Assalamualaikum...
Bismillah. Semoga sentiasa dalam rahmatNya^^
Alhamdulillah, paper pertama exam sudah selesai, tinggal lagi 3 paper je lagi.. moga Allah permudahkan. Aamiin. The next paper saya bermula pada minggu hadapan, alhamdulillah masih ada masa lagi untuk study :)
"Do not study last minute, but study until the last minute.." ^_^
Ulat buku yang paling comel pernah kujumpa ;)
Yeah! Insya Allah. Must do THE BEST! Sebab I am MUSLIM and this is for ISLAM! Orang Islam kena kuasai ilmu, maka dengan itu kita boleh berdakwah.. nampak tak kaitan ilmu dengan dakwah bagaimana? Apabila seseorang yang berilmu berkata-kata, maka orang yang mendengar akan mempercayainya. Tidak kira siapa. Oleh itu, betapa besarnya 'kuasa' orang-orang yang berilmu. Mereka memiliki aura yang kuat untuk mempengaruhi orang lain. Dan ini sangat-sangat menguntungkan jika orang-orang yang berilmu ini turut membawa orang lain mendekati Allah dengan ilmu yang mereka ada. Subhanallah. Pahala yang berpanjangan pun dapat sebab antara amalan yang dibawa selepas mati nanti adalah ilmu yang dimanfaatkan.
Kini, dalam mengisi masa lapang selain study untuk paper subjek akan datang, saya sedang berusaha menghabiskan buku ini :
Subhanallah. Tersangatlah best buku ini :) Menelusuri sirah nabi membuatkan roh perjuangan menjadi berkobar-kobar. Terasa cemburu dengan orang-orang yang berada di Palestin dan Syria. SYAHID. Allah.. seronoknya bila semata-mata kerana Allah dan Islam :')
Insya Allah, selepas habis buku tersebut, ada lagi 6 buah buku yang berderet menunggu giliran untuk dibaca :) Antara buku tersebut ialah :
Buku 1
Renungan buat mereka yang berkata, "Saya benci politik. Politik kotor, memecah belahkan, saling memfitnah dan terlalu sukar dipercayai janji orang-orang politik. Saya mahu menjaga ugama saya," mari berfikir sejenak;
1) Adakah dengan menjauhi politik, anda terjamin jadi bersih? Tidakkah dunia ini seluruh penjurunya bercampur baur antara baik dan buruk dan kita sendirilah yang menentukan untuk kita?
2) Adakah orang-orang mulia seperti para ulama dan mujahidin sepanjang zaman yang terlibat dalam politik peringkat tertinggi telah menjadi kotor kerananya?
3) Bagaimana anda menakrifkan politik baginda al Rasul صلى الله عليه وسلم yang memuncak sehingga terpaksa berperang dengan senjata?
4) Jika orang yang 'bersih' seperti anda menjauhi politik, apa hukum membiarkan dunia politik untuk dikuasai orang-orang yang kotor?
5) Jika hak anda dicabuli oleh orang politik, seperti dibekukan kenaikan pangkat semata-mata kerana enggan menyokong orang politik, adakah satu kemuliaan dan 'kebersihan' jika anda hanya diam membisu atau menolak orang yang datang membantu mempertahankan hak anda itu?
6) Adakah untuk anda mencampuri politik, ia memerlukan sehingga tubuh anda dan keluarga sendiri dianiayai dulu oleh orang politik, atau cukup dengan melihat saudara seagama yang lain dianiaya. Adakah anda mahu terhantuk dulu baru tengadah?
7) Adakah anda melihat agama Islam mengajar agar dijauhi politik dan orang politik?
8) Adakah anda melihat seorang nabi bukan ahli politik? Dengan maksud, nabi diutuskan untuk menjauhkan umat daripada politik?
9) Apakah pendapat anda untuk menjatuhkan ahli politik yang jahat tanpa menyentuh politik?
10) Adakah anda menemui dalil atau nas yang membenarkan anda lari dari tanggung jawab menentang kemungkaran politik?
-Nik Mohamad Abduh-
Kata-kata ni diambil dari FB beliau :) Ia tidak ada dalam buku di atas. Namun kita boleh mengambilnya sebagai renungan untuk difikirkan. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama mendalami ilmu dan mengaitkannya dengan agama. Kerana setiap apa yang berlaku pasti ada jawapannya dalam agama..
Buku 2
Buku yang meniupkan semangat perjuangan anak muda dan mengenai peranan kita sebagai khalifah di muka bumi
Buku 3
Kepentingan suara mahasiswa dalam membawa perubahan kepada negara
Buku 4
Antara tokoh yang mewakafkan dirinya dalam perjuangan Islam
Buku 5
Seorang pemimpin yang menjadi qudwah pada abad ini
Buku 6
Tentang BERSIH 3.0
"READ (in the name of Allah). You'll conquer the world"
Dan kata-kata ini telah pun dibuktikan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, The Conquerer.
"Seseorang pada masa hadapan adalah menurut buku apa yang dibacanya sekarang"
Insya Allah, moga Allah izinkan untukku hadam semua buku ini. Aamiin. Kalau ada sesiapa yang ingin pinjam, boleh roger saya :) Tapi hanya terhad kepada mahasiswa USM sahaja la ye ;D
Teringin nak ada mini library sendiri di rumah. Moga Allah mudahkan. Aamiin. |
:: Sekian. Wallahu'alam ::
No comments:
Post a Comment