Assalamualaikum...
Bismillah. Semoga sentiasa dalam rahmatNya^^
Alhamdulillah, hari ni selesai paper kedua; Pengantar Pengajian Islam (HIA 101). Syukur pada Allah. Kini hanya tinggal tawakkal sahaja pada subjek ini untuk keputusannya.
Disebabkan sampai di desa semasa nak dekat maghrib, maka selepas isyak otakku menjadi terlalu 'rajin' untuk study subjek for the next paper. Hee. Maka....
TARA....!!! (klik untuk besarkan gambar) |
Haa. inilah hasilnya dari 'kerajinan' tersebut ^^ Setelah sekian lama tak melukis (tak silap last melukis gambar anime masa saya sekolah rendah).. tetiba teringin pula nak melukis. Untuk rehatkan minda je sebenarnye. Sejujurnya, saya tiru gambar ni :-
Walaupun agak tak sama, tapi boleh la kann... for the 1st trial.. lebih kurang 7-8 tahun juga la tinggal lukis-lukis ni. he~
Sahabat saya ada juga tanye, "pandai lukis guna software?" Hm, nak buat guna komputer, tak reti la pula. Kalau ada siapa-siapa yang pandai bab-bab lukis guna komputer ni (jangan kata yang lukis guna paint sudah), seperti gambar original di atas, sudi-sudilah mengajar diri ini.. Teringin juga nak belajar :)
Ada sorang lagi sahabat pula tanye, lebih kurang begini soalan dia; "kalau nak buat tempahan boleh tak?" Erk.. den sekarang tongah dok exam laie ni. Huu. (aik, camne bleh keluar loghat N9 pula ni?? ^^' err..ape2 jelah)
Terfikir juga, seronok kalau dapat guna bakat yang ada untuk tujuan dakwah. Saham akhirat tuu. Mana tahu kita boleh jadi 'tangga' kepada orang lain untuk mendapat hidayah? Kan? Allahuakbar. Tapi.. perlu dipertimbangkan sebenarnya perkara sebegini. Sebab saya masih banyak terikat dengan komitmen lain yang lebih besar. Mungkin kalau ia sebagai kerja sampingan, insya Allah boleh. Apa-apa pun, masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari dalam bab melukis ni. Sekian.
:: Semoga Allah Redha ::
cantik lukisan awk. sy pun minat gak lukis2 ny. lukis mcm awk la. jz panday tiru ikut gambar lukisan asal. da lama jugak sy xmelukis. rindu pulak! hee..
ReplyDeletealhamdulillah, terima kasih.. ^^ oo.. hehe. jom, kita lukis sama2 ;)
ReplyDeletelukis tangan kidal ke?
ReplyDelete