Pages

Kerana Roti, Aku..

Assalamualaikum. 

Bismillah. Moga sentiasa dalam bahagia hendaknya^^

Kerana Roti, Aku.. Kenapa tajuk ini yang saya pilih? Ahaa. Sebab ia begitu bermakna buat diriku :) Mengajarku erti syukur. Subhanallah. Maha Suci Allah.

Pagi semalam (Khamis-12 Januari 2012), Kak Yasha telah datang ke bilikku untuk memulangkan nota Pengajian Islam yang dipinjamnya. Keadaan Kak Yasha yang kelihatan kurang sihat menyebabkan saya bertanya kesihatannya. Oh, rupanya kak Yasha demam. 

"Kak Yasha dah makan?" tanyaku. "Belum," jawabnya. Saya mengerling jam laptop sekilas. Hm. Sudah pukul 9.30 pagi. Tak sarapan lagi..? Demam pula tu.  

Lantas, saya menawarkan roti krim coklat yang terletak atas rak pada Kak Yasha. Pada mulanya, roti itu saya ingin simpan untuk sarapan pada hari ini (Jumaat), tapi disebabkan saya beriman dengan hadis nabi akan kelebihan melayan tetamu, saya tidak berfikir panjang lagi walaupun makanan yang tinggal hanyalah oat dan pek minuman coklat panas sahaja dalam simpananku. Dan hari ini saya telah bersarapan dengan oat dan coklat panas tersebut sebelum Kak Yasha sampai. Harapanku, moga Allah luaskan rezekiku. aamiin. Hasrat di hati ingin berikan yang lebih baik daripada itu padanya, namun apakan daya. Itu sahaja yang saya ada.

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah memuliakan tetamu dengan memberi layanan kepadanya. Sahabat bertanya, "Apakah layanan itu ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah." Muttafaqun 'Alaihi. 

Tengah hari itu, saya tidak makan tengah hari. Ingat nak makan petang nanti saja selepas habis exam. Lagipun memang sudah biasa sejak hari peperiksaan bermula saya tidak makan tengah hari. Tanpa kusangka, room mate ku yang baru sahaja balik dari kafe memberiku roti krim coklat yang dibelinya. "Nah, ambillah. Kami tak makan sangat roti ni." Kurasa pelik sekejap. Kemudian membalas padanya, "Habis tu kenapa beli kalau tak makan...?" Dia berlalu sambil senyum penuh makna. Terharu seketika di situ. Alhamdulillah...syukur ya Allah.. Inilah yang dikatakan 'rezeki yang tidak disangka-sangka.' Seperti dalam ayat Seribu Dinar. 

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

Tengok,, tak rugi kan? Allah bagi cash lagi ganjarannya ^_^ Saya ingin berkongsi dengan teman-teman sekalian tentang satu kisah yang boleh kita jadikan pengajaran. Ia tetap berkisar tentang ROTI. --- roti ni besar juga sumbangannya ya ;) -



Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sebuku roti?”

Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan.

Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga dia pun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri.

Setelah dia sedar, maka dia  bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.

Akhirnya dalam pengembaraannya itu dia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga ingin untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.

Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendeta yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti. Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membahagi-bahagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin.

Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga dia berkata kepada orang yang membahagikan roti itu: “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.”

Orang yang membagikan roti itu menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bahagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membahagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti.”

Mendengar ungkapan dari orang yang membahagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu  mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu pun meninggal dunia.

Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam.

Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.
Kepada anaknya Abu Musa berkata: “Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sebuku roti itu!”








1 comment:

  1. erk...nama akak ade dlm post ni lah...anyway, syukran fatin atas roti tersebut... =')

    ReplyDelete

NEED HELP?

NEED HELP?

Have You Had Your SHAKE Today?

Have You Had Your SHAKE Today?

SIHATKAN DIRI ANDA DENGAN HERBALIFE!

Name:
Email Address:
Handphone number:
Occupation:
Where do you live?
Have you register as a member of Herbalife?
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Want to order? Start Now Pack - Vanilla
Start Now Pack - Chocolate
Start Now Pack - Strawberry
Start Now Pack - Tropical Fruit
Start Now Pack - Cappuccino
Herbal Aloe Concentrate
N-R-G Tea
Calcium Plus
Shaker Cup
Extra information that can help me to guide you:

Click here to create your own form.

WE CHOOSE!

WE CHOOSE!

Love :

Love :
-Moga Allah Redha-