than what is charged anyway but I will add some soon.
Peter

So Peter exists and we are in touch with him weekly at the training webinars, the company exists BUT the thing is that members need to OPT in to receive contact as he sends out emails only to those who allow the company to contact them (unlike many companies that just keep sending emails whether we want it or not). Also, because it is not a large corporation - it is unlikely to be cost effective to set up a branch in malaysia.
My question now is - is this still considered 'gharar' to the Muslim? Meaning uncertain? (please forgive me if my understanding is poor as i am not familiar with the Islamic terms and am only following what i am capable of understanding from reading your articles. please feel free to point out if i am wrong as the purpose of me writing this whole email is to learn)
Or would this just be a different form of business, and not actually one intended to deceive? From what Mr. Irfan Khairi explained to me as well, i understand that this business does not make itself VERY apparent on the website because it is collecting a database list of emails and it is following the style of many businesses online now that offer a free ebook or video BEFORE you even know who they are. After giving the free ebook/video, THEN they introduce themselves. Is this then 'gharar' and therefore also then not acceptable practice in Islam? 
I ask because i teach internet marketing methods and collecting a list is one online marketing method. However, if being 'invisible' while collecting the list is causing it to have a 'haram' elements then of course, i must tell that to my Muslim students.  
I would then truly appreciate your help on this.  

SECONDLY,
I use certain ID products in the library to train my students. Certainly i have benefitted from it, but of course I understand english and internet marketing very well. From what i understand ID is haram because MOST people do not want the products. However, if people join my coaching program (and i already tell them upfront i provide coaching for internet business BEFORE they sign up), and i direct them to listen to the specified products as well as provide my own training materials as part of my program for them, would they still be guilty of 'haram' as i am still using ID as my platform?  
Again, i would so appreciate your help on this as i am not sure anymore if i should advertise my services to Muslims given that I will still be using the ID system for a while as it is the perfect live 'case study' for my students. (When they can start earning an income from implementing the methods i teach, then it is a good indication for me and them that they have benefitted from my program for them.) 

THIRDLY, 
The monthly fee is for the online system they get and not the same old products that yes, logically should only be paid for once.  I too would be silly to pay for the same products every month. I pay monthly as i want the online system and viability of online storage of all the files i  use for my program being easily downloadable from anywhere. I have a student in Sabah and one in Terengganu and having the files online as well as online business system makes it easy for me to deal with faraway clients in terms of registration and payment. And i only pay RM100 a month so i am okay with that.
My question is, is this still Riba for my muslim clients?  I collect RM100 but for coaching i give plus of course the fee of the online business facilities they get. Is this conceptually unacceptable in Islam because most of the other titles in the library will not be used?  
Again, I could set up my own system and compile my own videos and audios, but it was so much cheaper and easier for me when i started coaching to just use the ID registration system plus business tools in it.
But now i am unsure if it is okay for my Muslim clients. 
Ustaz, I find that your opinions on many other articles are valid and justified and so i am writing to gain clarification.
I realise that i of course have a different view of the programme being non-muslim, but at the end of the day, if i am to have Muslim clients then they must be comfortable and i certainly do not want to be labelled as culturally insensitive. Your article on ID raised many doubts and questions so i would like very much, instead of speculation - to just clarify with you given these facts about the program that are somewhat different from what you initially spoke about. 
I look forward to your reply and thank you very much in advance. 
Yours sincerely,
Celya Tay
Home Business Consultant
http://ebizsuccessbuilders.info
________________________________________________________________
MY(ZAHARUDDIN) RESPONSE

Hi Ms Celya,

Thanks for your email. I'll try to reply in a very simple manner as i really don't have much time to write long explanations.

Generally speaking, i do think that you have got most of my points from my article and response. By scrutinizing some of ID current website, it is realized that the team is currently trying to fix the problem by doubling the promotion of the products rather than the system. May be that way, the program might be appeared as the true selling products program. However, it is still not, at least from my perspective.

In response to your quires, my response will be as the following:-

1) Background of the company & Peter

It has been said that, Multiplex System is responsible of the ID program or scheme and it is regarded as the founder company and also the owner and provider of the products.

My question, what is the website for multiplex system company? Do you have any of the detail about the company such as management of the company, board of directors, audited financial report, license etc. the company is govern under which law and which country?

Is there any legal proof that multiplex system is responsible for any issues regarding ID program?  Say that there is a problem with regard to the program i.e. the ID login system vanished, suspended, or the owner fleeing away, so is there any guarantee that multiplex company will always be there and take full responsibility on all the their customer's fund ? If not, where can the participant seek help to? It is not about the company only but also the regulation adn law which regulates them.

That is what i mean by 'gharar' (uncertainty elements which could tantamount to quarrel, argument and coercion). Forwarding Peter Wolfing's very short email is absolutely will prove nothing in that regard. It has to be noted thatBernard Mardoff is million times popular that Peter Wolfing but he is still running a scam business.

I understood that some of the home marketing or internet business need not to have a big premise to run the business. However it is different when it involves lot of people, and lot of people's money, moreover the company is offering and attracting consumers to the commission system which need to be monitored carefully to avoid fraud, cheating etc. The case is totally different from an internet seller or marketer who is selling real asset such as map etc to their clients. There is no commission system and he is the only one who sells and conducts the business. In addition, all the deals are from the type of one off deal. This is obviously not for the ID program.

2) Products 
As i said and you have also quoted it in one of your website, yes, for those who join the program to benefit from the products in a genuine manner and concurrently take advantage of the commission system, it might be permissible (but still depend on other issues) but in reality, the otherwise happened. So in Islam, in order to determine the precise ruling, we will have to focus on the majority of the participants and how the company advertise itself. In many cases both of them  are already portraying  that their true intention of joining the program or scheme, is to benefit from the commissioning system which  as a result will simultaneously evolve as a money game.  However the minority might be exempted from the prohibition (but still depend on other issues as well). The same situation applied to the company in which is putting lot of their efforts in promoting the system rather than the products. 
Have i seen the products?
Yes I have seen some of the videos and listened to some of the audios. I find it ok and acceptable but to a very small number of people. Therefore I have regarded such products as 'rubbish' although i have to admit that for some quarters they would perceive the products to have value and good information which they might need. However, as i told you, the majority views, and their behaviors and how they treat the products and promote the program will give us clues on how relevant is the product to them, and also whether or not they are 'rubbish'.
It is observed that campaigns and promotions which are made by many of ID participants (and also Login Facebook dapat RM 100) are not giving any attention to the products.
Another issue with regards to the products is that it is unclear whether the products are being sold or leased by monthly payment for access. Some tries to relate the monthly payment fee as a rental whereas other said that the prroduct is being sold. Anyhow, it is noted that many of the products can still be downloaded and saved into your PC. So which one? Is there anywhere this rule is being mentioned in the registration form etc.? All of these aregharar in Islamic point of view.
The regulations are unclear as to whether it is lease by monthly payment or being sold to the customer. If the fees  payment are representing a lease payment, why in the world it can be saved and downloaded freely?.
Such unclear term related to the products also convinced me that actually the company has no serious attention on selling or promoting the products.  For that reason also they are promoting the products in a bundle. If the products are really good and can be sold or leased and worth for money, the company will absolutely sell or lease them separately as it can bring more profit. However, i am sure that they have no confidence to sell the products and in fact, i am almost sure that most of the people WILL NOT PURCHASE OR LEASE the products if there is NO REVERSE TWO UP SYSTEM in place.
Without the true products, the system is a money game and fall under the category of riba from the Islamic viewpoint. If the products really have their own qualities and are marketable by itself, the commission should also be based on the price if each product and not by way of registration fee or whatever you wanted call it.
From Muslim jurist point of view when :
a)  The products have no special qualities
b)  The promotion is more toward head hunting and promoting the benefit of the system lot more than the explaination on the benefit of the products
c)  Commission is based on the registration or monthly  fees and not in accordance to each and every product which has been sold by the participants.
Such program or scheme will still be deemed as money game and Riba, furthermore it would also fall under that category of gambling as well.
As for non Muslim, it is up to them and their belief but for Muslim i am responsible to prevent such scheme, program or whatever you want to call it from spreading to our Muslim brothers and sisters.
In Islam, they are many rules in obtaining wealth; one of them is that you must not gain without putting an equal effort. In some circumstances, profit or gain must be associated to certain type of real business risk. This is to ensure wealth are being created and not transferred. One needs to comprehend this philosophy in order to understand the issue.
Actually i can say that i have plenty of other arguments but i am sorry, for my inability to response or clarify all of the contentious issues with regards to the program as the time is very limited and there is lot of other tasks which need to attend to, finally I hope that this email could clarify something if not everything. 

Thanks and best regards,

Zaharuddin Abd Rahman
 17 March 2010

Dan di bawah ini pula maklumat mengenai MLM (Multi-Level Marketing). Saya petik daripada blog Ustaz Ahmad Adnan Fadzil - http://ilmudanulamak.blogspot.com


Soalan : Sekarang ini banyak jualan langsung yang menjalankan operasi di Malaysia. Apa pendirian Syarak berkenaan MLM; apa ciri-ciri MLM yang harus dan apa ciri-ciri MLM yang haram pula?


Jawapan :Setakat sekarang ini penulis belum menemui sebarang fatwa yang jelas berkenaan Sistem Jualan Lansung MLM dari mana-mana ulamak muktabar hari ini khususnya dari Timur Tengah atau Al-Azhar sama ada mengharuskannya atau mengharamkannya. Namun secara umumnya panduan urus-niaga secara Islam telah dihuraikan oleh ulamak dengan lengkap dan panjang lebar di dalam kitab-kitab Feqah. Dengan memahami sebaik mungkin panduan tersebut, kita sebenarnya dapat mengukur sama ada suatu urus-niaga yang ditawarkan kepada kita itu (termasuklah MLM) halal atau tidak. 

Di sini, saya akan kemukakannya secara ringkas. Menjadi prinsip yang diterima oleh semua ulamak bahawa dalam hal-hal keduniaan (antaranya urusan perniagaan dan jual-beli), kedudukan asal setiap perkara dan urusan yang berkait dengannya adalah harus sehingga terdapat bukti yang jelas yang menunjukkan percanggahannya dengan Syarak sama ada dari segi prinsipnya atau terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang atau diharamkan. Oleh itu, dalam berhadapan dengan suatu perkara baru atau urusan baru yang bersifat keduniaan, yang harus diteliti ialah ada atau tidak di dalamnya sebarang unsur yang menyalahi prinsip Syarak dan unsur-unsur yang diharamkan? Jika tidak ada, maka ia dikekalkan atas kedudukan asalnya iaitu harus. Secara umumnya, perniagaan yang sah menurut Syari’at Islam ialah yang memenuhi prinsip-prinsip asas berikut;1. Ia berasaskan akad saling meredhai antara penjual dan pembeli2. Ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarak ke atas suatu urusan perniagaan atau jual-beli.3. Ia bebas sepenuhnya dari larangan-larangan Syarak iaitu perkara-perkara yang diharamkannya.


Saling meredhaiSaling meredhai bermaksud pembeli meredhai atau berpuas hati dengan barang atau produk yang diterimanya dan tidak rasa tertipu dan penjual juga meredhai dengan harga jualannya, yakni ia tidak menjual dengan terpaksa. Prinsip saling redha-meredhai ini amat penting dalam urusan perniagaan kerana Allah berfirman (yang bermaksud); “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan saling meredhai di antara kamu” (Surah an-Nisa’, ayat 29).
Syarat-syarat bagi akad perniagaan

Bagi memastikan prinsip saling meredhai itu terlaksana, maka Syarak telah menetapkan syarat-syarat tertentu bagi setiap urusan perniagaan. Syarat-syarat ini jika dilanggari akan menyebabkan suatu urusan perniagaan tidak sah atau batal. Di antara syarat-syarat tersebut ialah;
1. Orang yang menjalankan akad perniagaan hendaklah mumayyiz, iaitu mampu membuat pertimbangan sendiri.
2. Mereka melakukan akad dengan kerelaan sendiri, iaitu tidak dipaksa melakukan akad.
3. Status barang yang diperniagakan dan harganya hendaklah diketahui dengan pasti (yakni tiada kesamaran) oleh penjual dan juga pembeli. Ini untuk mengelak dari berlakunya gharar.
4. Barangan jualan diizinkan oleh Syarak (yakni tidak tersenarai dalam barang-barang yang haram)
5. Jika urus-niaga membabitkan mata-wang hendaklah mematuhi syarat-syarat pertukaran matawang mengikut Syarak.
6. Hendaklah diselaraskan kandungan ijab dan qabul dari segi sebutan barang, harga dan sebagainya. Tidak sah aqad jual-beli yang ijab dan qabulnya tidak selaras seperti penjual berkata; “Saya jual barang ini dengan harga RM 40” dan pembeli pula berkata; “Saya beli dengan harga RM 30”.

Larangan-larangan Syarak dalam perniagaan

Setiap urusan perniagaan yang hendak diiktiraf oleh Islam juga hendaklah bebas dari sebarang unsur yang dilarang atau diharamkan oleh Syarak. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, larangan-larangan Syarak dalam urusan perniagaan berkisar atas beberapa sebab iaitu;
a) Membantu kepada perbuatan maksiat
b) Terdapat unsur-unsur gharar atau penipuan
c) Terdapat unsur-unsur eksploitasi atau pemerasan
d) Terdapat penganiayaan terhadap salah satu pihak yang beraqad. (Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242)

Lebih terperinci, antara unsur yang dilarang oleh Syarak dalam urusan perniagaan ialah;

(1) Menjalankan perniagaan yang diharamkan atau mendatangkan mudarat. Jika ada syarikat MLM yang menjual barangan/produk yang diharamkan oleh Syarak atau mendatangkan mudarat kepada manusia, maka tidak harus syarikat tersebut disertai oleh orang Islam sama ada sebagai pembeli, pengedar, penaja atau sebagainya.

(2) Al-Gharar; iaitu menjalankan urus-niaga dalam kesamaran iaitu tanpa dipastikan dengan tepat barangan/produk yang terlibat dan harganya sama ada oleh penjual atau pembeli. Para fuqaha’ sepakat menyatakan bahawa jual-beli secara gharar adalah batal atau tidak sah kerana sabit di dalam hadis; “Rasulullah s.a.w. menegah daripada jualan secara gharar” (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

(3) Melakukan penipuan dalam urusan urus niaga. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Sesiapa yang menipu maka ia bukan daripada golonganku” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Antara contoh penipuan ialah;
( a) Membuat iklan barangan dengan memaparkan keistimewaan-keistimewaan atau ciri-ciri yang sebenarnya tidak ada pada barangan tersebut melainkan untuk menarik perhatian orang supaya membelinya semata-mata. Penipuan sebegini dinamakan at-Taghrir iaitu memperdaya.
(b) Menipu pembeli dengan menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran. Contohnya; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.
(c) Menyembunyikan kecacatan barangan atau produk. Contohnya; menyembunyikan kerosakan enjin kereta yang akan dijual dan sebagainya.
(d) Mengurangi timbangan

(4) Antara yang dilarang juga di dalam perniagaan ialah melakukan penganiayaan, memeras pengguna dan merosakkan kepentingan masyarakat; antaranya dengan melakukan ihtikar (monopoli barangan; yakni menyorok barangan untuk menaikkan harganya) dan menjadi orang tengah yang memeras pengguna. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Tidak melakukan ihtikar melainkan orang yang berdosa” (Riwayat Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud, an-Nasaie dan Ibnu Majah dari Mu’ammar Ibn Abdillah r.a.)

Larangan-larangan di atas jika berlaku dalam urusan perniagaan akan menyebabkan perniagaan tidak sah atau sekurang-kurangnya mendatangkan dosa kepada pelakunya walaupun perniagaan masih dianggap sah.

Prinsip-prinsip di atas bersangkutan dengan perniagaan secara umum termasuklah perniagaan secara MLM. Di sana ada perkara-perkara khusus yang berkait dengan MLM yang perlukan perhuraian atau garis panduan iaitu mengenai yuran keahlian, bonus dan harga barangan/produk.

Syarat-syarat yuran keahlian 

Boleh dikatakan kesemua syarikat MLM menetapkan suatu kadar yuran keahlian terhadap orang yang ingin menjadi ahli atau pengedar bagi produk-produk keluarannya. Mengenakan yuran keahlian tersebut diharuskan jika memenuhi syarat-syarat berikut;
1. Yuran tersebut tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan dari peserta.
2. Yuran tersebut bertujuan untuk menyediakan maklumat dan keterangan kepada peserta berkaitan urusan dan agenda yang akan dijalankan oleh syarikat.
3. Yuran itu tidak mengikat peserta dengan mewajibkan syarat-syarat yang zalim dan tidak bermoral, dalam erti kata lain peserta boleh menarik diri dan dalam sesetengah hal duit akan dikembalikan.
4. Yuran tersebut tidak mempengaruhi perlakuan akad yang selanjutnya semasa berurus-niaga atau berjual-beli.

Syarat-syarat di atas kita putuskan berasaskan kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Majma’ al-Fiqh terhadap soalan mengenai yuran yang dikenakan sebagai satu syarat penting sebelum berhak menyertai jualan lelongan yang diamalkan oleh syarikat-suarikat peniagaan. Mengikut fatwa tersebut, pengenaan yuran tersebut adalah harus apabila ia memenuhi syarat-syarat di atas. (Lihat; Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami, 1994, 2/37).

Bonus 

Dicadangkan pemberian bonus dilakukan dengan menepati konsep al-Ji’alah di dalam Fiqh Islam. Al-Ji’alah bermaksud menjanjikan suatu pemberian (komisyen) kepada orang yang melakukan suatu kerja atau tugas tertentu yang sukar seperti seorang lelaki berkata; “Sesiapa dapat mengembalikan untaku yang hilang, baginya pemberian sebanyak RM 200” (Al-Majmu’, jil. 15, Bab al-Ji’alah). Al-Ji’alah adalah akad yang diharuskan dengan dalil al-Quran dan hadis, antaranya firman Allah;

“Orang-orang menteri menjawab: “Kami kehilangan cupak raja dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”. (Yusuf: 72)

Menurut ulamak, keharusan al-Ji'alah terikat dengan beberapa syarat, antaranya;
1. Pihak yang berakad hendaklah terdiri dari mereka yang memiliki keahlian untuk melakukan akad.
2. Hendaklah bayaran terdiri dari nilai harta yang diketahui.
3. Hendaklah manfaat yang diperolehi menerusi kegiatan ini diketahui pada hakikatnya serta harus memanfaatkannya dari sudut Syarak.(Wahbah az-Zuhaili, 4/787)

Jadi, supaya bonus dapat menepati konsep al-Ji'alah tersebut, maka pemberian bonus oleh Syarikat MLM hendaklah berasaskan kepada manfaat/kerja yang disumbangkan oleh para pengedar atau orang terbabit dalam membantu syarikat. Nilai bonus yang dijanjikan hendaklah dinyatakan dengan pasti oleh Syarikat kepada para pengedarnya supaya ia menepati syarat yang kedua di atas.

Berdasarkan pengalaman saya dalam Syarikat HPA Industri Sdn. Bhd. (salah satu Syarikat Bumiputra Muslim yang giat menjalan perniagaan secara MLM di Malaysia), bonus yang diberikan oleh Syarikat HPA kepada pengedar-pengedarnya adalah sebagai ganjaran/upah yang dijanjikan kerana sumbangan mereka dalam melakukan perkara-perkara tersebut;
1. Memperkenalkan syarikat kepada orang ramai
2. Menaja ahli-ahli baru untuk syarikat
3. Membuat jualan produk-produk syarikat kepada orang ramai.
4. Membimbing dan memimpin anak buah (downline) untuk membina organisasi perniagaan yang kukuh. Ini terpaksa melalui proses seperti pertemuan dari masa ke semasa untuk perbincangan, perancangan, penerangan berkenaan produk dan perkembangan terbaru syarikat.

Melihat kepada kerja/manfaat yang disumbangkan oleh para pengedar seperti di atas, saya merasakan pemberian bonus oleh Syarikat HPA menepati prinsip al-Ji'alah yang diharuskan oleh Syarak tadi.

Meletakkan syarat untuk memperolehi Bonus 

Menetapkan syarat tambahan -selain dari yang ditetapkan Syarak- dalam mana-mana akad perniagaan dan harta adalah harus jika syarat itu tidak melanggar hukum Syarak yang sedia termaktub dan tidak terdapat sebarang penganiayaan dan pilih kasih. Keharusan ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; "Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat sesama mereka selama menepati yang hak (yakni hukum Allah)” (Riwayat al-Hakim dari Anas dan Aisyah r.a.).

Oleh demikian, tindakan pihak syarikat menetapkan syarat tertentu ke atas para pengedarnya untuk melayakkan mereka memperolehi bonus -jika bonus tersebut dilakukan mengikut kaedah al-Ji'alah di atas- tindakan tersebut adalah harus asalkan syarat yang ditetapkan tidak bercanggah dengan mana-mana ketetapan Syarak dan tidak bersifat pilih-kasih atau menganiayai mana-mana orang.

Jauhi “Sistem Piramid” 

Sistem Piramid yang kita maksudkan ialah satu sistem di mana kumpulan orang di bawah membayar kepada orang-orang yang berada di peringkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk, tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru. Di antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah; 1. Produk berkualiti rendah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang ke atas inventori barangan yang berlebihan.
2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.
4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.
5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.
6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka serta digembar-gemburkan.
(Amar Said, Persatuan Pengguna Pulau Pinang)

Apa yang jelas di dalam Sistem Piramid ini, yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk, tetapi penaajaan ahli baru di mana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah, bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual. Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas, jelas bahawa Sistem Piramid tersebut bertentangan dengan Syari’at Islam kerana terkandung di dalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar (ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahiysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan atau jual-beli.

Harga barangan/produk 

Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya; “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”. (an-Nisa’: 29) (Lihat; Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108).

Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk;
a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.
b) Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.

Demikianlah beberapa panduan penting untuk mengukur sama ada sesuatu MLM itu harus atau tidak di sisi Syarak. Panduan tersebut bukan sahaja berguna untuk orang ramai, tetapi juga untuk pemilik syarikat yang menjalankan MLM untuk melihat sama ada sistem yang mereka guna menepati Syariat atau tidak.

Wallahu A’lam.

Rujukan; 

1. Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242.
2. Mu’jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiyyah Fi Lughatil Fuqaha’, Dr. Nazih Hamad, ter. Al-Ma’had al-‘Alami Lil Fikri al-Islami, Herndon, Virginia, U.S.A. (1993).
3. Fiqh Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, ter. Al-Fath Lil ‘ilam al-‘Arabi, Kaherah, Mesir (1411/1412H)
4. Al-Fiqhul Manhaji ‘ala Mazhabil Imam as-Syafi’ie, Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan ‘Ali Syarbaji, ter. Dar al-Qalam, Damsyiq, Syiria (1991)
5. Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, ter. Dar al-Fikr, Damsyiq, Syria (1885)
6. Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, ter. Dar al-Manar, Mesir (1992).
7. Sistem Syarikat Jualan Lansung Di Malaysia Dari Perspektif Mualamat Islam, Muhammad Hasan Zaid bin Ramli, UKM Bangi (2002).
8. Al-Majmu, ter. Dar al-Fikr, Beirut, Lubnan (2000)





Semoga mendapat manfaat daripada post ini dan semoga kita sensitif dengan perkara halal haram yang berlaku di sekeliling kita. Ingatlah bahawa setiap perkara yang kita lakukan, berkat dan redha Allah itulah yang paling utama. Peringatan buat diri ini juga. Sekian, wallahu'alam. Moga Allah redha.










NEED HELP?

NEED HELP?

Have You Had Your SHAKE Today?

Have You Had Your SHAKE Today?

SIHATKAN DIRI ANDA DENGAN HERBALIFE!

Name:
Email Address:
Handphone number:
Occupation:
Where do you live?
Have you register as a member of Herbalife?
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Want to order? Start Now Pack - Vanilla
Start Now Pack - Chocolate
Start Now Pack - Strawberry
Start Now Pack - Tropical Fruit
Start Now Pack - Cappuccino
Herbal Aloe Concentrate
N-R-G Tea
Calcium Plus
Shaker Cup
Extra information that can help me to guide you:

Click here to create your own form.

WE CHOOSE!

WE CHOOSE!

Love :

Love :
-Moga Allah Redha-