Assalamualaikum...
Bismillah.
Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasihNya^^
Sempena Hari Guru 16 Mei 2012 ini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai zaman sekolah saya hingga kini. Hmm. Masa zaman diriku masih berhingus, saya telah diasuh dan ditarbiyyah di sekolah ini ^^ Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Jalan Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Ipoh, Perak.
Selepas itu, diriku menuntut pula di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar, Perak. Dari tahun 1997 hinggalah 2003 (logo sekolah tidak berjaya dijejaki). Sekolah yang menggamit kenanganku dalam arena sukan ^^
Kemudian, saya ditarbiyyah dengan hebatnya di sekolah yang satu-satunya menjalankan orientasi selama 40 hari. Subhanallah. Memang sangat mendidik hati dan jiwaku.. Tahun 2004 - Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar, Perak tetap di hati biarpun hanya sempat 2 bulan lebih sahaja belajar di sana :)
Seterusnya, di sekolah (Sentiasa Mencari Keredhaan Allah [SMKA]); Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River, Slim River, Perak dari Tahun 2004 hinggalah 2008. Alhamdulillah, banyak yang kupelajari tentang erti kehidupan di sekolah ini :')
Kemudian, saya ditakdirkan belajar di kolej matrikulasi ini....
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (2009)...tempat yang paling dirindui. Biarpun hanya setahun, namun kenangan yang terpahat di situ begitu ampuh dalam ingatan. Di sinilah tempatku berjumpa dengan teman-teman seperjuangan. Alhamdulillah, syukur ya Allah.. :')
Dan sekarang..berada di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (Tahun 2 - 2012. Insya Allah akan bergraduasi pada Tahun 2013. aamiin). Masih banyak yang perlu kupelajari dan menimba pengalaman di sini. Sekolah saya di sini bernama Pusat Pengajian Sains Kajihayat atau dikenali sebagai School of Biological Sciences ^^
Sekolah..hanyalah tempat proses pembelajaran dan pembinaan diri berlaku. Apa yang paling penting adalah mereka yang hidup bersama dengan kita, bergaul dengan kita yang mencorakkan diri kita ini bagaimana.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat para guruku (tidak kira sama ada bergelar cikgu, ustaz, ustazah, Dr., mahupun Profesor - tak lupa juga kepada para sahabat dan naqibah yang automatik dilabel sebagai guru oleh diri ini kerana dari kalian jugalah diri ini belajar erti hidup) yang sentiasa gigih memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada diriku. Moga Allah berkati dan redhai semuanya...aamiin..
Lagu khas buatmu para guruku...
Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat
Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti
Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti
Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan
Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihMu
Ampunkanlah guru-guruku
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihMu
Ampunkanlah guru-guruku
Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
Tajuk Nasyid : Lilin Seorang Guru
Artis : Inteam
Album : Impian Kasih
Artis : Inteam
Album : Impian Kasih
::TERIMA KASIH CIKGU!::
Semoga ilmu yang kita pelajari selama ini diberkati Allah S.W.T...ameen~
ReplyDeleteJemput baca post ini, Ciri Isteri Solehah..
ReplyDeletemoga bermanfaat untuk saudari..:)
haziq : insya Allah, aamiin.
ReplyDeletegauss-seidal : terima kasih..amat bermanfaat :)