Pages

Berakhirnya Ramadhan..Syawal Tiba

Alhamdulillah... Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Subhanallah.. Setelah sebulan berpuasa, pelbagai ujian dan dugaan telah kita tempuhi dan harungi. Rakan-rakan yang dikasihi sekalian, mari kita memuhasabah diri kita semula, adakah Ramadhan ini merupakan Ramadhan yang benar-benar kita hayati..? Allah..sungguh beruntung kepada sesiapa yang bertambah keimanannya, ketaqwaannya dan kecintaannya kepada Allah dalam Bulan Tarbiyah ini.

Maha Pemurahnya Allah, setelah Dia hadirkan kita Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat, Dia hadiahkan kita Syawal. Bukan itu sahaja, Allah tambahkan lagi nikmat buat hambanya yang tidak berkesempatan untuk merasai kenikmatan beribadah dalam bulan puasa dengan puasa enam pada bulan Syawal.

Apa itu bulan Syawal? Bulan Syawal merupakan bulan kemenangan bagi mukmin yang berjaya menghidupkan Ramadhan sebagaimana yang dikehendaki Allah. Syawal juga merupakan roh bulan yang dipenuhi dengan keberkatan yang dituntut melakukan sunat dan amalan istimewa yang tidak terdapat pada bulan lain. Setiap amal yang dilakukan membawa kebaikan dan menambahkan keimanan kepada Allah.

Orang mukmin yang menyambut Syawal dengan rasa kesyukuran dan terus melakukan amal ibadah dan amal kebaikan demi mengharapkan keredhaan Allah. Antara amalan yang disyariatkan pada bulan Syawal ialah:

1. Membayar zakat fitrah
2. Bertakbir dan bertahmid
3. Mendirikan solat Aidilfitri
4. Menyambut Hari Raya mengikut syariat
5. Membantu orang susah/melayan anak yatim
6. Puasa enam

Apa itu Puasa Enam? Dan bagaimana cara mengerjakannya?

Puasa enam ialah puasa enam hari di bulan Syawal; berpuasa setelah sehari menyambut hari raya puasa. Puasa ini boleh dikerjakan secara berturut-turut enam hari atau tidak asalkan dalam bulan Syawal. Pendapat ulama dalam menentukan masa mengerjakan puasa enam ini, ada tiga cara iaitu:

1. Mengerjakan terus sesudah hari raya, dengan berturut-turut sehingga enam hari
2. Mengerjakan beriring-iring, atau bercerai-cerai dalam bulan Syawal
3. Tidak dikerjakan terus sesudah hari raya hanya dikerjakan pada hari ketiga sebelum hari putih (hari ke-10, ke-11 dan ke-12 dari bulan Syawal). Atau sesudah hari putih (hari ke-16, ke-17 dan ke-18)

Mengenai keutamaan puasa enam disebut dalam Zubdatul Waa'izina: "Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengikut sertakan enam hari daripada bulan Syawal, maka baginya pahala seperti puasa setahun seluruhnya." Di dalam riwayat lain: "Allah SWT memberikan kepadanya pahala enam Nabi, pertama, Nabi Adam a.s., kedua Nabi Yusuf a.s., ketiga Nabi Yaakub a.s., keempat Nabi Musa a.s., kelima Nabi Isa a.s. dan keenam Nabi Muhammad s.a.w."

Masya Allah.. Rakan-rakan yang disayangi sekalian, mudah-mudahan segala amal ibadah yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini tidak terhenti di situ sahaja. Mudah-mudahan kita diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dengan amalan yang telah kita lakukan, dalam menjadi hambaNya yang bertaqwa. Dambailah cinta Ilahi, nescaya kebahagiaan menanti. Dambailah redha Ilahi, nescaya ketenangan menghampiri.

Tuhanku..
Ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku..
 Maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat
Seperti rasul dan sahabat..


Mahasiswa Bersama Pemimpin Pelajar Sekolah

Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar (MADID) , 23 & 24 Julai 2011 : Proses pembikinan modal insan berkualiti adalah tanggungjawab setiap jiwa manusia. Cantuman mata rantai ini mesti sentiasa digerakkan agar ia diwarisi umat mendatang. Melihat kepada keutamaan ini, Persatuan Alumni Madrasah Idrisiah (PAMI) tahun 2003-2010 telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Seminar Pengukuhan Ihya Ramadhan [a.k.a Kursus Pengurusan Organisasi (KPO)] kepada seluruh pimpinan Program Ihya Ramadhan 1432 Hijrah bersamaan Tahun 2011 MADID. Program 2 hari 1 malam ini adalah satu program membina kreativiti dan inovasi pimpinan pelajar dalam mendepani amanah kepada para pelajar yang lain.

Alhamdulillah dengan izin Allah (Tuhan yang menciptakan langit dan bumi), program ini mendapat sokongan penuh Pentadbiran Madrasah Idrisiah melalui Jawatankuasa Tarbiyyah (Pendidikan) sekolah. Dengan kekuatan seramai 11 orang bekas pelajar (old school) Madrasah Idrisiah, program ini digerakkan dengan penglibatan 40 orang murid yang ditaklifkan sebagai ahli jawatankuasa penggerak Ihya Ramadhan 1432 Hijrah. Peserta adalah dalam kalangan pelajar tingkatan 2 dan 4; yang bakal mewarisi amanah dan tanggungjawab untuk kebaikan sekolah.

Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk melatih pimpinan pelajar (peserta) supaya bekerja secara profesional dalam membawa agenda dakwah (mengajak kepada kebaikan) kepada para pelajar yang lain. Oleh yang demikian, peserta didedahkan dengan skill kepimpinan dan pengurusan dalam kerja-kerja persatuan. Selain pengisian berbentuk teori, program ini cuba untuk mencipta kelainan dengan melakukan LDK ataupun tugasan secara praktikal iaitu setiap peserta diminta menyelesaikan masalah dan kekangan para pelajar dari segi sikap dan peribadi secara langsung. 

Setiap tindakan peserta dinilai dan dipandu oleh para fasilitator. Alhamdulillah, para peserta dapat menjalankan tugasan atau praktikal terbabit dengan baik dan cemerlang. Secara tidak langsung, tugasan ini berjaya membuahkan hasil bukan sahaja kepada peserta program malah kepada seluruh warga MADID yang seramai hampir 600 orang. Antaranya peserta diminta untuk mengadakan Majlis Ilmu (Kuliah Subuh) secara langsung kepada pelajar.

Pada akhir program, peserta kelihatan cukup bersemangat dan bersedia memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Dengan laungan lagu tema program bertajuk 1Hati, peserta berjanji dan  mengakui bahawa MADID adalah tanggungjawab mereka dan mereka bersedia untuk memandunya ke arah kebaikan. Semoga program seumpama ini bakal membina jati diri anak bangsa untuk mempertahan dan menyebarkan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia. Insya Allah.

p/s: amat bersyukur dapat berbakti kepada sekolah lama meski hanya sempat belajar di sekolah tersebut tidak sampai 3 bulan sebelum berpindah ke SMKA Slim River. ^_^

Pimpin Siswa Lanjutan

Tarikh:10 hingga 14 Jun 2011
Tempat:De Baron Hotel, Pulau Langkawi



Subhanallah..sungguh cantik alam ciptaan Allah. Semasa menjejakkan kaki di bumi Langkawi ini, saya amat bersyukur kerana masih berpeluang untuk datang ke langkawi semula. Namun, kali ini kedatangan saya di sini bukanlah untuk berseronok meski cuti semester sudahpun lama bermula. Kedatangan saya di sini kerana mengikuti program pimpin siswa lanjutan yang diadakan untuk memperkayakan dan memperkasa kepimpinan diri para peserta. Sejauh mana program ini dapat membantu diri saya dan para peserta yang lain membina peribadi yang berkarisma serta sahsiah yang unggul, ia masih lagi mnjadi teka-teki di minda ini dan hanya dapat terjawab apabila program ini sudah selesai =)

Selepas tiba di sini pada waktu zohor, kami diberi taklimat. Pada sebelah petangnya pula, kami beriadah dengan bermain bola jaring. Astaghfirullah...saya dapati permainan ini bercampur lelaki dan perempuan. Suka saya tegaskan di sini bahawa saya bukanlah berfikiran jumud, namun adakalanya kita perlu tahu batas-batas pergaulan. Bagi saya, tak salah kalau lelaki dan perempuan bergaul. Namun, bukan semua perkara lelaki dan perempuan patut bercampur. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan aktiviti bersukan. Sepanjang permainan tersebut dijalankan, saya cukup berasa sedih dan geram kerana ada sentuhan, pergeseran, terpeluk berlaku di hadapan mata saya sendiri hanya kerana berebutkan sebiji bola! Astaghfirullah~~~

Saya amat tidak berpuas hati terutamanya kepada orang yang mengelola permainan tersebut. Sepatutnya permainan ini diasingkan antara lelaki dan perempuan. Saya hanya mampu memerhati. Hendak menegur, siapalah saya...Allah..benci dalam hati sajalah yang mampu~~ Saya berharap agar pihak pengurusan@penganjur mengambil berat akan hal ini pada masa akan datang kerana majoriti peserta yang menyertai aktiviti ini adalah orang Islam...sama-samalah kita menjaga adab pergaulan sesama muslim daan kesucian Islam itu sendiri. Semoga setiap perkara yang kita lakukan lebih diberkati dan diredhai Allah...insya Allah, mungkin hasil yang kita akan dapat lebih mendalam kesannya terhadap diri peserta yang menyertai program seperti ini (sekiranya pergaulan dijaga) dan seterusnya dapat melahirkan insan yang hebat kelak. Mudah-mudahan semuanya akan berhasil seperti yang kita harapkan dengan adanya keberkatan..

Selain itu, kami juga telah didedahkan dengan aktiviti keusahawanan melalui kerja lapangan yang diadakan pada hari kedua. Alhamdulillah, banyak pengajaran yang saya dapat dalam aktiviti ini. Terutamanya dari segi cara berkomunikasi dengan pelancong asing, cara untuk meyakinkan orang terhadap kita, kesukarelaan, kebolehan daya memujuk dan sebagainya.

Untuk makluman, kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki utuk membawa pulang minima dua ratus ringgit semula selepas tamat kerja lapangan. Masa yang diperuntukkan sampai jam 5 petang sahaja. Maka, kembara usahawan pun bermula~ kumpulan saya telah mendapat KELIBANG sebagai destinasi gerak usahawan. Subahanallah..kawasan tersebut memang sangat mencabar bagi kami, kerana kebanyakan kedai di situ tutup pada hari tersebut.

Akhirnya, kami dapat juga mencari pekerjaan di salah sebuah restoran untuk mencari dana sebagai modal permulaan bagi menjalankan perniagaan. Subhanallah~ Pengurus restoran tersebut seorang yamg amat baik. Beliau bukan sahaja menerima kami untuk bekerja sementara di restoran beliau, bahkan turut membelanja kami makan tengah hari di situ. Gaji yang diberikan pula adalah cukup lumayan dibandingkan dengan jam bekerja yang sungguh singkat. Bayangkan, bekerja dalam masa 2 jam sahaja dah dapat sorang RM15 :) Alhamdulillah..rezeki..

Namun, kami tidak bekerja di restoran tersebut. Tetapi kami bekerja di kantin Maktab Rendah Sains Mara Langkawi (MRSM Langkawi)! De' Kak Zah Cafe..  ^_^ Sungguh eksklusif ye. hehe. Kami telah dibawa oleh pekerja restoran tersebut ke MRSM Langkawi ini memandangkan bantuan kami tidak berapa diperlukan di situ kerana pelanggan masih lagi kurang. Oleh sebab pengurus memberitahu bahawa dia juga merupakan pengurus kantin mrsm tersebut, maka kami memohon kepada beliau untuk membantunya mengemas dan membersihkan kantin tersebut.


Melalui Pimpin Siswa Lanjutan ini, saya belajar banyak perkara. Terutamanya dari segi menggilapkan lagi softskill dalam diri. Dalam pada itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan antara ketiga-tiga kampus USM; Induk, Kejuruteraan dan juga Kesihatan kerana program ini melibatkan partisipasi pelajar USM secara menyeluruh. Semoga ukhwah yang terjalin ini terus berkekalan..insya Allah. :)


Sebelum pulang semula ke USM, kami mengambil peluang untuk melawat tempat-tempat yang menarik di Langkawi.. ^_^

Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan." (QS. An-Naml: 93)

Konvensyen Penggerak Pembangunan Pelajar 2011

Sekitar 18-19 Julai 2011, USM di Minden menjadi pumpunan pihak pentadbiran, staf-staf sokongan, pegawai-pegawai, pensyarah-pensyarah, ilmuan-ilmuan dan mahasiswa. Sama-sama berhimpun untuk hadir dalam Konvensyen Penggerak Pembangunan Pelajar USM 2011 di Kompleks Cahaya Siswa, USM.

Pada hari pertama, peserta diminta untuk mendaftarkan diri di kaunter yang disediakan dan peserta diserahkan sebuah fail berisi buku nota dan beberapa helai berisi maklumat yang disisipkan bersama. Seterusnya peserta diminta untuk bergegas bergerak ke dalam Dewan Pembangunan Siswa Kompleks Cahaya Siswa ini untuk mengikuti sesi perasmian oleh Y. Bhg. Profesor Dato’ Omar Osman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar USM mewakili Y. Bhg. Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor USM. 

Kebebasan Pelajar Mengikut AUKU oleh Prof. Datuk Emeritius Dr. Shad Saleem Faruqi yang merupakan Penasihat Undang-Undang USM membuka sidang Konvensyen Pembangunan Pelajar. Beliau membentangkan kepada hadirin berkenaan signifikannya pindaan AUKU yang terbaru kepada kebebasan mahasiswa. Pemindaan beberapa seksyen di dalam AUKU dilihatkan memberikan lebih ruang dan dinamisme buat mahasiswa berpartisipasi dalam apa jua bentuk aktiviti samada yang dianjurkan oleh pihak universiti atau Pertubuhan bukan kerajaan. Beliau mengingatkan, undang-undang adalah satu perjalanan, bukannya satu takdir.

 Sesi dua, Bersama Pemimpin Pelajar, hadirin disajikan pula pembentangan oleh mahasiswa dengan sebanyak tiga slot yang berbeza. Muhammad Idzuan Jamaludin, YDP MPPUSM 2010/2011 membuka tirai sesi dua dengan subjeknya ‘Transformasi Diri Pelajar’. Kemudiannya diteruskan pula oleh Ahmad Wafi Sahedan, Mantan YDP MPPUSM 2009/2010 dengan subjek perbincangannya ‘Ketidakbergantungan Pelajar’. Sesi dua ditamatkan oleh Mohammad Shafiq Abdul Aziz, Mantan YDP MPPUSM 2008/2009 dengan subjek perbincangan ‘Kebebasan Bersuara’. 

Sesi dua ini merupakan satu sesi yang baik kerana memberikan ruang dan peluang untuk mahasiswa melontarkan dan menyatakan pandangan mereka sendiri dalam sesuatu subjek. Satu teguran yang baik oleh seorang ahli akademik ketika sesi soal jawab berkenaan mahasiswa terutama MPP USM yang “kurang Umphh” juga perlu mahasiswa hargai dan ambil perhatian serius agar transformasi ke arah yang lebih baik dapat dilakukan. Sebelah petangnya, hadirin dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk mendengar pembentangan di tiga lokasi yang berbeza. 

Salah satu pembentangan yang diikuti adalah di Dewan Pembangunan Siswa 1, bertemakan Pembangunan ‘Pengurusan Pelajar Ijazah Lanjutan-Cabaran Kepada Universiti’ oleh Prof Roshada Hashim, Dekan IPS. Hadirin dibentangkan dengan satu keadaan realiti hari ini yang berkaitan dengan pengajian ijazah lanjutan. Sesi soal jawab amat menarik kerana lebih terumpu kepada isu-isu penuntut dari luar negara. Sesi petang diteruskan dengan pembentangan bertema Pembangunan ‘Pengukuhan Institusi’ oleh Encik Nazru Ismail, Timbalan Pendaftar BHEPP dan Encik Khairul Anuar, Timbalan Penasihat Undang-Undang Kanan USM. Hadirin dimaklumkan bahawa mahasiswa berkemungkinan besar akan dilibatkan di dalam beberapa kerusi pimpinan tertinggi universiti seperti Lembaga Gabenor dan Senat. 

Sungguhpun begitu, pelantikan mahasiswa adalah tertakluk kepada lantikan oleh Naib Canselor terutamanya. Pembentangan ini penting bagi mendedahkan kepada hadirin berkenaan penghakupayaan mahasiswa dalam keterlibatan membuat polisi dan dasar universiti.

Pada keesokannya pula, hadirin dipecahkan juga kepada tiga kumpulan yang sama untuk mengikuti taklimat di tiga lokasi berlainan. Berada di Dewan Pembangunan Siswa 1, Encik Mohd. Shafie Ariffin, Penggawa Desasiswa Cahaya Gemilang membentangkan kertas kerja bertema Pembangunan SEDIA- ‘Keusahawanan Pelajar’. Peri mustahak bidang keusahawanan kepada mahasiswa dibicarakan dengan terperinci. Keusahawanan adalah penting bagi melahirkan individu yang tidak hanya bergantung harap kepada ‘makan gaji’ sahaja selepas bergelar graduan, namun mampu menjana kewangan mereka sendiri.

Seusai pembentangan yang pertama, pembentangan kedua pula menyusul bertemakan Pembangunan ‘Kepimpinan dan Latihan Pelajar’ oleh Encik Khairul Eruwan, Ketua Sektor Pembangunan Keusahawanan & Sahsiah Pelajar BHEPP USM. Pendedahan dalam pembentangan ini memberi fokus kepada membentuk mahasiswa yang berkredibiliti. 

Konvensyen selama dua hari ini ditamatkan dengan Sesi perbincangan dan dialog bersama Y. Bhg. Profesor Dato’ Omar Osman dengan subjek perbincangan ‘Transformasi Berasaskan Penghakupayaan, Kesukarelaan, dan Pengukuhan’. Konvensyen dua hari ini telah memberikan input yang berharga terutamanya berkenaan perkembangan mutakhir pihak pentadbiran dalam penghakupayaan mahasiswa jua usaha pembangunan mahasiswa.

Tips Berbuka Puasa

Assalamualaikum..

Bagaimana dengan puasa rakan-rakan hari ini? Anda berbuka puasa di mana hari ini? Di masjid atau di rumah? Dalam bulan Ramadan ini jika rakan-rakan perhatikan ada banyak jenis makanan yang dijual di bazar Ramadan dan di deretan kedai-kedai makan.

Bermula dari kuih-muih hingga lauk-pauk yang dijual semuanya kelihatan enak dan
lazat. Apa yang saya sarankan kepada anda sekalian adalah berbelanja secara bijak untuk menu berbuka puasa anda di samping memelihara kesihatan di bulan Ramadan.

Sempena bulan Ramadan ini saya hendak kongsikan tips-tips kesihatan kepada anda semua :)

Tips Berbuka Puasa


1. Pengambilan makanan di bulan puasa tidak berbeza daripada bulan-bulan yang lain. Pemakanan kita sepatutnya dapat membekalkan tenaga, vitamin dan
mineral yang sepatutnya agar dapat menjalankan tugas-tugas harian seperti biasa.

2. Makan secara sihat di bulan puasa adalah penting untuk menghindar beberapa masalah kesihatan yang biasa berlaku di bulan puasa seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, pedih ulu hati dan kandungan gula rendah dalam darah.

3. Walaupun berpuasa, kita tetap perlu mengamalkan asas makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia. Hal ini kerana tidak
ada satu makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.

4. Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan-kumpulan makanan berikut :


    >> Nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin.
    >> Buah-buahan dan sayur-sayuran
    >> Ikan, ayam, daging dan kekacang
    >> Susu dan produk tenusu
    >> Sedikit minyak, lemak, gula dan garam



♥ ALLAH'S Pharmacy ♥

APPLE     Protects heart & prevent constipation

BANANA  
 Strengthen bones & control BP

CARROT  
 Save eyesight & combat cancer

LEMON    
 Control BP & smooth skin

MANGO   
 Boost memory & regulate thyroid

GRAPES  
 Save eyesight & combat formation of kidney stone

ORANGE  
 Support & strengthen immune system of body & ends insomnia

PEACH    
 Stop stroke & aids digestion

فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ



Translation:
Then which of the powers of your Lord you would deny?



Berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Tidak ada bejana yang diisi oleh manusia yang lebih buruk dari perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekedar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga), maka jika tidak mau, maka ia dapat memenuhi perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafasnya.” (HR. Ahad, Ibnu Majah)





Ramadhan Yang Mulia











___ (¯`(♥)´¯) _____(¯`(♥)´¯)
___¶¶ (_.^._)¶¶__¶_¶¶(_.^._)¶¶Ilustrasi ini pula tercetus tatkala
 ¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶__¶¶¶¶¶(¯`v´¯)¶membaca sabda Rasulullah pada Aisyah: 
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶(¯`(♥)´¯)¶'Khuzuu Nisfa Diinakum min Hadzihil Humaira'
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶(_.^._)¶¶ yang bermaksud,"Ambillah sebahagian dari 
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶(¯`v´¯)¶¶¶​¶¶ ajaran agama kamu dari Si Putih Jelita ini."
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶(¯`(♥)´¯)¶¶¶Ibrah dari pujian Baginda terhadap isterinya itu:
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶(_.^._)¶¶ Pasangan yang baik adalah pasangan yang
______¶¶¶¶¶¶(¯`v´¯)¶¶¶¶¶  menghargai pasangan halalnya setiap masa
________¶¶¶(¯`(♥)´¯)¶¶   dan sentiasa cuba mengambil hatinya 
___________¶(_.^._)¶    walaupun hanya dengan kata-kata ringkas 
____________ ¶¶¶¶¶      mahupun senyuman.
_____________¶¶¶      

~❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤❤~
~❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤❤~

~* Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan KEIMANANNYA dan IKHLASNYA kerana ALLAH, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu *~ (Al Hadith)

Selamat menjalani ibadah Ramadhan buat semua dan jangan ponteng-ponteng kecuali mereka yg uzur syari'e. ◠‿◠)

~perkongsian dari sahabat di FB..

NEED HELP?

NEED HELP?

Have You Had Your SHAKE Today?

Have You Had Your SHAKE Today?

SIHATKAN DIRI ANDA DENGAN HERBALIFE!

Name:
Email Address:
Handphone number:
Occupation:
Where do you live?
Have you register as a member of Herbalife?
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Want to order? Start Now Pack - Vanilla
Start Now Pack - Chocolate
Start Now Pack - Strawberry
Start Now Pack - Tropical Fruit
Start Now Pack - Cappuccino
Herbal Aloe Concentrate
N-R-G Tea
Calcium Plus
Shaker Cup
Extra information that can help me to guide you:

Click here to create your own form.

WE CHOOSE!

WE CHOOSE!

Love :

Love :
-Moga Allah Redha-